Saturday, August 30, 2008

Insan ini...

Assalamu'alaikum semua...

Sudah lama aku biarkan hamparan ini tak terusik dek kesibukan yang tak lelah menjengah...

Pulangku kali ini untuk mencoretkan rasa-rasa yang singgah sepanjang pijakku di bumi Allah ini.

Ramai yang menunggu kedatangan entri baru. Puas berfikir apa kiranya yang dapat ku kongsi bersama rakan-rakan. Sejenak, muncul wajah-wajah yang setia berlegar dalam hidupku sehari-hari.

Tuhan, Kau Maha Kaya, kurniakan aku insan-insan yang membubuh maksud dan erti dalam hidup ini. Lantas nama-nama ini ku beri sedikit kreditasi. Amat kecil untuk dibandingkan dengan apa yang telah kalian hadirkan dalam hidup dan nubariku...

Khairunnisa Khayun

Kau hadir tatkala diri ini sedang mencari erti sebenar kehidupan. Perlu kau tahu hadirnya dirimu memberi seribu satu erti kepada diri yang tika itu amat mentah untuk menelan erti hidup yang kadangnya pahit dan kadangnya manis, baur rasa yang kadang memualkan. Kau ajarku untuk berdiri utuh tatkala dilanda taufan kencang. Kau juga membawa aku untuk lebih dekat dengan Dia. Kau membawa aku mengenal erti kemanisan hidup seorang mujahidah. Sungguh, aku bertuah dikurniakan sahabat dan kakak sepertimu.

Nadzirah Hasnul Hadi

Setia dan sejati. Itulah perkataan yang terlintas bilamana nama ini muncul di benak fikiran. Sahabat yang amat kucintai. Dia yang tak pernah letih melayan karenahku. Menemani di saat yang lain melarikan diri. Menyayangi di saat yang lain membenci. "Nhd syg Zra!" Ungkapan yang akan sering kau dengar dariku. Semoga Allah kurnaikan kau kebahagiaan yang tak pernah putus.

Mohd Haidhir Mohd Yusof

Pendidik. Hadirnya membuka mata mengenali dunia yang lebih luas. Segala macam ilmu dan pengalaman kuperoleh darinya. Dia mengajarku untuk terbang lebih tinggi, menuju jauh melepasi angkasa menggapai bintang dan bulan. Dia medidikku untuk menjadi lebih matang dalam mendefinisikan kehidupan. Dia mengajarku untuk lebih rasional mendepani cabaran-cabaran hidup. Punya pendirian yang tersendiri dan idealisme yang membina. Bangga dan syukur menjadi adik didikmu. Moga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengekorimu.

Mariati Roslan

Kak Mar!!! Rindu untuk mendengar celoteh dan nasihatmu lagi. Insan inilah yang banyak meninggalkan kesan dalam nubari. Usapan tarbiyahnya yang sentiasa kurindui. Kau bagai cahaya! Ingin aku satu hari nanti manjadi muslimah hebat sepertimu yang kental mengorak langkah di medan perjuangan, tak kenal penat dan lelah, tak terkesan dek cemuh dan tohmah. Sesungguhnya kau pembakar semangat!

Muhammad Mu'izzuddin Mustaffar

Barangkali kau antara insan yang amat aku kagumi. Usia sebaya namun kau lebih jauh matang dariku. Mu'iz hebat! Bangga kiranya menjadi sahabatmu. Mu'iz, banyak ajar Naheed erti hidup pada memberi.. Terima kasih! Teruskan memberi, di hujung nanti akan kau terima yang lebih baik dan lebih indah!


Nama-nama lain seperti Shakina Mohd Said, Lina Mursyidah Hamzah, Hasbullah Hamizan, Ahmad Taufiq Iqbal Abdul Rani, Siti 'Aishatul-humairah Mohd Fisol, Nik Izyani Nik Nordin, Abdul Muntaqim, Abdul Hafizuddin Abdullah dan ramai lagi... Kalian juga banyak memberi erti dalam hidupku. Memberi indah, memberi warna. Ungkapan terima kasih belum tentu cukup untuk melahirkan ketinggian rasa syukurku atas kehadiran diri kalian dalam hidup ini.

Di atas segalanya...

Aku punya keluarga yang pada mereka lahir makna hidup yang lebih dalam dan sempurna...

Ayah, Azhari Mohamed
Mak, Norulhuda Ab Wahab
Kak Long, Nurul Iman
Abang Ngah, Abdul Rahman
Kak Cik, Khadijah
Kak Teh, Naufa
Abdullah Zahid
Abdul Rahim
Zainab
Ruqayya
Hafsa
Safiyya

Kalianlah yang sesungguhnya merupakan warna-warna utama mewarnai kanvas kehidupan gadis 19 tahun, Naheed Azhari. Ya Allah, moga Kau kekalkan kebahagiaan dan ketenteraman keluarga kami, Semoga sentia dalam limpah rahmat dan redha-Mu. Ameen...


Dan di atas segala-galanya...

ALLAH S.W.T

Engkaulah yang memberi hidup, memberi hati dan perasaan, memberi kasih dan rahmat kepadaku dan umat insan seluruhnya. Pohonku moga Kau kekalkan aku dan mereka dalam ketaqwaan dan keimanan yang sebenar-benarnya pada-Mu yang jauh dari kunjung malap. Semoga tidak kami sia-siakan kehidupan dunia yang Kau berikan ini untuk dijadikan medan mencari bekal bagi kehidupan akhirat yang kekal abadi. Hanya redha-Mu yang kami harapkan...



1 comment:

Azree Hanifiah said...

nama taufiq ada, nama kita takde plak... =)