Friday, September 26, 2008

Tunggu Teduh Dulu

Sebuah novel karya Faisal Tehrani. Cukup untuk membawa diri menilai kekuatan mujahadah hati.

Novel ni Naheed pinjam daripada Kak Dyll. Dia yg bersungguh bagi Naheed baca. Naheed sebenarnya tak boleh pegang novel. Once dah start, habis la... Takkan berhenti sampai khatam novel tu. I can even finish a novel as thick as Harry Potter in just a day!

Mula-mula pegang and flipped through the pages, what came to my mind was,
"Ala... ni lebih kurang 'Ayat-Ayat Cinta' je ni..."

At that time I had my impromptu dinner with Kak Dyll. She said that she just bought the novel and it still looked new as if belum bersentuh pun.

"Kak Dyll da baca belum ni?"

"Akak da baca da.. Pinjam ngan kawan.
Ni saje-saje beli buat simpanan.
Bace la... Best tau cite die"

And I was seduced.
Easily..! You know why?

First, I am by nature a novel-lover!:)
Second, cause I know that Faisal Tehrani is one of the prominent young Malaysian novelists, he had written number of books and won various awards.
And third, I was looking for something light but at the same time able to enlighten my dreary days I had that week.
Why was it a dreary week? I couldn't tell. But I can share more or less what I've learnt from this TTD (Tunggu Teduh Dulu) novel.

It is a story about a Muslim woman named Salsabila Fahim, seorang wanita yang mencari teduh tatkala dunianya diburu hujan, ribut, petir, taufan dan kemarau.

Kata Salsabila Fahim, ini cerita kecil,
cerita sederhana, tentang dia lari berteduh
di bangsal di puncak bukit
bersama Kamil dan Lam Ping Hai ketika hujan mula gerimis.

Kata aku, ini perkara besar ,
hal berteduh sementara duga datang mencuba bukan hal main-main.

Kata Teh Sofia, ya,
Kerja Tuhan siapa tahu ?

Kata aku, Tuhan akan menunjukkan
kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu
mencari, Dia menunjukkan.

Apa kata kau ?

Kataku;

Salsabila Fahim umpama diri, yang sekejap berlari ke hulu, terkadang menyusur jalan ke hilir mencari teduh. Saat-saat diri berada di tengah indah dunia, terleka, lupa bahawa itu milik Dia.
Namun, bila diri diberi ujian, mehnah dan dugaan, tatkala itu mula mencari teduh, mencari bantuan Tuhan.

Salsabila Fahim seorang yang tabah, tak mudah lentur semangatnya ketika ujian membedil bertalu-talu. Novel ni banyak buat Naheed berfikir dan merenung diri. Seorang sahabiah pernah berkata,

"jangan katakan diri pejuang andai tak kental tanggung ujian"

Naheed tak pernah diuji dengan ujian sehebat yang Salsabila Fahim, atau mungkin pejuang-pejuang lain lalui. Dengan ujian yang sekecil ini pun masih hendak mengeluh, masih cepat untuk berputus asa, masih kurang zikir syukur.

"Tidak ada satu nikmat pun yang ada pada kamu kecuali semuanya dari Allah.. apabila kamu ditimpa bahaya maka kepadaNYA kamu mengadu"
(An-Nahl:53)


"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. "
(Al Anfal:10)

"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al An'aam 165)


Ya Allah, pohonku agar Kau kuatkan aku dengan thaliMu. Tetapkan aku istiqamah di atas jalan-Mu.


"...cukuplah ALLAH bagi ku. Tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. Dan DIA adalah Tuhan yg memiliki 'Arsy yang agung."
(At Taubah:129)

No comments: