Friday, April 30, 2010

Jelas :)

Bismillahirrahmanirrahim...
Sepatutnya in 'P&C' tapi mahu kongsi sebab ada mesej yang mahu disampaikan; buat manfaat.
kakak itu: see?
Ummu Najla: tq kak!
kakak itu: kamu kena jelas la dgn apa yg kamu mahu...
Ummu Najla: hoyeah!
kakak itu: tu je...
Ummu Najla: ye
Ummu Najla: jelas
Ummu Najla: ye!
Ummu Najla: ho yeah!!
kakak itu: InsyaAllah
kakak itu: niat andai krn Allah, pasti terbantu
kakak itu: hari rabu haritu ada usrah GPTD
kakak itu: ada disebut ttg isti'anah & mua'wanah [xpasti betul ke x ejaan]
Ummu Najla: apa tu
kakak itu: isti'anah tu-pergantungan secara langsung/terus dengan Allah
kakak itu: tanpa ada apa2 perantaraan
kakak itu: ni terjemahan pak Hamka
kakak itu: setiap manusia ada hubungan langsung dgn Allah
kakak itu: berkait dgn tauhid uluhiyyah
kakak itu: minta segalanya dgn Allah
kakak itu: dan yg kedua-mua'wanah
kakak itu: asal dari perkataan ta'awun
kakak itu: tolong-menolong
kakak itu: menanggap manusia & makhluk lainya sbg alat
Ummu Najla: ok
kakak itu: bkn pergantungan
kakak itu: means
kakak itu: bedasarkan soal jodoh
Ummu Najla: hmm
kakak itu: jangan anggap bila kita mendapat lelaki yg baik itu, akan memudahkan/membantu kt dekat dgn Allah
Ummu Najla: ok
kakak itu: tetapi, fikirlah, dengan dekatnya kita pd ALLah itu
kakak itu: akan diberinya jodoh terbaik
Ummu Najla: *diam sambil tersenyum*
kakak itu: walau mungkin dia x berapa baik
kakak itu: segalanya Allah yg pilih

ALlahu'alam...

[mahu jadi yang terbaik kerana tahu; ALLAH sayang kalau aku begini dan begitu (terbaik). Cuba dan terus cuba. ALLAHU ALLAH... Hanya mahu RedhaNya] :)

Wednesday, April 28, 2010

T_T

Bismillahirrahmanirrahim...







"Belajar untuk REDHA.
Apa pun yang ALlah beri; baik atau buruk; untuk KEBAIKAN kita"


ALlahu'alam...

[Senyum, yuk!] :)

Sunday, April 25, 2010

"Ya, saya memang takut!"

Bismillahirrahmanirrahim...

~TAQWA~

"Ketaqwaan adalah merupakan suatu hasil yang jitu, serta buah yang semulajadi bagi perasaan yang dilimpahi dengan keimanan yang mendalam, yang menghubungi dengan muraqabah (mendekatkan) kepada Allah (Lahir satu perasaan ketakutan kepada-Nya, kegerunan dan kemurkaan dan seksaan-Nya, keinginan serta kesungguhan (ketamakan) kepada keampunan dan kurnia pahala-Nya.)"
~'Abdullah Nasih 'Ulwan, Menuju Ketaqwaan.

Umar bin Al-Khattab pernah bertanyakan Ubai bin Ka'ab tentang taqwa.

Ubai bertanya: “Pernahkah engkau berjalan di jalan yang berduri?"

Umar menjawab, “Bahkan!”

Ubai bertanya: “Apa yang engkau lakukan apabila berjalan di jalan tersebut?

Jawab Umar: “Aku berhati-hati dan berusaha (melepasinya).”

Lalu Ubai berkata: “Maka yang demikian itulah ketaqwaan”

ALlahu'alam

Tuesday, April 20, 2010

Don't stop me, I MUST GO

Bismillahirrahmanirrahim...


They said: Each soul has its given date.

Aku mahu jumpa Pemilik Jiwaku dalam keadaan yang paling indah dan paling baik...
Seperti saudaraku ini,
Bertemu-Mu saat paling dekat dengan-Mu,
Dalam sujud menghadap-Mu...

ALLAHU ALLAH...

Pohonku mahu Husnul Khatimah, Ya Zaljalali wal Ikram

Mahu dengan sangat!

ALLAHU ALLAH...

ASTAGHFIRULLAH INNALLAH KA NA TAWWABA

Saturday, April 10, 2010

Puja-puji Aku

Bismillahirrahmanirrahim.

*senyum

[Alhamdulillah]

Aku tahu aku bukan hamba yang baik, bukan yang sentiasa tunduk patuh. Ibadat hari-hariku yang fardhu sahaja, sunat mungkin setakat yang mampu. Tapi...

[Alhamdulillah]

Aku tak pernah rasa sempit. Walaupun masalah datang berhimpit-himpit. Masih senang.
Tak pernah sakit teruk. Tak pernah dikasari. Tak pernah dikejar ketakutan duniawi [sebab yakin Dia Sang Pemilik Arasy Langit dan Bumi ada Dekat. Dekat di hati].

[Alhamdulillah]

Keluargaku aman. Ya, punya masalah juga [semua pun ada kan?]. Tapi tidak bercerai talak, tidak terancam maruah, tidak terjebak rasuah, tidak disantau, tidak disihir.

[Alhamdulillah]

Pelajaranku meningkat. Ya, sebelum ini setiap penggal jatuh. Ada yang sampai 0.3 jatuhnya. Tapi penggal lalu meningkat.

[Alhamdulillah]

Sahabat handaiku baik akhlaqnya. Tak menjatuhkan maruah sendiri apatah lagi maruahku. Baik hatinya, ringan tulangnya, ikhlas tutur katanya.

[Alhamdulillah]

Hatiku damai. Dengan Dia. Walaupun janji aku selalu mungkir. Walaupun dosa aku tak pernah lekang. Walaupun lupa lalai itu aku. Dia masih dekat. Semalam, hari ini, esok, bila-bila, di mana-mana. Aku tahu Dia Dekat. Aku dapat rasa. Rasa tenang dan selamat. Biar sendiri [tak sendirilah, Dia kan Dekat!] yakin selamat!

*Senyum dengan sangat manis


ALHAMDULILLAH, WA SYUKRU LILLAH...


Ya ALlah, Ya Rabbul 'Izzah,
Pegang aku kuat,
Biar sentiasa ingat,
Biar selalu dekat,
Hanya mahu ada Engkau,
Sudah cukup bagi aku yang hina-dina ini.


Imla' qalbi bil Yaqiin. Hasbi Rabbi JallALlah... Ya ALlah


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (QS:2:186)


*******************************

Pernah satu masa aku bersama Ayah dalam perjalanan pulang ke kampus, bercerita tentang keluarga dan kehidupan. Kata Ayah setelah panjang lebar berceloteh [ya, Ayah seorang yang penuh Hikmah orangnya (bangga!)],

"After all, at the end of the day, I raise my head up to ALlah and say, "ALhamdulillah Ya ALlah, You gave me all these blessings in life"."

Ayah pandang aku lalu menyambung,

"Bayangkan macam mana kalau ALlah tarik ni'mat kita untuk nampak warna hijau--ni'mat untuk nampak warna hijau saja."

*Diam

*Senyum mata bergenang

Dalam hati memuja-muji Yang Maha Besar ALlahu 'Adhim.



[Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah!]

Thursday, April 8, 2010

It knocks me on my head!

Bismillahirrahmanirrahim...

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh





[Tipu kalau aku tak terasa! Thank You ALlah, Your Mercy never fade though I did wrong thousands of time... Still, You show me the way... ALlahu ALlah... ALHAMDULILLAH!]



Puisi ini dipetik dari blog seorang junior... Terima kasih, dik!

Wednesday, April 7, 2010

Aku tinggalkan CINTA kerana DIA

Bismillahirrahmanirrahim...
Terpanggil untuk kongsikan ini dengan semua... Moga mendapat manfa'at dan 'itibar. Diperoleh dari perkongsian dengan seorang sahabiah. Moga ALlah merahmatimu selalu. Amiin.
Date: Sat, 21 May 2005 01:47:01 +0100 (BST)
From: ”Mu. ammar” k>
Subject: Aku tinggalkan Cinta Kerana DIA
To: ”Mukhtar Suhaili”

Wahai saudara seagamaku, saudara MUHTAR bin SUHAILI yang saya hormati (Saya sering ziarah ke weblog saudara.. Teruskan perjuangan saudara lillah).

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah SWT tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organiasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah SWT, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual deangan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.



“Wanita Hiasan Dunia.. Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah!”

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.

Not a single phrase, nor a word.

My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah PBUH has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata: “It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya Allah, sekiranya Allah SWT panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

Pesan saya buat saudara MUHTAR, sekiranya tiada penawar berbisa, jangan cuba mencari cinta manusia, kelak dirimu akan binasa.. Jika cinta manusia datang menduga tanpa diminta kehadirannya, maka bercintalah kerana-Nya.

Dan lagi satu.. hargailah.. sayangilah seseorang itu… kerana ALLAH SWT.. Cintai dia seikhlasnya atas dasar visi destinasi perhubungan sesama pasangan itu adalah kerana nawaitu murni iaitu aku ingin memiliki dan mengahwininya demi menyempurnakan SUNNAH RASULULLAH SAW dan kerana ALLAH SWT.


Pesanan sahabiah itu: Semoga mendapat iktibar..mohon pengertian semua yang membaca, sekecil2 benda yang kita jaga pasti Allah akan memberi ganjaran,, kita hanya mahukan redhaNya semata-mata, fokus pada study, jemaah dan gerak kerja islam...jodohmu telah ditetapkan, andai sudah yakin dan berazam membina baitul mslim yg sudah tentu harus didasari dgn iman, melahirkan para pejuang demi menegakkan agama Allah..maka serahkan pada Allah:)

insyaallah jiwamu akan tenang sesungguhnya Allah sentiasa dekat dgn hamba2Nya yang sentiasa mengingati dlm keadaan susah dan senang..salam mujahadah buat semua yg membaca!

ALlahu'alam

[Tuhan, leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku. Kerana di situ tidakku mampu mengumpul dua cinta. Hanya Cinta-Mu (ALlah) ku harap tumbuh, dibajai bangkai dunia yang ku bunuh... ~ The Zikr, Antara Dua Cinta]

Monday, April 5, 2010

I need not trust.

I listen;
So I listen.
I know;
So I know.

I get you,
Clearly.

Mere;
It is.

For what lies before me,
Just another specter,
And beads of jealousy.
Love to be honor,
Yet live in deceitful.

Let me ask you;
Is this it that you wish?

Happiness.
In the misery of others.

Oh that dark heart!
May it found peace in that act of 'noble'!
May it get you to that of your 'love'!

I need not trust;
You who just live for yourself,
Not afraid of that black abyss,
That soon will rotten your 'decent' heart.

Shame.
For woe beheld you,
Not knowing the truth,
Not wanting to see,
That what you could be,
If only you see.

I need not trust,
Thee.



Friday, April 2, 2010

ALAM ANGGUN

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah wa syukru lillah! ALAM ANGGUN Tupperware Business Centre (TW BC) had been officially launched yesterday; Thursday, April 1, 2010. Alhamdulillah. Though the renovation is still ongoing but the system is fully functioning now. For a first day business mashaALlah we were able to gain sales nearly 5K. Alhamdulillah...

I am very proud! Really I am! Alhamdulillah!

This is from the entrance.

It's really amazing how both my parents are able to delegate their responsibilities between family, business, friends and their strong credence to Almighty ALlah.
Ayah has always keep telling me that the strength is from ALlah for He bestowed upon him and Mak with TAQWA and SABAR. They are really my greatest inspiration after Prophet Muhammad PBUH.

Mak Ayah, you are great! MashaALlah!

Bouquet from Mega Vision; Mak's up-line (Aunty Mag)

Cik Ba'yah, our staff at work--the front-liner

Mak, stay strong!
I'll support and help you anyway I can. Kalau perlu aku menjadi ibu di rumah, aku akan cuba lakukan sebaiknya. Adik-adik, serahkan pada aku. Ini janji Mak!
Kakak sayang Mak!

Adik-adik, let's together help Mak and Ayah; by being a TRUE MUSLIM, just like what Mak and Ayah dreamt to have...

Kakak believe in you! Everyone of you!
ALlah bless us inshaALlah for the niat to help His Deen...

Akhlaq Mulia ya adik-adik...:)

Zainab and Hafsa (Acha)

Safiyya (Adek)

Let's start with the MAN IN THE MIRROR! That's US!

Be a good Muslim leader to everyone around us, OK? :)

Tupperware Brands pun boleh jadi wasilah da'wah, kata Ayah Mak... :)




SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR!

O ALlah, bless us with Your never ending and unconditional LOVE and LIGHT. Keep us near to You in every way. Amiin...

"Verily which favor of your Lord will you deny?"
~QS ArRahman