Ingin mengajak kita bersama muhasabah diri. Petang ini, petang Ramadhan yang pertama. Aku bersama akhawati berkumpul di dapur sambil membantu Mak menyiapkan juadah berbuka. Sedang memotong ayam aku ditegur oleh Ruqayya, adik perempuanku berusia 13 tahun.
"Bukan macam tu la Kak Naheed, salah, salah."
Aku mendongak memandangnya yang setia berdiri di sisi, "kamu pernah potong ayam?"
Dia tersenyum, menggeleng, "tak pernah".
Kak Cik mengomel kecil, "Qayya, kamu ni kalau nak tegur pun jangan la ikut suka aje. Fikirlah perasaan orang lain. Lagi satu, kamu tu muda lagi."
Qayya menunduk sambil membalas, "Qayya tegur je".
Ruqayya, atau lebih manja dipanggil Qayya seorang gadis genit yang lebih matang dari umurnya. Tutur katanya kadang mampu membuat aku mengimbas diri, amalannya sehari-hari yang sering membuatkan aku kagum dan insaf. Hatinya penuh dengan keikhlasan. Dirinya sentiasa inginkan yang terbaik buat ahli keluarganya. Solatnya sentiasa semampu boleh dilakukan di awal waktu. Hatta pada satu ketika, sedang dia membersih meja selepas makan, tika mendengar azan zohor berkumandang, terus dia berhenti. Katanya, "Qayya nak solat, ni boleh sambung nanti."
MasyaAllah, SubhanAllah. Ruqayya. Aku bangga punya seorang adik perempuan seperti dia. Malah dialah juga yang sering mengingatkan adik-adik dan kakak-kakaknya ketika mereka leka dan terlupa. Kerana itu dia mudah menutur teguran yang dirasakan ikhlas.
"Qayya, betul kata Kak Cik. Qayya memang bagus. Kakak suka. Qayya nak tegur untuk kebaikan kan?" Soalku.
Qayya mengangguk. Kelihatan matanya bergenang.
"Kakak tahu niat Qayya nak tegur tu baik. Tapi kan Qayya, bila kita tegur, kita harap orang ikut kan? Kita harap dia terima kan teguran kita?" "Bukan melenting marah lepas tu tak buat, ye tak?"
Aku cuba membawa dia mengenal makna hikmah. Ruqayyah mengangguk lagi. Kali ini air mata sudah membasahi pipi. Aku terkesan. Tak terniat untuk menyentuh hatinya hingga mengalirkan air mata.
"Takpe Qayya... Apa yang Qayya nak buat tu betul. Cuma cara pun kena betul.."
Aku cuba memujuk. Qayya mengalihkan mukanya. Mungkin hendak menyorokkan mukanya yang basah dengan air mata.
"Hmmm. Menangis dah dia. Dah, dah." Kak Cik pun ikut memujuk.
Antara teguran dan perasaan, antara tanggungjawab dan ukhuwwah, antara umur dan kewajipan. Ruqayya telah memilih untuk memberi teguran, melaksanakan tanggungjawab, memikul kewajipan. Tapi sering disalah erti. Bukan Qayya sahaja yang menghadapi situasi ini. Aku percaya ramai lagi insan-insan di luar sana yang bergelar da'ie terpaksa bergulat dengan dua keutamaan, yang mana lebih utama.
Apa yang telah Qayya lakukan bertepatan dengan dua ayat terakhir surah Al 'Asr:
"Dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran. Dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran"
Benar, dalam memberi teguran dan nasihat perlu ada hikmah agar ukhuwwah yang terbina tidak musnah. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
"Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan".
Pemberi nasihat juga perlu mengetahui bahawa dalam menghulurkan nasihat dan teguran, punya tingkatan-tingkatan yang berbeza berdasarkan tahap ilmu dan pengetahuan yang berbeza. Peringkat umur bukan lagi persoalan bilamana telah difahami cara-cara dan kesan-kesan memberi teguran dan nasihat.
“Tidaklah sempurna keimanan seseorang di antara kalian hingga ia mencintai kebaikan bagi saudaranya sebagaimana ia mencintai kebaikan itu bagi dirinya sendiri.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Allahu ta'ala 'a'lam.
Sisipan terakhir... 'Kasih Sayang'
Marilah kita jalinkan
Kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang
Tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali
Dengan air iman yang suci
Dengan menabur budi
Kepada semua manusia
Bila hati gembur dan subur semula
Benih mahmudah akan tumbuh kembali
Dia kan berdaun subur dan berbuah
Memberi manfaat semula
Kepada penghuni taman yang resah
Jangan kita biarkan hati ini
Gersang dari kasih sayang
Manusia akan terumbang ambing
Hidup di dunia ini
Pangkat dan kekayaan tiada erti
Bila kasih sayang tak dimiliki
Berkasih sayang perintah Allah
Di antara sifat Allah
Kasih kepada hambaNya
Allah sangat sayang
Kepada hamba yang berkasih sayang
Jalinkanlah kasih sayang untuk keredhaanNya
Hati sudah lama menderita
Kekosongan kasih sayang
Tanamkan semula jangan biarkan
Jangan biarkan berlama-lama
Sudah lama manusia hidup
Dalam derita lagi sengsara
Ayuh kita suburkan semula
Kasihkan sesama sama manusia
3 comments:
salam naheed...
akak copy paste letak kt my blog ek..
malas nk update..
amik hang punye je la ek..
mekasih...
yup...i agree with that..
setiap individu adalah permata dlm keluarga kita..
qayya adalah salah satunya..cuma ada kurang dan ada lebih tiap satunya..
dan kita adalah yang menampung kekurangan,mengisi kekosongan..dan menumpang kelebihan..
alhamdulillah,kita adik beradik ramai...
=)
slm syg dan rindu dari kejauhan..akak sgt rindu..sgt2 rindu...
Kak Teh, Wa'alaiki salam...:)
Sila2..
Everything u've just mentione ar all true. We siblings, we're symbiosis, we complete each other. And that makes life wonderful. Having this loving family is my whole world.
Been missing you every each day. Put up ur pic in my room at UIA so i get to see ur smile and smile at u everyday.
Love u lots my love! Can't wait to have you home.
Till then, keep well, stay safe.
Hugs and kisses from Malaysia:)
selamat berpuasa.. :)
Post a Comment