Thursday, July 9, 2009

Aku Tak Nak Dengar!

Aku Tak Nak Dengar!
Bebelan!
Cemuhan!
Alasan!
Komentarmu yang hanya berupa madah berbasi-basi
Yang bagimu; "Aku prihatin"

Ah!

Aku Tak Nak Dengar!
Keluhan
Sesalan
Rungutan
Yang berupa bayangan lemah tak punya asa

Tunjukkan dirimu yang kau mampu!
Kau bukanlah seremeh makhluk ciptaan Tuhan yang lainnya
Kau punya akal fikiran
Kau punya daya upaya

Apakah kau setaraf mereka
Serendah sehina robot tak bernyawa
Tak mampu lakukan andai tidak diatur gerakan
Lemah andai tiada sumber memberi kuasa

Kau MANUSIA
Sebaik-baik ciptaan-Nya
Jangan perlekeh dirimu dengan akhlaq yang lekeh
Jangan remehkan dirimu dengan berkata tentang yang remeh

Lihat saja tujuan penciptaanmu
Apakah kau tahu??
Tujuan dirimu dicipta bukan untuk sesuatu yang remeh, kecil, rendah dan lekeh
Kau dicipta untuk mengemudi bumi, mengurus dunia
Kau juga dicipta untuk memimpin ummat seluruhnya

Bangunlah wahai KHALIFAH
Sedarlah wahai DA'IE
Pimpin dirimu untuk memimpin mereka
Usah biarkan kami mendengar bicaramu yang tiada guna

Ayuh!
Luaskan pemikiranmu
Tingkatkan ilmumu
Tinggikan peribadimu
Semoga kau tauladan hasanah
Pemberi Makna buat semua

Firman ALLAH S.W.T:
"Adapun orang yang merasa takut terhadap kedudukan Tuhannya dan ditahan nafsunya dari keinginan yang rendah-rendah, maka sesungguhnya syurgalah yang jadi tempatnya"
(Surah An Naz'at: 40-41)

1 comment:

zahin kasturi said...

tahniah..
ayat2nya indah dan bermakna