Program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009 (PMGK) bertujuan melatih generasi mahasiswa agar bersifat dinamik dan progresif sebagai persediaan untuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Hasrat ini dilaksanakan dengan meletakkan tradisi budaya ilmu sebagai pra-syarat penting ke arah pembinaan sahsiah yang unggul, pembentukan bangsa yang mapan dan pembinaan tamadun yang tinggi. Namun segalanya hanya dapat direalisasikan jika semua pihak membantu menggembleng tenaga menjayakannya.
Program PMGK 2009 yang dirancang oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP) dengan anjuran bersama Kerajaan Negeri Selangor kali ini juga bertujuan untuk membantu mendedahkan kepada para pelajar tentang kehidupan di kampus serta memupuk sahsiah yang tinggi dengan memiliki matlamat yang jelas dan mampu untuk membangunkan diri, keluarga dan negara berlandaskan kefahaman dan penghayatan Islam yang syumul.
Objektif:
Butiran:
Tarikh:5 hingga 7 Jun 2009
Tempat:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
Sasaran peserta:
1. Pelajar lepasan SPM, STPM & STAM 2008
2. Mahasiswa yang baharu berdaftar di
IPTA/IPTS, Kolej Matrikulasi atau
Pusat Asasi
Tema:
"Mahasiswa Dinamik Penggerak Kejayaan"
Hubungi kami:
1. Khairullah (013-222 9724)2. Azimah (013-374 6380)
Sekretariat PKPIM Pusat, Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, Kampung Tengah, Batu 6 1/2, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6184 2286
Faks: 03-6184 2285
Emel: pkpim_spp@yahoo.com
1 comment:
nabil(BELL) 100% menyokong usaha program ini kerana program ini memberi impak positif yang besar dalam setiap diri peserta...disamping dapat mengeratkan ukhwah sesama saudara islam kita...
program ini sememangnye wajar diteruskan demi misi agama islam tercapai....
Post a Comment