Thursday, June 26, 2008

Hidup ni mudah, kenapa nak gundah gulana?

Salam'alaik...


Apa khabar iman? Harap masih segar dalam basahan zikrullah. Apa khabar amal? Harap sentiasa ikhlas di persimpuhan jiwa.

Ini entri kedua yang Naheed postkan dalam tulisan Naheed sendiri. Agak takut sebenarnya untuk memulakan tulisan ni. Sebab Rasulullah S.A.W pernah pesan, ada la macam gini maksudnya;
"wahai orang-orang yang beriman! Janganlah engkau katakan sesuatu yang tidak engkau lakukan. Sesungguhnya amat besar murka Allah kepada seseorang yang hanya berkata-kata tetapi tidak melakukan"

Tapi bila ingat satu lagi pesan Baginda yang bunyinya lebih kurang macam ni;
"sampaikanlah walau satu ayat"



Hatta hidup kita atas muka bumi Allah ni sebagai khalifah namun kita juga diberi tugas sebagai da'ie - penyebar agama Allah.

Antara 4 sifat wajib da'ie:
  1. Siddiq: Membenarkan atau berkata yang benar

  2. Amanah: Amanah dengan tanggungjawab dan janji

  3. Tabligh: MENYAMPAIKAN

  4. Fathanah: Bijaksana

......................................................................

Jadi entri yang ini Naheed nak sampaikan sedikit tentang persoalan hati dalam kehidupan hari-hari...

Selalu bila ada masalah, tak kiralah betapa besar atau kecilnya masalah tu, mesti terkesan sedikit rasa kegundahan hati. Kadang-kadang orang terdekat yang ada masalah, kita yang resah memikirkannya. Hmmm... Pernahkan?:)

Dalam entri yang lepas (Ku Ingin Bahagia!), tips yang Al Fadhil Ust. Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni menerangkan pelbagai cara untuk kita hilangkan kegusaran hati. Untuk entri yang ini, apa yang Naheed nak sentuh bukan lagi tentang cara tetapi tentang hakikat hidup tu sendiri: Hidup ni mudah!

Mudah ke? Mesti ada sahabat yang akan sangkal pendapat ni. Hidup ni sangat mudah sebenarnya. Sebab apa ye? Pernah dengar tak kata-kata hikmah ni; "two heads are better than one"?

Eh, Naheed ni belit-belit! Hmmm... :)

"Two heads are better than one"

Naheed bukan nak berkata tentang kerjasama dalam menyelesaikan masalah kehidupan, tapi Naheed nak tekankan tentang kebergantungan kita kepada Yang Maha Merencana dalam mengurus permasalahan hidup sehari-hari.

Kawan-kawan taukan sifat 20 Allah S.W.T? Antara sifat 20 Allah yang Naheed nak tekankan dalam entri kali ni: Iradat, Yang Berkehendak Menentukan; 'Aliman, Yang Mengetahui; Qudrat, Yang Berkuasa.

Cuba kita gabungkan ketiga-tiga sifat Allah tu --> Yang Mengetahui, Berkuasa Menentukan.

Pada Allah itu sudah ada zat yang Maha Hebat. Walau masalah itu sebesar gunung sekalipun yang menimpa hidup insan, Allah tu lagi Besar. Hatta masalah itu sekalipun Allah juga yang hadirkan tanda ingatanNya pada kita.

Jadi, jadikanlah Allah S.W.T sebagai sebenar-benar sandaran. IshaAllah, dengan sifat redha yang dimiliki, kita akan lebih tenang mengurus hal dunia.

"two heads" yang Naheed maksudkan di sini adalah keyakinan kita kepada dua hikmah.

Maksud hikmah yang Naheed pegang adalah kebijaksanaan (wisdom)

Keyakinan kepada 2 hikmah pula maksudnya; yang pertama, yakin pada Kebijaksanaan Allah yang merencana hidup kita ni. Allah itu Maha Mengetahui. Pasti ada kebaikan di sebalik tiap sesuatu yang berlaku. Yang kedua, yakin kepada kebijaksanaan 'aqal dalam mengurus kehidupan yang semestinya ianya bersumberkan ilmu yanq haq dan utama iaitu Al Qur'an dan As Sunnah.

Hmmm... kan mudah tu? Hidup ni mudah bila kita bersandar (yakin) pada kedua-dua hikmah tersebut. Basic tu, yop!;)

Allahu'alam.


No comments: