Sunday, April 25, 2010

"Ya, saya memang takut!"

Bismillahirrahmanirrahim...

~TAQWA~

"Ketaqwaan adalah merupakan suatu hasil yang jitu, serta buah yang semulajadi bagi perasaan yang dilimpahi dengan keimanan yang mendalam, yang menghubungi dengan muraqabah (mendekatkan) kepada Allah (Lahir satu perasaan ketakutan kepada-Nya, kegerunan dan kemurkaan dan seksaan-Nya, keinginan serta kesungguhan (ketamakan) kepada keampunan dan kurnia pahala-Nya.)"
~'Abdullah Nasih 'Ulwan, Menuju Ketaqwaan.

Umar bin Al-Khattab pernah bertanyakan Ubai bin Ka'ab tentang taqwa.

Ubai bertanya: “Pernahkah engkau berjalan di jalan yang berduri?"

Umar menjawab, “Bahkan!”

Ubai bertanya: “Apa yang engkau lakukan apabila berjalan di jalan tersebut?

Jawab Umar: “Aku berhati-hati dan berusaha (melepasinya).”

Lalu Ubai berkata: “Maka yang demikian itulah ketaqwaan”

ALlahu'alam

1 comment:

caliph said...

yes naheed, semalam baru ustaz sentuh ttg ini, nak katanya hidup kat dunia ni perlu penuh "hati2"..tu mksud taqwa..asas menjadi Muslim superb, Ilmu dan taqwa.

Renung2kan, mendalam maksudnya, inshaAllah mari bersama..