Ertinya: "Tidak ada gunanya pada kebanyakan dari bisikan-bisikan mereka melainkan sesiapa yang menyuruh memberi sedekah, atau berbuat baik, ataupun mengadakan perdamaian antara bangsa manusia. Dan barangsiapa yang melakukan demikan kerana mengharapkan keredhaan Allah maka Kami (Allah) akan memberinya ganjaran yang besar."
Nabi Muhmmad pernah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa nabi menyuruh umatnya memelihara lidah dari perkataan yang keji dan buruk.Sabdanya yang bermaksud :
“Simpanlah lidahmu kecuali untuk kebaikan. Sesungguhnya dengan demikian kamu dapat mengalahkan syaitan.”
Di dalam percakapan terdapat bencana dan di dalam diam terdapat kebahagiaan kerana itulah keutamaan diam amat besar. Firman Allah yang bermaksud;
“tiada suatu ucapan yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir”
(Qaaf, ayat 18)
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Termasuk dalam kebaikan Islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yng tidak penting baginya.”
(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Rasulullah sering mengingatkan umatnya dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Aisyah bermaksud :
“Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat sengit dalam bertengkar.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i)
Orang Islam sentiasa memelihara lidah dengan menjauhi perkataan keji. Diriwayatkan oleh Turmizi bahawa nabi bersabda yang bermaksud :
“ Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”
Rasulullah juga ada bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah seseorang menuduh kafir kepada orang lain dan tidaklah ia menuduhnya dengan kefasikan melainkan tuduhan tersebut kembali kepada dirinya kalau temannya tidak seperti apa yang dituduhnya.”
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Wahai Rasulullah! Orang muslimin yang bagaimanakah yang paling utama?” Nabi menjawab: “Orang yang orang-orang Islam yang lain selamat dari lidah dan tangannya.”
No comments:
Post a Comment