Lilypie Maternity tickers

Thursday, July 8, 2010

Naungan 'Arasy Syurga

Bismillahirrahmanirrahim...

Di rumah, kini (walaupun cuti berbaki seminggu), sudah menjadi kebiasaan; masuk sahaja waktu Maghrib aku dan empat anak gadis belasan tahun Azhari Mohamed dan Norulhuda Ab Wahab akan berkejaran ke bilik air; berebut untuk mengangkat hadas, mengambil wudhu kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah. Indahnya ni'mat Islam-Mu Ya Mannan. Sungguh buat kami semakin hari semakin berkasih-sayang. Alhamdulillah, ALlahu ALlah...

Ketika menunggu giliran, Qayya adikku berumur 13 tahun duduk di hadapanku sambil memeluk kain telekung dan sejadah lekap di dada lalu dengan bersahaja mengajukan soalan cepu mas;

"Kak Naheed... Kak Naheed ada sifat pemaaf tak?"

"Ada." Pantas aku menjawab. Sungguh, aku ini orangnya mudah terasa hati tapi aku juga cepat sejuk bila kembali kepada rasional dan hikmah.

"Besar tak sifat pemaaf Kak Naheed?"

"Err... Tak sangat kot... Kenapa Qayya?"

Aku tertanya-tanya, setakat hari ini Qayya seingat aku tak pernah bergurau kasar, apa lagi menyakitkan hati. Mungkin dia mahu aku mengerti sesuatu yang baru yang dibacanya hari ini. Memang itulah Qayya. Suka berkongsi ilmu.

"Orang yang besar sifat pemaaf ni Kak Naheed mudah masuk syurga. Mudah dapat pertolongan. Nanti kat syurga dapat naungan 'Arasy."

Dalam hati aku berzikir panjang. MashaALlah... Aku juga mahu mudah masuk syurga. Mahu jadi WANITA SYURGA! Juga mahukan naungan 'Arasy ALlahu 'Adhim yang aku percaya hanya sebilangan kecil yang terpilih sahaja yang dinaungi di yaumul akhirah nanti. Dan bilangan kecil itu antaranya yang BESAR SIFAT PEMAAF kata Qayya.

Qayya, awak selalu buat Kakak dan adik-adik muhasabah akhlaq dan hati kami masing-masing. MashaALlah, SubhanALlah, Alhamdulillah, ALlahuakbar!

Semoga juga menjadi i'tibar buat yang membaca. Ayuh MUHASABAH! Ayuh mudahkan hati untuk memohon maaf dan memaafkan. Moga-moga ALlah sentiasa redha dengan kita. InshaALlah...

"I can forgive, but I cannot forget, is only another way of saying, I will not forgive. Forgiveness ought to be like a cancelled note - torn in two, and burned up, so that it never can be shown against one. "~ Henry Ward Beecher

ALlahu'alam.

[Kalau ALlah tidak bersifat Al Ghaffar, apakah kita dapat merasa ni'mat syurga? Kalau kemaafan ALlah itu sentiasa luas terbuka, kenapa kita hamba hina tidak mahu memaafkan sesama saudara? Hmmm... Mahu jadi WANITA SYURGA!]

3 comments:

As said...

adik2 comel, bertambah comel dengan pesanan indah dari hati tulus.
love u naheed.
hope one day bole jumpa ur family.
maybe time naheed kawen kot. aha.

take care!

Ummu Najla said...

Kak As,

Adik-adik je? Kakak dia pun comel. Lagi comel snanya.. ;P
Love u too!
Boleh boleh! Ala even before Naheed kawen pun boleh jek... Geng MSCC lain dah ramai jek dtg rumah tau~
Kak As dan Kak Wawa je masih pending...

U2! Keep well and stay safe!

Anonymous said...

Zainab Azhari juga ! hehe :')