Showing posts with label Akhlaqku Akhlaqmu. Show all posts
Showing posts with label Akhlaqku Akhlaqmu. Show all posts

Saturday, November 6, 2010

Tarbiyyatul Awlad

Bismillahirrahmanirrahim.

Usai solat Maghrib, sedikit kurang khusyuk ketika mahu memulai bacaan doa. Di sudut katil Acha sambil berbaring membaca kuat dialog komik 'Ana Muslim' yang dibelinya semalam. Panjang. Saya turut sama mengikuti dan memahami jalan cerita yang dibacanya bersama nada dan lenggok suara.

*****

"Man, bangunlah. Dah lambat ni. Waktu sahur dah nak habis ni."

"Sahur? Ala, Man minum air je. Mengantuklah..."

"Man, sahur kan Sunnah Nabi. Man sayang Nabi tak?" [nada memujuk]

"Mestilah sayang. OK lah. Man sahur..."


Saya teliti dialog ini dan pantas terbayang di benak situasi sebenar kebanyakan ibu dan anak (lingkungan 5-7 tahun) di waktu sahur bulan puasa.


"Man, bangun. Dah nak dekat Subuh ni. Cepat bangun. Nanti tak sempat."

*terpisat-pisat, cuba untuk tidak diendahkan kejutan ibu*

"Man, dengar tak ibu cakap ni? Bangun. Nak ibu piat telinga tu?" [bernada tegas]

"Man tak nak sahur. Man nak tidur..."

"Ibu siram air nanti! Bangun!" [sedikit meninggi]

*****

Menjadi seorang ibu (juga ayah) perlukan ilmu yang pelbagai dalam mendidik anak. Mengetahui ilmu agama, hukum feqah dan fardhu 'ain belum cukup untuk mendidik anak memahami dan mengamalkan Islam secara berkesan (berkesan dalam erti kata mendidik hati, aqal dan diri mengenal dan mencintai ALlah, Rasul-Nya dan Islam dengan sebenar-benar kefahaman) bukan kerana terpaksa atau 'takut ibu/ayah marah'. Psikologi kanak-kanak perlu dititikberatkan. Kesan didikan yang sebagaimana yang mampu menyentuh dan menerangi hati nurani anak-anak ini sehinggakan terzahir pada akhlaqnya secara lahiriah.

Antara dua situasi di atas, ibubapa hari ini lebih cenderung untuk menggunakan amarah daripada kelembutan. Mungkin kerana pelbagai tekanan hidup termasuk tekanan di tempat kerja, hubungan suami-isteri yang dingin, pasangan yang tidak bersama menyokong dalam urusan pendidikan anak-anak, dsbnya menyebabkan anak-anak menjadi mangsa tekanan.

Mungkin juga ibubapa yang telah terdidik dari cara pembesaran yang dilaluinya ketika kecil, lalu megaplikasikan yang sama pada anak-anak. Namun menjadi hak anak-anak untuk mendapatkan pendidikan yang baik daripada kedua ibubapa. Anak itu si kecil. Anak itu juga insan. Dan anak itu amanah Tuhan.

Saya bukanlah seorang yang arif dalam bidang psikologi mahupun pendidikan kanak-kanak. Tapi yang pasti, di usia sebeginilah anak-anak akan menyerap sebanyak mana yang dialaminya dari kehidupan seharian sebagai satu pelajaran yang akan diguna-pakai ketika remaja dewasa. Dalam lingkungan usia ini, minda anak-anak seperti span yang akan menyerap apapun jenis cecair di sekitarnya. Andai diletakkan dalam takungan air keruh, maka keruhlah warna span tersebut dan begitulah sebaliknya.

Ada kaitan analogi di atas ini dengan pepatah Melayu: "melentur buluh dari rebung". Bentuk lenturan yang diberikan ketika rebung akan kekal bilamana menjadi buluh--tidak dapat diubah bentuknya lagi. Jika kekasaran yang diberikan, tidak mustahil anak itu akan membesar menjadi seorang yang kasar atau pemarah dan kurang adab dan hormatnya kepada orang tua termasuk ibubapa sendiri. Na'uzubillah...

"Do unto others the way you want others to do unto you".



"When you have children, be childlike with them and treat them well".

ALlahu'alam.


P.s.: Bila rasa nak marah atau berkasar, cuba ingat betapa payahnya kita mengandung dan melahirkan si bayi comel ini dahulu. [macam pernah je kan] Jum jadi lembut dan penyayang macam RasuluLlah S.A.W.! [Dah beli Tarbiyyatul Awlad? Jum beli+hadam!]

Saturday, October 16, 2010

Sayang Bungaku

Bismillahirrahmanirrahim.

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


ALlahu'a'lam.


[Peringatan buat diri dan puteri-puteri di luar sana semuanya... Kita tunggak pembangunan ummah. Ayuh muhasabah di mana letak duduk lembut, malu dan ketegasan (maruah) kita dalam kehidupan sehari-hari. NastaghfiruLlah wa natubuilaik, Rabbana dzalamna, anfusana, wa illam taghfirlana, wa tarhamna la nakunanna minal khaasiriin... Rabbana, aatina fiddunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qina 'azabannaar... Amiin, amiin ya Rabbal 'Alamiin.]

Monday, August 23, 2010

Pakaianku IV : Zainab Al Ghazali


ZAINAB AL GHAZALI AL ZUBAILI

Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.

Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan "Jamaah Saidatina Muslimah". Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.

Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai'ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.

Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.

Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.

Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian , tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma
ini.

Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam. Tanggungjawab umat hari ini, sangat berat iaitu membebaskan diri dari kongkongan dan cengkaman sekularisma yang meuguasai negara mereka, membebaskan diri mereka daripada jahiliyah yang sedang mengongkong hati dan pemikiran mereka.

Tanggungjawab ini sangat berat. Sekularisma bukan sahaja wujud sebagai teori semata-mata bahkan ia wujud sebagai institusi yang mengikat teguh sesamanya. Beliau berkeyakinan bahawa Daulah Islam akan tetap ditegakkan kembali dengan izin Allah S.W.T dengan syarat melalui satu jalan iaitu JALAN ISLAM.

Negara Islam tidak dapat ditegakkan dengan lain-lain jalan kecuali JALAN ISLAM. Menurut beliau lagi, cara utama untuk kembali kepada JALAN UTAMA ini ialah Revolusi Pemikiran (Thaurah Fikriyah) — satu revolusi yang dapat mengubah pemikiran Jahiliyah kepada pemikiran Islam, berdasarkan 'aqidah Islam. Ini memerlukan Tarbiyah — pendidikan amali untuk membentuk sikap, tindakan-tindakan dan tingkah laku serta pemikiran Muslim dan Muslimah menjadi pemikiran Islam.

Beliau menyebutkan ini sebagai langkah awal dalam pembentukkan Daulah Islam. Beliau fahami ini daripada Al-Quran tentang sunnah perubahan. Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang maksudnya
"Sesunguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah
apa yang ada pada diri mereka."

Bahawa perubahan itu tidak akan berlaku kecuali adanya perubahan diri itu yang difokuskan kepada jiwa dan hati manusia. Ini merupakan satu macam ketentuan - sunnatullah dalam mengatur perubahan sejarah. Bahawa perubahan diri ini bermula dengan perubahan pemikiran, peribadi dan tingkah laku diri manusia. Inilah fahaman beliau yang mendalam tentang Islam. Beliau menganjurkan untuk menuju kepada Daulah Islam, hendaklah mengadakan revolusi pemikiran perubahan yang pantas seperti sikap para sahabat.

Beliau memetik kata-kata Syed Qutb dalam memperkatakan Jilun - Quraanun - Fariid, satu generasi Quran Yang Unik, bila mereka memeluk Islam, mereka sekali gus meningggalkan ciri-ciri Jahiliyah secara menyeluruh.

Perubahan atau Revolusi yang pantas dan cergas ini dilakukan dan seluruh pandangan mereka tentang nilai-nilai hidup dilihat mengikut neraca Islam, bukan neraca dunia atau Jahiliyah.

Beliau memahami bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh Rasulullah S.A.W. dalam Dakwah baginda. Langkah pertama dalam membuat perubahan ialah melalui Tarbiyah atau pendidikan keatas para sahabat, mereka dididik oleh Rasulullah S.A.W. bukan pada teori bahkan pada diri dan tingkah laku mereka. Tarbiyah ini meliputi Tarbiyah Rohani dan Jasmani.

Tarbiyah yang menekankan kepada pembentukkan Iman yang mendalam, sehingga tercerna dan lahir dalam tingkah laku mereka, sehingga Al-Quran tercerna dan tercetak pada diri dan tubuh badan mereka. Sehingga segala tindakan mereka adalah Islam — di lihat sahaja pada diri salah seorang dari mereka sudah ternampak akan Islam, ternampak akan Daulah Islam pada diri mereka, dan seterusnya hidupnya adalah Islam. Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang mendidik jiwa mereka melahirkan manusia misali yang unggul dalam sejarah peradaban manusia. Demikianlah natijah hasil dari didikan Iman, yang jelas pada sifah para sahabat.

Lihatlah!! Seorang pemuda yang kacak dan anak tunggal dari keluarga hartawan, Mus'ab 'Umair namanya - ia yakin dengan ajaran Muhammad S.A.W. dan terus memeluk Islam sebagai agamanya, sehingga akhir hayatnya. Setelah ibunya mengetahui bahawa Mus'ab mengikut ajaran Muhammad S.A.W, maka ia mengugut tidak akan memberi harta warisan kepada Mus'ab, seandainya ia tidak mahu kembali kepada agama nenek moyangnya. Mus'ab sudah bulat keimanannya, demikianlah hasil didikan Rasulullah S.A.W. terhadapnya ia terus beriman dengan ajaran Muhammad S.A.W. "Aku memilih ajaran Muhammad dari memilih harta kekayaan". Ibunya pula terus bersumpah, ia tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali kepada agama asalnya. Sebaliknya Mus'ab pula bersumpah "Seandainya ibuku mempunyai 100 nyawa, dan keluar satu demi satu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetap dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH, namun aku tingalkan Islam, sekali-kali tidak".

Inilah kesan yang terus menerus dari Tarbiyah, Mus ab ketika syahid di medan Jihad, tatkala kain yang ada padanya untuk ditutupkan ke atas tubuhnya tutup kepalanya, terdedah kakinya, tutup kakinya terdedah kepalanya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan bahagian kepalanya ditutup dengan kainnya dan bahagian kakinya ditutup dengan daun kayu.

Demikianlah Mus'ab sanggup meninggalkan kesenangan dan kekayaan, dan rela mengorbankan dan menjual dirinya kepada Islam… semoga syurga firdaus ganjaranya. Pengorbanan demikian tidak sanggup dilakukan oleh manusia kecuali mereka yang dididik dengan Iman. Inilah sebagai satu syarat yang diwujudkan oleh Zainab Al-Ghazali, agar Negara Islam dapat dikembalikan.

Semasa beliau memimpin Jamaah Saidatina Muslimah, beliau telah dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir dan mereka telah dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah S.A.W. Di antara mereka yang rapat hubungan dengan Zainab Al-Gahazali ialah dua saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb,; Halidah Hassan Al-
Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah A!-Fath, Aminah Al-Jauhati. Al-Waliyah Al-Hudaibi dan Al-Afdah. Mereka inilah yang beliau sitatkan sebahagian dari mereka sebagai sebahagian anak-anaknya, sebahagian dari mereka sebagai adik-adiknya, sebahagian dari mereka sebagai kakak-kakaknya, dan sebahagian dari mereka sebagai ibu-ibunya. Kerana di antara mereka ada yang berumur 85 tahun, Ummi Ahmad namanya, ia telah di tangkap oleh
rejim Jamal Nasser ketika ia berusia 85 tahun, ketika Zainab mendengar berita itu, ia memperkatakan bahwa ini adalah pertanda baik bagi Islam. Musuh-musuh Islam telah gentar kepada wanita Islam yang telah tua lagi uzur. Ini menunjukkan hasrat dan minat terhadap Islam terlalu tinggi. Musuh-musuh Islam telah gentar, mereka tidak dapat membezakan antara yang bertenaga dan tidak bertenaga, antara wanita dan lelaki, antara tua dan muda, semuanya
sama sebagai musuh mereka. Setelah Mursyidul 'Am Hassan Al-Banna syahid dimamah peluru
durjana yang tidak mengenal insan beriman atau tidak, Zainab Al-Ghazali terus berbai'ah kepada Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul 'Am penganti Hassan Al-Banna. Ia terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan Ikhwan Muslimin. la mendengar pandangan mereka dan mengambil pengajaran daripada mereka.

Beliau bersuami, suaminya seorang yang dihormati, seorang 'Ulama yang berilmu tinggi dan sangat kuat memberikan dorongan kepada isterinya untuk meneruskan da'wah ditengah-tengah masyarakat manusia di Mesir. Zainab Al-Ghazali menceritakan ketika penyeksaan yang dihadapinya di penjara sampai kemuncaknya, mereka telah mengunakan berbagai cara bagi
melemahkan jiwa dan rohnya menyebabkan ia terpaksa dibawa ke hospital. Regim Jamal Abdel Nasser memaksa suaminya menceraikannya dan membawa surat cerai itu ke dalam bilik kurungan di hospital, di mana Zainab sedang dirawat. Ketika saudara-saudaranya melawatinya mereka menceritakan ketika suaminya dipaksa menceraikan Zainab Al-Ghazali, ia bersumpah "sekali-kali tidak, aku menceraikan isteriku". Demikianlah keteguhan, kesetiaan dan pengorbanan suaminya, sehingga ia kembali menemui Tuhannya ketika Zainab Al-Ghazali masih dalam Tahanan.

Kisah tahanan ke atas Zainab Al-Ghazali adalah sangat mengkagumkan, kerana seorang wanita telah dapat menanggung penyeksaan yang lebih berat dari penyeksaan ke atas lelaki. Beliau menyebutkan, sebelum ia ditahan, Jamal Nasser memerintahkan Jamaah Saidatina Muslimah dibubarkan dengan menghantar notis melalui mahkamah, dan akan menarik notis pembubaran itu dengan syarat Zainab Al-Ghazali mestilah berkerjasama dengan Parti Istrokiyah. Zainab Al-Ghazali menolak, kemudian ia ditawarkan menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau menjawab: "Dalam perjuangan ku tidak bercadang untuk menjadi menteri aku hanya mahu berdakwah" Jamal Nasser telah putus asa memujuk Zainab Al-Ghazali untuk masuk Parti Istrokiyah, Jamal Abdel Nasser memerintahkan untuk menangkap Zainab Al-Ghazali.

Sewaktu beliau dibawa keluar dari rumahnya satu pembunuhan telahdirancangkan. Sebuah kereta merempuh kereta yang membawa Zainab Al-Ghazali. Setelah rancangan awal ini gagal, akhirnya Zainab di tahan setelah di tangkap semula, setelah di bebaskan pada tahun 1964.

Zainab Al-Ghazali terus dibawa ke penjara dengan sebuah kereta, dalam perjalanan itu dimaki hamun yang tidak dapat diterima oleh akal dan tidak dapat digambarkan oleh fikiran. Setelah sampai ke penjara ia diseret ke bilik kurungan dengan kata-kata yang kesat, yang tidak wajar
dihadapkan kepada binatang, apatah lagi kepada manusia. Mereka mengugut untuk membunuhnya seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh anggota Ikhwan Muslimin, mereka mengugut untuk menanam hidup-hidup seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh orang yang sealiran dengan Zainab Al-Ghazali. Dengan kata-kata yang
kasar, ia diheret ke bilik kurungan oleh seorang lelaki yang bertubuh besar seperti syaitan hitam. Zainab Al-Ghazali mengesahkan;

Saya berdoa dalam hati saya:"Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Itulah yang dapat saya katakan. Kemudian saya terus dimasukkan ke dalam bilik kurungan. Dalam bilik kurungan itu ada dua orang lelaki (syaitan) yang sedang duduk di atas meja membelik-belik buku catitan, yang saya tahu itu adalah buku catitan Syahid Abdul Fatah Ismail. Tahulah saya bahawa Abdul Fatah juga ditangkap ketika itu.

Di waktu itu saya mendengar azan 'Asar saya bersyukur kerana ALlah SWT telah menyelamatkan saya dari "keganasan syaitan". Saya dapat menunaikan sembahyang, dan tiba-tiba datang lagi syaitan durjana, dengan sikap yang kasar dan keras memerintahkan saya ke sel kurungan. Saya diheret ke sel kurungan dan penyeksaan pun bermula. Semasa saya diheret ke sel kurungan, saya melihat dalam sel penjara itu tubuh-tubuh manusia yang diseksa, tahulah saya bahawa mereka dari keluarga Ikhwan Muslimin. Mereka sedang diseksa dan dipukul, memenuhi sel-sel penjara itu. Mereka adalah pemuda-pemuda yang saya sifatkan sebagai anak-anak saya, pemuda yang pernah dan sering datang meminta pengajaran dan nasihat dari saya. Saya berdoa "Ya Allah tetapkanlah pendirian kami, Ya Allah peliharalah kami
daripada kejahatan orang-orang yang jahat."

Saya dimasukkan ke dalam sel kurungan, kuasa letrik dinyalakan dengan kuat, sebagai satu bentuk penyeksaan. Bilik itu dipenuhi anjing-anjing, anjing-anjing yang saya tidak tahu herapa banyak bilangannya. Anjing-anjing itu dilepaskan kepada saya... saya memejamkan mata dan meletakkan dua tangan saya ke dada saya, kerana saya gerun melihat anjing-anjing ganas
lagi lapar itu. Saya dengar pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Saya merasai seluruh tubuh saya dikerumuni dan digigit oleh anjing itu. Saya membuka mata dan kemudian memejamkan mata saya, kerana penyeksaan yang amat sangat. Ketika itu saya berdoa kepada Allah S.W.T dalam hati saya... dan anjing-anjing itu terus menggigit dan menggigit, merobak-rabikkan dan
memanjat-manjat seluruh tubuh saya — itulah yang saya rasai. Saya berdoa "Ya Allah!!! tetapkanlah hati ini dan palingkanlah hati dari yang lain Ya Allah, agar hati ini melupakan penyeksaan ini. Ya Allah!!"

Kemudian saya dengar pintu dibuka orang, dan saya dibawa keluar. Saya menyangka pakaian saya yang putih bersih ini berlumuran darah... itulah yang saya rasai dan sangkakan. Alangkah terkejutnya saya, tiada apa apa kesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu bahawa Allah S.W.T bersama-sama dengan saya…Maha suci Engkaulah Wahai Tuhan ku.
Beliau mengeluh dan merasai ni'mat kurniaan Allah yang tinggi serta kemurahan Allah S.W.T kepadanya dan pemeliharaan Allah kepadanya.

Zainab Al Ghazali menceritakan; syaitan yang memegang tangan saya bertanya kepada saya: Bagaimana anjing-anjing itu tidak merubak rabikkan daging engkau. Bagaimana anjing itu tidak menggigit engkau!!! Ada dua orang syaitan ketika itu, masing-masing memegang belantan di tangan mereka. Waktu itu hari hampir 'Isyak…kerana bayang-bayang dari luar kelihatan
kemerah-merahan. Saya dibiarkan bersama anjing-anjing itu selama tiga jam. Inilah satu bentuk penyeksaan yang saya rasai…saya berserah bulat kepada Allah S.W.T kerana lebih berkuasa dari segala-galanya. Kemudian peningkatan penyeksaan pun diteruskan. Satu ketika saya direndam dalam air sejuk, pada hal ketika itu musim sejuk... dilepaskan pula udara sejuk.

Beliau menyatakan, satu ketika ia melihat surat arahan tulisan tangan Jamal Abdel Nasser (la'natullah 'alaih) kepada pegawai penjara yang memerintahkan supaya Zainab Al-Ghazali diseksa lebih dari seksaan terhadap lelaki.

Demikianlah! segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermula dengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk... dan macam-macam lagi penyeksaan... dengan segala sepak terajang dan pukulan-pukulan cota…menyebabkan Zainab Al-Ghazali terpaksa dirawat di hospital beberapa kali.

Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskan untuk memukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata "Duhai Makcik ku (Ya Khali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapa harus saya memukul mu, Ya Khali". Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjara mengintai perbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Pada
esok harinya, ketua penjara memberitahu kepada Zainab Al-Ghazali, pemuda itu ditembak mati.

Pegawai penyeksa-penyeksa di penjara terkejut kehairanan bagaimanakah keseksaan yang amat berat itu sanggup ditanggung oleh wanita... yang lebih berat penyeksaan yang ditanggung oleh lelaki... dan tidak sanggup ditanggung oleh sebarangan lelaki. Iman seorang wanita yang kebal dan kental, lebih kuat dari bubur — Muhathah. Mereka amat takjub dan mereka mengatakan, ini adalah suatu perkara yang luar biasa. Salah seorang dari mereka datang berjumpa dengan Zainab Al-Ghazali. Ia bertaubat dan meminta Zainab untuk mengajarnya Islam dan bagaimanakah hendak mendirikan Solat. Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja dilatih keganasan fizikalnya, malah dilatih dengan fahaman mereka.

Oleh kerana itu ada di antara mereka berkata kepada Zainab Al- Ghazali: Kamu sering berkata tentang Neraka Jahanam. Sekarang kamu berada dalam neraka Jamal Abdul Nasser. Mintalah keampunan dari Nasser atau Engkau terima syarat-syarat yang ditawarkan olehnya. Ketika
Zainab berkata: Allah…Allah…., salah seorang dari mereka berkata: Seandainya kami nampak Allah yang kamu sebut itu, kami akan tangkap ia dan penjarakan bersama-sama kamu.

Inilah kekufuran yang berlaku. Inilah yang menyebabkan mereka takut dan gentar kepada gerakan Islam.

Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliau dipenjara seumur hidup. la dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb, bersama-sama seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal di dalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yang disapu dengan najis. Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka
ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis.

Zainab Al-Ghazali dipenjara di sebuah kem tahanan tentera yang terletak di pinggir kota Kaherah. Beliau melihat wanita-wanita yang telah rosak akhlaknya, mereka rosak kerana dadah dan arak, mereka telah kehilangan kehormatan mereka, akibat dari proses pembaratan yang dilakukan oleh rejim sosialis. Zainab Al-Ghazali dan saudara-saudaranya itu diberi layanan yang
buruk, berbeda sama sekali layanan yang diberikan kepada wanita-wanita Yahudi yang ditangkap kerana kegiatannya sebagai "spy" adalah lebih baik daripada layanan yang diterima oleh Zainab Al-Ghazali, Hamidah Qutb dan saudara-saudara mereka yang lain.

Sehingga beberapa lama beliau ditahan, di satu pagi sekitar tahun 1973, beliau dipanggil dan ditunjukkan surat pembebasan. Betapa berat kakinya untuk meninggalkan saudaranya Hamidah Qutb, tapi apakan daya semuanya diserahkan kepada ALlah S.W.T, kerana Allah S.W.T lebih berkuasa dari segala-segalanya. Tidak lama kemudian Hamidah pun dibebaskan.

Menurutnya, satu perkara yang menguatkan beliau sanggup menanggung penyeksaan, kerana beliau sering berjumpa Rasulullah S.A.W dalam mimpinya. Oleh itu beliau yakin bahawa perjuangannya adalah benar dan jalan yang ditempohinya adalah benar. Rasulullah S.A.W bersabda "Syaitan diharamkan menyerupai ku". Oleh itu ia bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W adalah satu perkara yang benar.

Demikianlah kisah Zainab Al-Ghazali, yang kini masih hidup, dan terus menjalankan tugas-tugas yang berat ini bersama-sama Mujahid-Mujahid yang lain untuk mengembalikan umat manusia dan alam ini kepada Islam. Berikutan dengan penangkapan beramai-ramai sahabat kita Ikhwan Muslimin oleh rejim Mendiang Anwar Sadat dan diteruskan oleh rejim Husni Mubarak (Zainab Al Ghazali) turut juga ditangkap, tapi kali ini ia hanya ditahan di rumah sahaja kerana dengan alasan sudah uzur. Semoga Allah S.W.T memelihara mereka.

ALlahu'alam.

Petikan dari kitab Al Mukminah As Solehah suntingan Mustafa Ramadhan.

[Menyoroti kuliah Al Fadhil Ust. Dato' Dr. Siddiq Fadzil di MIFTAH 2010, "Tough Generation" (Generasi Tangguh) dan kisah Asma' Abu Bakar, sahabiah yang tegar kekuatan mujahadahnya]

Pakaianku III

TUGAS MUSLIMAH DALAM PEMBENTUKAN UMMAH

Sekiranya seorang wanita Islam (Muslimah) ingin mengetahui tentangkedudukannya sebagai wanita di dalam Islam maka dia perlu mengetahui tentang tanggungjawabnya di dalam kehidupan yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T, dan perlulah dia berusaha untuk memperlengkapkan dirinya dengan pengetahuan (saqafah) yang berguna.


MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN SAQAFAH

Adalah wajib bagi seseorang wanita Islam untuk memperlengkapkan dirinya dengan SAQAFAH SYARA'IYAH iaitu saqafah yang berkaitan dengan hukum-hukum syara' terutama yang menyentuh fardhu 'ain yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslimah. Begitu juga SAQAFAH MA'SIROH iaitu saqafah yang berkaitan dengan pengetahuan semasa seperti realiti yang ada dari semasa ke semasa di negara kita dan juga di luar. Begitu juga mengetahui
dengan memperlengkapkan diri dengan akhlak-akhlak yang mulia untuk menjadi seorang yang benar-benar ahli bagi melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab untuk dirinya, masyarakatnya serta untuk mencari keredaan Allah S.W.T. Dalam maksud inilah maka di sini disenaraikan beberapa tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh anggota-anggota muslimah.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP DEEN

Yang pertama ialah tanggungjawab terhadap deennya sendiri iaitu agama Islam. Maksud tanggungjawab terhadap deen ialah yang pertama, wanita muslimin hendaklah beriman dengan Allah S.W.T dengan iman yang sampai ke peringkat yakin dan tomakninah (puas) mengambil tempat di dalam jiwa dan menjadi panduan rohani bagi mengatur fikiran dan amalannya.

Keyakinan yang dimaksudkan di sini ialah keyakinan hingga ke peringkat setiap sesuatu di dalam kehidupannya mempunyai hubungan dengan ALlah. Sekiranya di dalam setiap aspek dia masih melupakan ALlah SWT itu bermakna keyakinannya belum mencapai keyakinan yang betul, belum melalui proses yang be-tul, keyakinan yang tidak jelas dan keyakinan yang tidak berfungsi di dalam kehidupannya. Seseorang yang mempunyai keyakinan yang betul setiap tindakannya adalah kerana ALlah SWT semata-mata.

Begitu juga keyakinannya terhadap hari akhirat. Dia mesti merasakan bahawa itulah matlamat akhir bagi kehidupannya sebagai seorang Islam. Untuk itu hatinya mestilah betul-betul dibentuk untuk mendapat jaminan apabila sampai kepada matlamat akhir itu.

Dalam masyarakat hari ini kehidupan dunia menjadikan mereka lupa kepada kehidupan akhirat, kerana mereka tidak memiliki hati nurani yang bersih yang boleh membuatkan mereka melihat dan menyaksikan matlamat akhirat itu. Tidak yakin pada akhirat inilah yang membawa kepada
penyelewengan yang banyak di dalam kehidupan umat Islam hari ini. Walaupun mereka mendakwa mereka yakin kepada hari akhirat tetapi jelas dalam kehidupan mereka ia menjadi hafalan semata-mata, tidak berfungsi di dalam kehidupan seorang muslim lelaki atau pun wanita.

Bagaimanakah caranya kita beriman dengan hari akhirat itu hingga seolah-olah kita betul-betul merasai dan menyaksikan bagaimana siksaan Allah S.W.T dan bagaimana pula nikmat ALlah S.W.T di akhirat?

Di dalam al-Quranul karim terdapat banyak ayat-ayat yang memperkatakan tentang azab dan nikmat di akhirat. Tetapi meskipun perkara itu dilafazkan kepada masyarakat hari ini, ia tidak masuk ke dalam jiwa, tidak pernah terlintas di dalam fikiran malah ia lalu begitu sahaja tanpa
meninggalkan kesan. Tetapi perkara ini manakala dilafazkan kepada generasi awal Al-Quranulkarim yang telah diproses oleh Rasulullah S.A.W. mereka terus nampak, yakin dan terus percaya serta terus melaksanakannya di dalam kehidupan mereka. Itu merupakan satu perbezaan yang terlalu jauh di antara mereka dengan masyarakat yang wujud sekarang. Justeru itu di dalam hal ini jiwa mestilah diproses dengan tarbiyah yang betul supaya ia benar-benar
berfungsi untuk menerima hakikat percaya pada hari akhirat.

Ada pepatah Arab yang bermaksud:
"Tidak ada kampung selepas mati ini untuk seseorang itu tinggal di dalamnyamelainkan apa yang dibina dengan amalan-amalannya."

Untuk itu kita mestilah memenuhi tuntutan-tuntutan Allah. Itulah di antara kewajipan wanita terhadap deennya. Banyak lagilah kewajipan itu, cuma diterangkan secara ringkas sahaja kewajipan-kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslim.

Yang ketiga hendaklah seorang wanita muslim meneliti betul-betul perintah Allah S.W.T. — dari segi suruhan maupun tegahanNya — tanpa cuai.

Perkara ini bukanlah boleh dilakukan secaia kebetulan sahaja. Tetapi di dalam masyarakat hari ini adakah mereka benar-benar meneliti suruhansuruhan dan tegahan-tegahan Allah S.W.T?

Kalau mereka menelitinya tentulah tidak wujud kehidupan jahiliah yang bertebaran di mana-mana sahaja hari ini. Penelitian yang bersungguh-sungguh berkehendakkan suatu
kefahaman dan kesedaran yang betul di dalam jiwa umat Islam. Jika tidak wujud kesedaran dan kefahaman yang betul tentang bagaimana hendak mengenal jahiliah dan Islam, akan wujudlah kehidupan yang mencampur-adukkan Islam dengan jahiliah. Satu ketika dia Islam, di ketika yang lain dia tidak mengiyakan apa yang Islam, kata jahiliah. Masa sembahyang dia merasakan dirinya Islam tetapi pada masa yang lain dia tidak merasakan adanya hubungan dengan Allah S.W.T, hubungannya dengan matlamat akhirat.

Itu telah menjadikan masalah. Ini adalah kerana kita tidak diperkenalkan kepada Islam dengan cara yang betul. Kita hari ini menerima Islam melalui adat dan warisan. Kita tidak menerima Islam melalui kefahaman, kesedaran dan keyakinan yang betul. Kita tidak menerima Islam menerusi keyakinan kepada Allah S.W.T, kepada junjungan Muhammad S.A.W yang membawa deen ini, yang jelas latarbelakang hidupnya. Tetapi oleh kerana kepentingan-kepentingan tertentu mereka menukarkan yang haq itu. Itu pun takdir Allah S.W.T yang kita sendiri memilih takdir itu.

Sekiranya makrifah Allah tidak ada, ilmu lain yang akan mengambil tempatnya. Sebab itulah ilmu-ilmu yang ada pada hari ini sesat, kerana makrifah Allah S.W.T tidak jelas padanya. Manakala induk makrifah itu tidak jelas padanya, makrifah lain yang akan menjadi induk kepada ilmu pengetahuan. Dengan itu lahirlah keangkuhan di dalam masyarakat manusia. Orang-orang yang berilmu bermegah dengan ilmunya. Ilmunya digunakan untuk menekan orang-orang lain. Berlakulah. kezaliman, penindasan di kalangan masyarakat manusia kerana memahami ilmu tidak secara yang betul.

Tetapi seandainya makrifah kepada Allah S.W.T menjadi punca kepada ilmu yang lain, akan tunduk semuanya kepada makrifah ALlah S.W.T, iaitu ilmu itu akan berjalan dengan baik, tidak ada orang-orang yang berilmu menjadi angkuh, sombong, takbur, mempergunakan ilmunya untuk kepentingan diri dan bermegah dengannya. Sebaliknya dia akan menggunakan ilmunya itu seperti mana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Begitulah tugas seorang Islam untuk mendapatkan ilmu. Kalau hendak dikaji tentang makrifah Allah S.W.T, mestilah diterima
Islam menerusi iman yang betul, melalui sumbernya yang sahih iaitu al-Quranulkarim, Sunnah Rasulullah S.A.W. dan Sirah Rasulullah SA..W. Tidak boleh mengambilnya daripada sumber yang lain. Kalau bersumberkan kepada yang lain, tidak akan berjumpa dengan makrifah ALlah SWT.

Itu yang menyebabkan kesesatan, Kebanyakan manusia kini meskipun dia berilmu pengetahuan yang tinggi tetapi dia sesat kerana tidak berinduk kepada makrifah ALlah S.W.T. Seandainya kita menerima ilmu seperti mereka kita tidak akan merasai bahawa mereka sesat. Sebaliknya kita akan turut berbangga dengan mereka. Kita akan menyanjung dan bermegah dengan mereka. Kita pula takut kepada makrifahnya, tidak takut kepada makrifah Allah S.W.T. Kita
menyembunyikan makrifah Allah S.W.T. Kita akan menjadi takut kepada yang lain, takut kepada CIA — takut sangat kepada mereka kerana mereka pandai, cekap. Kita tidak menjadi takut kepada makrifah Allah S.W.T yang mengetahui segala kesulitan yang ada di dalam jiwa kita, yang mengetahui segala sesuatu.

Sekiranya kita tidak mencari makrifah yang induk terlebih dahulu, iaitu makrifah Allah S.W.T, makrifah lain akan rosak. Makrifah itu juga akan menafikan kewujudan Allah S.W.T. Komunis misalnya, dengan makrifah yang ada padanya menolak kewujudan Allah S.W.T. Begitu juga tidak lama dulu pernah seorang pemimpin Rusia dengan ilmu yang ada padanya digunakan untuk ke angkasa lepas untuk melihat Tuhan. Katanya, "Tidak ada Tuhan pun!" Malangnya, ilmu yang ada padanya itu tidak tunduk kepada makrifah Allah S.W.T, sebab ilulah dia tidak nampak kewujudan Allah S.W.T. Untuk mendapat ilmu yang betul mestilah melalui sumbernya yang betul iaitu Al-Quranulkarim dan Sunnah Rasulullah S.A.W. — terutamanya untuk mengenal
makrifah Allah S.W.T. sebagai punca kepada ilmu yang lain.

Begitu juga seorang wanita Muslim hendaklah mengetahui tentang sejarah Islam, sejarah peperangan dalam Islam, siasah dalam Islam, nasyar (kegiatan-kegiatan aqli) dalam Islam. Juga hendaklah diketahui tentang mujahadah nafs — bagaimana hendak bermujahadah, untuk memproses jiwa dan melengkapkan diri dengan sifat-sifat yang baik. Dengan memiliki ilmu seumpama ini barulah seorang wanita boleh melahirkan tasdiq amali iaitu pelaksanaan dalam bentuk amalan di dalam kehidupan. Jika tidak, ilmu akan tinggal ilmu, menjadi perhiasan otak sahaja, tidak berjalan di dalam kehidupannya. Ilmu itu akan tinggal sebagai perbincangan bagi memuaskan kehendak otak dan akalnya saja tetapi tidak lahir dalam bentuk kenyataan.

Ilmu yang seumpama itu sebenarnya adalah ilmu yang tidak berguna, ilmu yang tidak berindukkan kepada makrifah Allah S.W.T.

Ilmu sepertimana yang dimaksudkan tadi ialah ilmu yang berkaitan dengan realiti dari semasa ke semasa, ilmu yang berkaitan dengan ekonomi, sihhah (kesihatan), sains dan seumpamanya. Semua ilmu ini perlu diketahui oleh wanita-wanita kerana bukan lelaki sahaja yang hendak melaksanakan Islam tetapi wanita juga. Manakala wanita yang hendak melaksanakan Islam, dirinya akan diukur dengan kemampuan ilmu yang ada pada dirinya.

Seperti Saidatina Aisyah, beliau tahu satu persatu tentang realiti dan syara'. Apabila para sahabat bertanyakan kepadanya tentang hukum, beliau terus memberikan fatwa. Sekiranya beliau tidak mengetahui tentang realiti dan syara' sahaja yang diketahuinya, fatwa yang dikeluarkannya tidak betul. Oleh itu amatlah perlu bagi seorang wanita Islam membaca suratkhabar harian, majalah bulanan dan seumpamanya. Semua ini adalah berfaedah. la dipanggil SAQAFAH ISTIBANAH.

Saqafah Istibanah terbahagi kepada dua bahagian iaitu SYARA' dan REALITI (WAQF).

Membaca merupakan ILMU SIQQAH untuk mengetahui tentang realiti. Kalau realiti tidak diketahui sukar untuk menghukum. Para sahabat Rasuluilah S.A.W. dan wanita-wanita Islam dahulu mereka mengetahui secara terperinci tentang realiti. Misalnya Asma binti Abu Bakar,
faham tentang realiti. Fatimah binti Al-Khattab, orang yang cergas dalam kegiatan Islam yang pertama bukan sahaja faham secara terperinci dengan realiti, malah siasah harakah yang baru diwujudkan oleh Rasulullah S.A.W. juga difahaminya. Kalau hendak dibandingkan dengan wanita hari ini dari segi kefahamannya ternyata jauh bezanya.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP RUMAHTANGGA
Kemudian tanggungjawab terhadap rumahtangga. Hendaklah rumahtangga itu diasaskan di atas dasar taqwa kepada Allah S.W.T. sejak hari pertama lagi diwujudkan rumahtangga tersebut ataupun dalam usaha mewujudkannya. Tidak boleh diwujudkan rumahtangga berasaskan adat,
nafsu ataupun nilai-nilai masyarakat. Sebaliknya dari awal-awal lagi mesti berasaskan taqwa. Tetapi hari ini adakah seumpama itu? Hari ini ternyata rumahtangga itu ditegakkan di atas asas lain — di atas asas keinginan untuk berumahtangga misalnya, bukan atas asas taqwa kepada Allah S.W.T.

Rumahtangga seseorang Muslim hendakah dipenuhi dengan ROH RABBANIAL-AATIROH (roh yang diredai oleh Allah S.W.T).

"Ingatlah apa yang telah dibaca di dalam rumah kamu tentang ayatayat Allah S.W.T dengan hikmah, Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."

Hendaklah tindakan-tindakan dan segala tuntutan-tuntutan sesebuah rumahtangga itu berada dalam batas kifayah. Mestilah secukup-nya, tidak lebih dan tidak pula kurang. Pertimbangkan dengan cara yang cukup sederhana.

"Tidak ada kebaikan dalam pembaziran, dan tidak ada pembazir-an di dalam kebaikan."

Yang dituntut ialah al-i'tidal (kesederhanaan) di dalam semua hal kerana itulah sifat seorang mukmin.

"Sebaik-baik urusan ialah kesederhanaan."

Islam adalah Deen WASOT (pilihan). "Itulah Kami jadikan kamu umat pilihan."

Sifat kesederhanaan itulah yang paling baik. Janganlah keterlaluan di dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Bukanlah pula ber-makna tidak boleh menggunakan nikmat yang ALlah kurniakan. Saidina Osman misalnya, kudanya lebih baik dan lebih cantik daripada kuda Rasulullah, rumahnya lebih baik dan lebih cantik, begitu juga hampar-annya. Kerana kemampuan yang ada padanya, dia mempergunakan nikmat ALlah SWT itu. Penggunaan itu
berdasarkan kepada keimanan bukan berdasarkan hawa nafsu. Sekiranya berdasarkan hawa nafsu, akan lahirlah sifat seperti menunjuk-nunjuk. Tetapi berbeza kalau penggunaannya berdasarkan iman. Ada benda yang hendak ditunjuk-kannya tetapi itu dilakukan di dalam rangka mensyukuri nikmat Allah SWT.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARARAT

Yang keempat ialah tanggungjawab terhadap masyarakat. Kalau tidak ada perhubungan dengan masyarakat — kita berpisah daripada masyarakat — maka akan lahirlah masyarakat itu masyarakat yang tidak ada unsur-unsur Islam. Kita mesti bersama-sama dengan mereka dan melahirkan tindakantindakan Islam supaya masyarakat itu lahir dengan amalan Islam. Oleh itu
kita perlu berjuang bersungguh-sungguh dalam menegakkan kebenaran Allah S.W.T. Tidak takut kepada ugutan dan gangguan kerana menegakkan kebenaran Allah S.W.T. Tetapi di dalam usaha untuk menegakkan kebenaran ini banyak ujian-ujian itu datangnya dari orang-orang yang mengaku mereka itu hendak membuat kebaikan kepada manusia.

Dalam usaha ataupun kerja-kerja terhadap masyarakat — dalam rangka membentuk masyarakat Islam yang belum lagi wujud — perjuangan seorang wanita Islam adalah sangat besar, perjuangannya untuk memahami fikrah yang betul, untuk menyampaikannya kepada orang lain, untuk bertindak melaksanakannya, untuk bergiat di dalam harakah dengan bersungguh-sungguh.

Wanita-wanita yang tidak ada SAQAFAH ISLAMIAH sangat banyak, mulaiyin (berjuta-juta) di kalangan orang yang mendakwa diri mereka orang Islam. Ini memerlukan tervaga yang besar dari orang-orang yang sedar untuk memberi ilmu yang betul kepada mereka. Tidak takut dan tidak gentar kepada ugutan dan azab seksaan orang lain.


PENGALAMAN ZAINAB GHAZALI

Telah berlaku suatu peristiwa di dalam abad ini ke atas seorang wanita Mesir yang bergerak di dalam harakah Islamiah di Mesir yang dapat dijadikan tauladan.

Semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya, Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya.

Katanya, "Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya."

Dia memperingatkan suaminya lagi, "Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T."

Apakah kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Zainab Ghazali dan rakan-rakannya untuk harakah Islamiah?

Contoh seorang Muslimah Abad 20

[Sambungan dalam entri seterusnya]

Sunday, August 22, 2010

Pakaianku II

KEBAHAGIAN BAGI ANAK ADAM:
ISTERI YANG SOLEH
KENDERAAN YANG BAIK
RUMAH YANG LAPANG

Maksud Hadis Rasulullah S.A.W.:
"Kebahagiaan bagi anak Adam ada tiga. Dan kesengsaraan terhadap anak Adam ada tiga. Maka di antara yang membahagiakan adalah isteri yang soleh, kenderaan yang baik serta rumah yang lapang. Dan kesengsaraan bagi anak Adam ada tiga iaitu tempat yang tidak baik dan isteri yang tidak baik serta kenderaan yang tidak baik."

Huraiannya:
Dari hadis Rasulullah S.A.W. yang tersebut di atas dapatlah kita mengambil pelajaran bahawa apabila sesuatu keluarga itu mempunyai tiga asas penting, maka ianya akan memberi kebahagiaan. Tetapi sebaliknya tanpa kewujudan ketiga-tiga asas tersebut ataupun kurang salah satu daripadanya maka kesengsaraanlah yang akan diperolehi. Asas-asas yang penting ini
adalah:
  • Isteri yang soleh
  • Rumah yang lapang
  • Kenderaan yang baik
Apabila dilihat dari sudut Pergerakan Islam, sememangnya ketiga-tiga asas di atas memainkan peranan yang amat penting sekali. Kelemahan sesuatu pergerakan Islam itu, adalah berkait rapat juga dengan kelemahan asas-asas tersebut. Ini adalah kerana, kegagalan isteri untuk berfungsi sebagai isteri yang soleh boleh memberi kesan yang negatif kepada para suami (yang terdiri daripada para dai'). Begitu juga rumah atau kenderaan yang tidak baik pula boleh melambatkan atau menghalang dari terlaksananya program-program Islam.

Kepentingan ini dirasakan lagi, di kala pergerakan Islam itu masih berada ditahap pembentukan awal. Pada masa ini pengorbanan kita sangat-sangat diperlukan serta usaha-usaha gigih yang berterusan untuk menghadapi masyarakat jahiliyah yang begitu pekat, maka ketiga-tiga asas
tersebut amat perlu diperolehi.


Isteri yang Soleh

Isteri yang soleh, adalah asas yang terpenting sekali daripada asas-asas yang lain. Kegagalan asas ini boleh mengakibatkan asas-asas lain tidak akan benar-benar berfungsi untuk memberi kebahagiaan sebenarnya di dalam kehidupan. Tanpa wujud isteri yang soleh maka keluarga-keluarga Islam tidak akan dapat diwujudkan. Sedangkan pembinaan dan terbentuknya pergerakan Islam itu bergantung kepada kelahiran keluarga-keluarga Islam ini. Kalau sekiranya pergerakan Islam itu penting untuk membawa dan mempraktikkan Islam maka isteri yang Soleh juga sama pentingnya. Isteri yang soleh itu sentiasa berjuang bersama-sama suami menyebarkan fikrah Islamiyyah, khususnya kepada kaum sejenisnya. Mendidik dan membimbing mereka sehingga lahir kefahaman dan kesedaran Islam. Sehingga mereka pula mampu untuk menjadi pejuang-pejuang akidah yang bersedia menumpukan taat setia kepada Islam dan pergerakannya.

Keletihan suami setelah melaksanakan tugas harian dan berdakwah disambut dengan wajah yang berseri dengan ucapan kata-kata yang dapat memberi kekuatan jiwa untuk lebih istiqamah, ketika menghadapi masyarakat jahiliyah tanpa mempunyai perasaan bosan dan jemu. Mengizinkan dan merasa bahagia melihat suami menjalankan tugas Islam tidak kira masa dan waktu. Bersedia memberikan rumahnya, hartanya dan masanya untuk tugas yang murni ini dengan hati yang penuh redha. Isteri yang soleh juga sentiasa melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan sebaik-baiknya dan bersedia untuk menghadapi segala ujian-ujian dari Allah SWT.

Sifat-sifat yang lain 'Isteri yang Soleh':

1. Isteri yang soleh itu ialah yang taat kepada Allah dan Rasul dan patuh kepada perintahNya. Sanggup menjaga maruahnya walaupun di tempat-tempat yang sunyi dari pandangan orang lain, juga yang sering mengingati Allah serta takut kepadaNya dengan sebenar-benar takut, tetapi
berani di dalam menegakkan Islam.

Firman Allah S.W.T maksudnya:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah
melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang Soleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di sebalik pembelakangan suaminya oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)."
(An-Nisa': 34)

2. Isteri mesti bersyukur akan nikmat yang diberikan oleh Allahkepada suaminya.

3. Isteri mesti taat kepada suaminya.
Maksud sabda Rasulullah S.A.W.:
"Kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang yang lain
nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya".

4. Maksud sabda Rasulullah S.A.W.
"Hak suami atas isterinya ialah si isteri tidak meninggalkan tempat
tidurnya, hendaklah ia menghargai sumpah suami, hendaklah ia taat kepada
suami dan janganlah ia keluar rumahnya melainkan dengan izin dan
janganlah ia membenarkan masuk ke rumahnya orang yang tidak disukai oleh
suaminya."

5. Isteri mesti menjaga hak dan kehormatan suaminya, samada suaminya ada di rumah atau tidak. Tingkah laku hendaklah disukai oleh suaminya. Ditegah menyembunyikan harta benda suami. Dan ditegah juga berbangga-bangga akan kecantikan dirinya dan pada keluarganya.
Jangan pula menghinakan suaminya kerana mempunyai rupa dan wajah yang buruk.

6. Isteri mestilah mendahului hak suaminya daripada hak dirinya sendiri atau kaum kerabatnya, sentiasa menunjukkan hemah yang tinggi, lemah lembut tidak maki hamun, sumpah-seranah, umpat-keji, bantah membantah dan lain-lain.

7. Menunjukkan sikap yang jernih dan kemesraan dan lapang dada serta segala hal yang menyebabkan kesenangan suaminya diwaktu dia ada di rumah. Selalu di dalam setiap tindakan dan keputusan, tingkahlaku budi bicara, tutur bahasa dan makan-minum janganlah terkeluar dari landasan yang digariskan oleh Islam.

8. Maksud sabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik wanita ialah perempuan yang apabila engkau memandangkan ia
menyukakan hati dan apabila engkau tidak ada ia menjaga harta engkau dan
memelihara dirinya."

9. Isteri yang Soleh mengikut pandangan Islam adalah isteri yang berpengetahuan, berakhlak mulia, tahu melayan suami serta mengasihi dan mendidik anak-anak ke jalan hidup yang dikehendaki oleh Allah dan mengikut landasan yang ditunjukki oleh Rasulullah S.A.W.

10. Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari perkahwinannya:

Anakku!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan


Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,


Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.


Itulah suamimu;


Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.


Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.


Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.


Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya


Dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.


Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau.


Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.


Peliharalah hidung, telinga dan matanya

Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,


Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik,


Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripada mu melainkan yang cantik, belaka.



Rumah yang lapang

Rumah yang lapang ialah asas yang kedua pentingnya setelah isteri yang soleh, kerana di sinilah proses pendidikan Islam bermula. Kelahiran rumah yang lapang dan selesa ini akan memberi kemudahan dan ketenangan semasa proses didikan berjalan di rumah. Pendidikan kepada anak-anak khususnya, perlu kepada suasana yang tenteram dan harmoni. Dari suasana inilah yang akan membentuk jiwa dan akhlak mereka. Bukan ini sahaja malahan suasana begini akan dapat mengisi ketenteraman jiwa kepada para dai' setelah sibuk berjuang dan menghadapi masyarakat jahiliah yang penuh dengan maksiat dan kemungkaran.

Rumah yang lapang adalah rumah yang sempurna dari segi kedudukannya, kebersihannya dan kemudahan-kemudahan asas. Sebaik-baiknya sekiranya berkemampuan adalah lebih baik membuat rumah sendiri kerana kedudukan bilik-bilik dan ruang tetamu dapat diletakkan dengan baik. Diletakkan tirai pemisah di antara ruang dan bilik tetamu dengan bilik-bilik
yang lain. Mempunyai dua tandas dan bilik mandi untuk kegunaan sendiri dan tetamu. Di sini juga terdapat sebuah bilik perpustakaan kecil yang dipenuhi dengan buku-buku dan majalah-majalah Islam untuk meningkatkan ilmu syara dan ilmu waqei (realiti).

Dari segi kebersihan pula sentiasa diuruskan dengan sempurna. Tidak dibiarkan kotoran dan abuk-abik begitu saja. Dari pandangan luarnya sudah cukup menerangkan sifat dan akhlak penghuninya. Di keliling rumah ditanami sedikit bunga sebagai perhiasan, dipotong mana-mana rumput yang panjang dan dicat sekadarnya untuk memberi pandangan luar yang lebih
elok. Segala alat-alat moden yang boleh menjimatkan masa dan memudahkan kerja-kerja rumah adalah perlu digunakan sepenuhnya bergantung kepada kemampuan masing-masing. Kerana dengan ini akan lebih memberi kemudahan dan keselesaan. Rumah yang lapang juga sentiasa bersedia untuk digunakan dalam rangka menjalankan aktiviti-aktiviti Islam.


Kenderaan yang baik

Kenderaan yang baik adalah satu alat yang penting untuk mempercepatkan segala urusan dan kerja. Di dalam kontek Pergerakan Islam ianya sungguh berfungsi untuk memudahkan pergerakan dalam proses penyebaran fikrah Islamiyah, mengikuti ataupun menjalankan programprogram Islam terutama bagi tempat-tempat yang jauh dan kawasan pendalaman.

Perjalanan sistem kenderaan umum hari ini tidak memenuhi tuntutan syara' (kerana ianya lahir dari sistem hidup ciptaan manusia) dari itu mempunyai kenderaan yang baik adalah satu keperluan asas. Dari kenderaan yang baik boleh digunakan untuk melaksanakan tugas harian, menziarahi sahabat-sahabat dan kaum keluarga. Dengan ini boleh memudahkan perjalanan tanpa bersesak-sesak dan membuang masa dengan sia-sia.

Kenderaan biarlah sederhana dari segi harganya. Apabila terdapat mana-mana kotoran hendaklah dibersihkan. Apabila didapati rosak maka perbaikilah dengan segera. Segala syarat-syarat yang dikenakan oleh sistem kenderaan hari ini seperti lesen, roadtax, insuran dan lain-lain hendaklah dipenuhi kerana kita sedang berhudnah dengan sistem jahiliyah hari ini, Perlu diingat bahawa cara pembelian "HIRE PURCHASE" adalah dilarang oleh Islam kerana ianya mempunyai unsur-unsur riba.


[Sambungan dalam entri seterusnya]

Pakaianku I

WANITA DAN LELAKI 'SALING MEMERLUKAN'
oleh Syed Abu Hassan Ali Nadawi
dalam kitab Al Mukminah As Solehah (Disunting oleh Mustafa Ramadhan)

Saudara-saudara Muslimin dan Muslimat sekalian.
Saya memanjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas jemputan saudara-saudara di majlis yang berbahagia ini dan memberikan pula peluang kepada saya untuk berucap mengenai persoalan yang paling asas, yang ada hubungan dengan kewujudan Individu dan Masyarakat. Mula-mula sekali ingin saya bacakan sepotong ayat Al-Quran, dan
kemudian saya akan cuba menerangkan pandangan Islam tentang perhubungan sosial dan menggambarkan betapa ianya amat realistik di dalam kehidupan bermasyarakat Ayat itu berbunyi:-

Wahai Manusia' Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu
dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan namanya' kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
(Surah An-Nissa': 1)

Ayat ini menerangkan dengan jelasnya pandangan Islam tentang kedudukan wanita, hak-hak serta kewajipan lelaki dan wanita. Pertamanya, Allah menjelaskan bahawa lelaki dan wanita dijadikan dengan cara yang sama dan matlamat kewujudan mereka amat berkait rapat, seolah-olah mereka berasal dari tubuh yang satu. Kelainan dalam binaan tubuh-badan mereka
menyebabkan mereka menjalani kehidupan ini dengan selesa.

Kedua-dua lelaki dan wanita dicipta dari satu jiwa dan jiwa itu dibahagikan kepada dua bahagian, namun demikian tidak wujud percangahan atau permusuhan sesama mereka. Dalam menjalani hidup ini, kaum lelaki diberikan seorang teman hidup dari jenisnya sendiri yang mana ia adalah sebahagian daripada tubuhnya. Selepas itu umat manusia berkembang biak dari mereka berdua. Allah S.W.T merestui penyatuan, kasih sayang dan kehidupan rumahtangga mereka dengan menambahkan bilangan mereka, dengan ini mereka yang pada asalnya cuma dua orang kini telah berlipat ganda menjadi berjuta-juta orang sehingga tiada siapa yang dapat memberitahu berapa ramai jumlah manusia yang dilahirkan di dunia ini. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Allah membayangkan ramainya bilangan mereka dengan menggunakan perkataan "Berkembang Biak".

Kemudian Allah menyatakan: Takutilah Allah yang atas namanya kamu
meminta kepada orang lain.

Satu saranan yang bersifat revolusioner pertama kali disebut oleh Al-Quran iaitu dalam hal ehwal pengendalian ekonomi manusia, tiada seorang pun boleh berdiri sendiri, semua orang bergantung kepada orang lain. Setiap orang pada masa yang sama ialah seorang pemberi dan seorang peminta. Pembahagian ini bukanlah pada satu pihak terdiri dari peminta-peminta dan pada satu pihak lagi adalah pemberi-pemberi. Si peminta juga adalah pemberi dan begitu juga sebaliknya. Setiap orang diikat oleh rangkaian hak-hak dan kewajipan, Dalam susunan (network) hidup bertamaddun setiap orang saling memerlukan antara satu sama lain.

Menurut kebiasaan orang Arab, apabila mereka menanyakan sesuatu atau memintanya kepada orang lain mereka mengucapkan nama Allah. Seperti: "As aluka billah" ertinya: Saya bertanya atau meminta kepadamu dengan nama Allah. Tanpa wanita, tiada lelaki yang dapat memenuhi perjalanan tabi'enya dengan cara yang selesa dan mudah, dan begitu juga, tiada wanita soleh yang dapat menjalankan kehidupan yang bahagia dan tenteram tanpa ada seorang teman hidup.

Allah Pencipta alam menjadikan mereka saling memerlukan, yang mana tanpa ada seorang maka kehidupan seorang lagi menjadi tidak sempurna. Sekali lagi, ditegaskan bahawa dengan Nama Allah maka kita meminta hak kita sesama sendiri. Ummah Islamiah (Masyarakat Islam) ditegakkan atas kepercayaan kepada Allah yang Esa, Kekuasaan, Kebesaran dan ketauhidanNya. Perhubungan antara seorang Muslim dan Muslimah menjadi sah apabila disebutkan nama Allah di antara mereka. Dengan nama Allahlah maka orang asing, saudara mara yang jauh dan dekat menjadi bersaudara.

Ikatan antara lelaki dan wanita adalah ikatan Iman dan kasih sayang; ikatan yang mendalam, rapat dan semula jadi. Ini, merupakan satu ikatan yang unik. Semua ini ialah keajaiban yang lahir dari menyebut nama Allah. Satu dunia baru dilahirkan apabila disertakan dengan Nama Allah. Muslim dan Muslimah tidak boleh bercampur secara bebas antara satu sama lain dan ada
kalanya mereka tidak boleh berjalan sama. 'Mereka bukan muhrim’ (Mereka tidak boleh masuk ke bilik Muslimah dan sebaliknya). Tetapi satu ikatan yang suci dibuat sebaik sahaja Nama Allah di sebut di antara mereka.

Al-Quran dengan gayanya yang tidak dapat ditiru telah menerangkan kenyataan asas masyarakat manusia, saling bergantungan di kalangan anggotanya, saling kait dan memerlukan, dalam beberapa ayat yang mudah

Dengan mempergunakan Namanya kamu saling meminta antara satu sama lain.

Ayat ini seterusnya mendesak supaya kita bertaqwa kepada Allah yang dengan menggunakan Namanya kita menghalalkan apa yang dihalalkannya dan mencetuskan revolusi dalam kehidupan kita. Al-Quran telah menggunakan satu ungkapan yang tiada tolok bandingnya untuk menjelaskan perhubungan yang rapat antara suami dan isteri. Ayat itu menyebut:

Mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.
(S. Al-Baqarah 2:187)

Hanya Al-Quran sahaja yang mampu menggunakan perkataan pakaian dalam konteks ini. Pakaian digunakan untuk menutup kebogelan dan perhiasan hidup. Ia menyimpulkan kepada kita segala-galanya yang merangkumi pengertian perhubungan cinta, kepercayaan dan sikap amanah antara suami dan isteri. Jika tanpa pakaian manusia kelihatan seperti haiwan dan tidak berupa manusia yang bertamadun, maka begitu juga tanpa perkahwinan, manusia adalah tidak bertamadun.

Di dalam Islam perkahwinan tidak dianggap sebagai satu keperluan tetapi tergolong sebagai suatu Ibadah yang menghampirkan manusia kepada khalidnya atau dengan kata lain, konsep perkahwinan di dalam Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan biologi atau kehidupan sosial yang tanpanya kenikmatan hidup menjadi tidak sempurna, tetapi ia mempunyai kepentingan Aqidah dan mempunyai kedudukan sebagai satu Ibadah.

Rasulullah S.A.W menunjukkan contoh yang terbaik dalam kehidupannya. Sabda Baginda:
"Orang yang terbaik di antara kamu ialah orang yang berbuat baik kepada keluarganya, dan akulah yang paling baik terhadap keluargaku."

Jika saudara mempelajari sirah Rasulullah S.A.W saudara akan ta'ajub terhadap kehormatan yang Islam berikan kepada kaum wanita. Usaha Rasulullah S.A.W untuk menggembirakan isteri-isteri Baginda, penglibatannya dalam aktivitiaktiviti rekreasi mereka dan keadilannya terhadap mereka amatlah mulia.
Rasulullah amat baik hati dan sayang kepada kanak-kanak, sehingga Baginda akan memendekkan solah (Namaz) yang paling di sukainya, jika ia mendengar suara anak-anak menangis, inilah kemuncak kemurahan hati dan pengorbanan. Tiada suatu pun yang lebih berharga bagi Rasulullah selain dari Solah. Meskipun demikian Rasulullah menyatakan,"Kadang kala saya gemar memanjangkan solah tetapi apabila saya mendengar suara kanak-kanak
menangis, saya memendekkannya dengan berfikir yang ini akan menyusahkan
hati para ibu (yang turut sama dalam solah jema'ah)".

Contoh-contoh ini ada di hadapan kita. Allah meminta kita menjaga nama baik kita. Kita tidaklah boleh mempunyai kepentingan yang lain. Perintah ini ditujukan kepada lelaki dan wanita. Saudara-saudara kini hidup dalam masyarakat Amerika. Kita bukan sahaja mesti memperkenalkan ajaran-ajaran Islam kepada masyarakat Amerika, tetapi juga kita mesti menunjukkan model (contoh) sistem kekeluargaan Islam kepada mereka. Tamaddun Barat sekarang ini sedang menuju ke arah kejatuhan. Tidak ada kesangsian lagi.

Salah satu dari sebab-sebab utama ialah perpecahan keluarga. Perasaan kasih sayang dan sifat percaya mempercayai yang menjadi tunggak kehidupan keluarga sekarang ini diambil alih oleh sifat kepentingan diri dan syahwat.

Ahli-ahli falsafah moden berasa bimbang dan kajian-kajian untuk menjaga keutuhan keluarga telah dilakukan. Seharusnya wujud perasaan simpati dan kasih sayang dari kedua-dua belah pihak, kerana inilah sahaja yang dapat memberikan kebahagian yang sebenarnya. Walaupun
berlaku kemiskinan dan kelaparan tetapi dapat diatasi oleh ketenteraman kerana di sana terdapat kesediaan dan perasaan kasih sayang dan mengongsi perasaan antara satu sama lain. Sampai ke hari ini pun terdapat banyak keluarga di Timur yang tidak cukup makan tetapi mereka hidup bahagia kerana ada perasaan kasih sayang. Di Barat, terdapat segala kekayaan,
penemuan saintifik, dan pencapaian keilmuan - tetapi hati-hati itu tidak merasai ketenangan dan kepuasan. Mereka tidak mampu menjadikan Rumah tangga mereka sebagai syurga. Seperti kata Iqbal:
la mencari orbit bintang, tetapi tidak dapat menyelami dunia pemikirannya.

Manusia moden dilengkapi dengan kekuatan tetapi berpandangan cetek. Orang yang menjumpai kuasa matahari (solar radiation) tidak dapat menerangi jalannya sendiri, dan orang yang mencari orbit bintang-bintang — dan jika Iqbal ditakdirkan masih hidup pada hari ini ia mungkin akan berkata, orang yang menuju ke bulan tidak dapat mengembara dunia fikirannya sendiri
dan menjadikan rumahtangganya tempat yang bahagia. Orang yang menukar dunia menjadi syurga berakhir dengan menjadikan rumahtangga sebuah neraka. Banyak dari keluarga-keluarga Barat yang tidak dirahmati dengan kedamaian dan kebahagiaan. Itulah sebabnya mengapa mereka mencarinya di kelab-kelab dan lain-lain aktiviti luar.

Saudara-saudara lebih menyedari aspek yang menyayat hati ini dalam kehidupan masyarakat Amerika kerana saudara telah tinggal di sini selama sepuluh atau dua puluh tahun. Tidak perlulah bagi saya memanjangkan perkara ini. Ayat suci Al-Quran yang saya bacakan menerangkan kebenaran asas sistem hidup Islam di mana masyarakat manusia ditegakkan atas dasar saling bergantungan dan hormat-menghormati hak antara satu sama lain. Setiap orang ada kemahuannya. Tetapi untuk menyedarinya sebagai satu hakikat kewujudan manusia dan untuk berterima kasih kepada orang yang menunjukkan hakikat itu ialah merupakan sikap yang ada pada seseorang Islam. Islam sentiasa berusaha mengembangkan dan mengukuhkan pandangan seumpama ini. Islam menghendaki setiap orang menganggap dirinya bergantung kepada orang lain dan menghormati semua ahli-ahli dalam masyarakat. Dengan ini tidak timbul masalah penyesuaian.

Semoga Allah melimpahkan taufiq dan hidayahNya kepada saudara-saudara pada jalanNya yang lurus dan saudara-saudara diberi kemampuan untuk melahirkan corak kehidupan masyarakat Islam yang akan menarik masyarakat Barat yang sedang tenat dengan hidup ini dan menggalakkan mereka supaya merenung dan meneliti dengan berhati-hati peraturanperaturan
hidup bermasyarakat di dalam Islam.

[Sambungan dalam entri seterusnya]

59:21

Bismillahirrahmanirrahiim.

“Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau akan melihat gunung itu khusyuk serta terpecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya.”
(Surah al-Hasyr: 21)

ALlah minta kita berfikir tentang perbandingan ini. Berapa ramai orang yang mengajak kita untuk berfikir tentang ayat-ayat al Quran? Sudah berapa ramai pula orang yang kita ajak untuk berfikir tentang ayat-ayat al-Quran? Satu renungan yang bermanafaat untuk kita semua.

Apa yang boleh kita fikirkan? Antaranya ialah keteguhan Nabi Muhammad saw menerima wahyu. Alangkah hebatnya kekasih kita itu! Apa yang tidak mampu ditanggung oleh gunung–ganang berjaya ditanggung oleh baginda sepanjang lebih-kurang 23 tahun, padahal tubuh badannya kecil berbanding gunung. Tetapi pernahkah kita menyahut seruan Allah untuk berfikir dan mengambil pengajaran daripada perbandingan di atas?

Kita menghayati ayat dan perbandingan ini sebagai mengenang susah payah kekasih Kita Nabi Muhammad saw menerima wahyu untuk disebarkan kepada kita. Semoga kita dapat berkongsi serba-sedikit apa yang baginda lalui dan seterusnya meningkatkan rasa kasih sayang kita kepadanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Dari Aisyah Ummul Mukminin R.A katanya;

Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw ialah berupa mimpi baik sewaktu dia tidur. Biasanya mimpi itu ternampak jelas olehnya seperti jelasnya cuaca pagi. Sejak itu hatinya tertarik untuk mengasingkan diri ke Gua Hira’. Di sana beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya.
(Bukhari)

Dalam perjalanan baginda untuk menerima wahyu-wahyu terawal, sudah nampak pengorbanan baginda. Baginda mengasingkan diri ke tempat sunyi, beruzlah (*bab uzlah akan diperkatakan di bawah nanti), berkhalwat, jauh daripada keseronokan dunia dan orang ramai. Bolehkah kita mengorbankan sedikit daripada keseronokan dunia kita untuk menggerakkan agama Allah? Bolehkah kita mengorbankan banyak keseronokan dunia untuk menggerakkan agama Allah?

Sabda Rasulullah saw:
“Kadang-kadang wahyu datang kepadaku seperti bunyi loceng. Itulah yang sangat berat bagiku. Setelah bunyi itu berhenti, lalu aku mengerti apa yang dikatakannya. Kadang-kadang malaikat menjelma seperti seorang lelaki datang kepadaku. Dia berbicara kepadaku dan aku mengerti apa yang dikatakannya.”
(Bukhari)

Kata Aisyah:

“Aku pernah melihat sewaktu wahyu turun kepadanya pada suatu hari yang sangat dingin. Selepas wahyu itu berhenti turun, kelihatan dahinya bersimbah peluh.”
(Bukhari)

Sabda baginda saw:

“Pada suatu ketika sedang aku berjalan-jalan tiba-tiba kedengaran olehku satu suara dari langit. Maka kuangkat pandanganku ke arah datangnya suara itu. Kelihatan olehku malaikat yang pernah datang kepadaku di gua Hira’ dulu. Dia berada di kursi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan terus pulang. Aku berkata keada Khadijah: “Selimutkan aku.”
(Bukhari)

Rupanya bukanlah senang bagi seseorang bertaraf Nabi malahan Rasul untuk menerima wahyu. Ada kalanya ia memberatkan minda dan melemahkan anggota tubuh. Apa yang dikesalkan, sikap sebahagian umat yang mengaku Islam hari ini mengabaikan kitab Perjanjian Terakhir al-Quran dengan mudah-mudah sahaja sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Ini bermakna mereka tidak menghargai susah-payah Rasulullah saw.

Berkaitan uzlah, banyak juga manusia yang mengetahuinya tetapi kurang yang mempraktikkannya. Terdapat tiga jenis uzlah:

1. UZLAH JASMANI - seperti mengasingkan diri ke tempat-tempat yang jauh daripada hiruk-pikuk manusia namun fikiran atau hatinya masih bersama hal-hal yang tidak bersangkutan dengan hal ehwal uzlah. Badan jauh tetapi hatinya masih dekat dengan keduniaan. Uzlah jenis ini hampir-hampir tiada berkesan.

2. UZLAH JASMANI DAN ROHANI- seperti mengasingkan diri ke tempat-tempat yang terhindar daripada hiruk-pikuk manusia dan hatinya khusyuk dengan hal ehwal uzlah tersebut. Uzlah jenis ini memang berkesan.

3. UZLAH ROHANI- dia berada di tengah-tengah manusia dan keduniaan tetapi hatinya tidak terpengaruh dengan semua itu bahkan keadaannya tak ubah seperti hati orang yang sedang menjalani uzlah jenis kedua tadi. Inilah uzlah tertinggi, sangat sukar untuk menguasainya.

ALlahu'alam.

“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”
6 JAN 2007

[Sangat merinduimu Ya HabibALlah. Benar-benar merinduimu.]

Saturday, August 7, 2010

Sakit

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam aku dipesan Kak Teh;

Kenalilah diri, kerana...

Apabila manusia itu kenal diri, maka dia akan kenal Tuhan.

Apabila manusia kenal diri, dia tahu manusia itu sentiasa kikir dan terburu-buru.

Apabila manusia kenal Tuhan, dia tahu Kalam Tuhan itu ada buat pengubat kalbu.

Apabila manusia itu kenal diri, dia tahu dia selemah-lemah ciptaan.

Apabila manusia kenal Tuhan, Kalam Tuhan itu sumber kekuatan.

Apabila manusia rasa segalanya milik Tuhan, lantas kembali semula jiwa hamba kepada Tuhan.

"Fa iza 'azzamta fatawakkal 'ala ALLAH"
Sesungguhya setelah berazam (usaha), berserahlah (tawakkal) kepada ALLAH (dengan sebenar-benar tawakkal).

Apabila manusia mengenal Tuhan, dia tahu; buruk dan baik setiap sesuatu itu adalah yang terbaik, kurniaan Tuhan Maha Segala.

Sudah kenalkah manusia akan Tuhan? Kenalkah manusia akan diri?


~Punca Hati Sakit~

1. You believe in the existence of Allah swt, but, you do not fulfill His Commands.

2. You say you love the Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) but you do not follow his Sunnah.

3. You read the Holy Qur'an, but you do not put it into practice.

4. You enjoy all the benefits from Allah, but, you are not grateful to Him.

5. You acknowledge Shaitan as your enemy, but, you do not go against him.

6. You want to enter Paradise, but, you do not work for it.

7. You do not want to be thrown into Hellfire, but yet, you do not run from it.

8. You believe that every living thing will face death, and you are not prepared for it.

9. You gossip and find faults in others, but, you forget your own faults and bad habits.

10. You bury the dead, but, you do not take a lesson from it.

"It is not about knowing, it's about doing."

Benarkan tutur kata dengan perbuatan,
Ikhlaskan perbuatan dengan hati,
Bersihkan hati dengan Iman,
Pandu Iman dengan Taqwa,
Tingkat Taqwa dengan Sabar,
Teman Sabar dengan Syukur,
Menifestasi Syukur dengan tutur kata dan perbuatan.

“ Sungguh ajaib urusan orang yang beriman itu, sesunggunya segala urusan mereka adalah baik, dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
(HR Muslim)

ALlahu'alam.

[Kalau sakit kena jumpa doktor kan? Kalau nak sembuh kena akui penyakit yang kita ada, jujur tentang simtom penyakit tu, baru dapat ubat yang paling sesuai. Kemudian bila dapat nasihat atau saranan, kena la ikut. Baru la cepat sembuh... Kan?]


Friday, August 6, 2010

Mampukah?

Bismillahirrahmanirrahiim

It is related that a devout worshipper by the name of Humam came to Imam Ali(May Allah Ennoble his countenance) and asked him to describe the pious people so vividly that he could almost see them. Imam Ali (RA) responded:

Their speech is truthful; their clothing is moderate; and they walk with utmost humility.
They lower their gaze from everything Allah has forbidden.
They allow their ears to listen only to that which is beneficial.
Their souls accept exposure to trials and tribulations as easily as others accept luxurious living.

Were it not for their appointed term, their spirits would not have remained in their bodies the span of a twinkling of the eye due to their intense longing for their Lord. Because the Creator is magnified in their souls, everything else is viewed as insignificant in their sight.

Their hearts are sober; people are safe from any wickedness from them; their bodies are slim [they dont overindulge their appetites]; their basic needs are few; and their souls are chaste.

They patiently endure the few days they spend in this world knowing that they will be followed by a long, peaceful rest this is the profitable life-transaction which their Lord has allowed them to enter into.

The world desired them; however, they had no desire for it. It imprisoned them, but they ransomed their souls from it [with their restraint and righteous deeds].

At night, their feet are arranged in ranks as they dutifully recite the Quran in slow measured tones.
If they come upon a verse that stimulates [in them] longing [for the delightful things which Allah has promised] they ponder it, craving to attain them.
Their souls soar due to the intensity of their longing for those delights. If they come upon a verse that frightens them [with the threat of Allahs dreadful punishment] they hear it reverberating in the depths of their hearts.
They imagine that they hear the dreadful sounds of the Hellfire in the innermost recesses of their ears.
You find them kneeling down [before their Lord], begging to be liberated from the Hellfire.

As for their days, they are forbearing, clement scholars.
They are righteous and pious.
Fear [of Allah] surrounds them, piercing them like arrows.
One who gazes upon them thinks that they are sick. However, they are far from being sick.
They are not satisfied with a minimal amount of righteous deeds, nor do they consider excessive amount of worship to be great.
They see their faults, and they fear that their deeds wont be accepted.

If someone praises one of them, he says;
"I know myself better than others [know me], and my Lord is more knowledgeable of me than myself. O Allah, dont take me to task for what they say, and make me better than what they think of me, and forgive me for those sins which they are unaware of."

One of the signs [of such a person] is that you observe strength in his religion.
His gentleness is accompanied by sobriety.
His faith is coupled with certainty.

He longs for knowledge.
He acts with forbearance.
He lives moderately, even when blessed with wealth.
He is humble in his worship.
He endures poverty with dignified grace.
He patiently endures trying circumstances.

He seeks his sustenance from the lawful.
He hastens to right guidance.
He is agitated if he perceives greed in himself.
He works righteousness all the while trembling, [fearing that his deeds wont be accepted].

His greatest concern is gratitude.
He arises in the morn preoccupied with the Remembrance of God.
He goes to bed at night overwhelmed,apprehensive.
He rises in the morning overjoyed.
His apprehension arises from the awareness of his heedlessness.
His joy is caused by the bounties and mercy Allah has showered upon him.
If his soul presses him with something he despises, he does not concede [to it] and withholds from it what it desires.

The comfort of his eye is that which cannot be eradicated [the reward of his righteous deeds].
His abstinence is from temporal things.
He mixes clemency with knowledge, and speech with action.
He expects death at any moment.
His slips are few [because of his cautiousness and deliberateness in speech and actions].
His heart is content.
He is easy-going.
He is constantly on guard against assaults upon his religion.
His lusts are dead.
His anger is suppressed.

People anticipate goodness from him.
They are safe from any wickedness from him.
If he is in the company of the heedless, he is recorded as being mindful [of his Lord].

He overlooks those who oppress him.
He gives to those who deny him.
He joins relations with those who cut him off.
He is far removed from any indecency.

His speech is gentle.
You find nothing bad in him.
He is always a source of good.

During calamities, he is composed.
In dire straights, he is patient.
In times of ease, he is thankful.

He does not oppress those he dislikes, nor does he sin for the sake of those he loves.

He admits the truth before his witnessing is sought.
He preserves all he is entrusted with.
He does not hurl abusive names at people.
He never harms his neighbor, nor does he insult people when he is experiencing hardship.
If he is transgressed against, he perseveres until Allah takes revenge for him.

He relies on himself while he himself is a source of relief for others [they can rely on him].
He tires himself for the sake of his salvation, not burdening others in any way.
His distance from those who remove themselves from him is a form of abstinence, while his drawing near to people is from his gentleness and mercy.
Hence, his distance from people does not arise from arrogance and haughtiness, nor is his closeness to them motivated by cunning and treachery.

Hearing this, Humam dropped dead. Imam Ali (RA) said,
"This is what I feared would happen to him."

SubhanALlah...

Taken from Welcome to Islam

ALlahu'alam