Thursday, July 9, 2009

Untukmu

Suatu ketika aku pernah berjanji
Untuk terus bersama
Temani saat duka lara
Bersama tika bahagia menjengah tiba

Kau juga berjanji
Di saat itu
Di suatu ketika yang dulu
Berjanji dengan janji yang sama

Maka Dia pun berjanji
Dia berjanji bahawa sesungguhnya kita tak punya kuasa merencana masa
Dia berjanji bahawa hanya Dia yang Tahu segala

Antara Aku, Kau dan Dia
Kita semua telah berjanji

Untukmu
Perlu kau tahu
Telah aku sandarkan janjiku pada Dia
Kerana kita tak punya kuasa merencana masa

Jadi kutitipkan ini
Untukmu
Agar suatu saat nanti
Tidak kau bertanya
Ke mana perginya janji segala...

Firman ALLAH S.W.T:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al Baqarah: 216)

No comments: