ISTERI YANG SOLEH
KENDERAAN YANG BAIK
RUMAH YANG LAPANG
Maksud Hadis Rasulullah S.A.W.:
"Kebahagiaan bagi anak Adam ada tiga. Dan kesengsaraan terhadap anak Adam ada tiga. Maka di antara yang membahagiakan adalah isteri yang soleh, kenderaan yang baik serta rumah yang lapang. Dan kesengsaraan bagi anak Adam ada tiga iaitu tempat yang tidak baik dan isteri yang tidak baik serta kenderaan yang tidak baik."
Huraiannya:
Dari hadis Rasulullah S.A.W. yang tersebut di atas dapatlah kita mengambil pelajaran bahawa apabila sesuatu keluarga itu mempunyai tiga asas penting, maka ianya akan memberi kebahagiaan. Tetapi sebaliknya tanpa kewujudan ketiga-tiga asas tersebut ataupun kurang salah satu daripadanya maka kesengsaraanlah yang akan diperolehi. Asas-asas yang penting ini
adalah:
- Isteri yang soleh
- Rumah yang lapang
- Kenderaan yang baik
Kepentingan ini dirasakan lagi, di kala pergerakan Islam itu masih berada ditahap pembentukan awal. Pada masa ini pengorbanan kita sangat-sangat diperlukan serta usaha-usaha gigih yang berterusan untuk menghadapi masyarakat jahiliyah yang begitu pekat, maka ketiga-tiga asas
tersebut amat perlu diperolehi.
Isteri yang Soleh
Isteri yang soleh, adalah asas yang terpenting sekali daripada asas-asas yang lain. Kegagalan asas ini boleh mengakibatkan asas-asas lain tidak akan benar-benar berfungsi untuk memberi kebahagiaan sebenarnya di dalam kehidupan. Tanpa wujud isteri yang soleh maka keluarga-keluarga Islam tidak akan dapat diwujudkan. Sedangkan pembinaan dan terbentuknya pergerakan Islam itu bergantung kepada kelahiran keluarga-keluarga Islam ini. Kalau sekiranya pergerakan Islam itu penting untuk membawa dan mempraktikkan Islam maka isteri yang Soleh juga sama pentingnya. Isteri yang soleh itu sentiasa berjuang bersama-sama suami menyebarkan fikrah Islamiyyah, khususnya kepada kaum sejenisnya. Mendidik dan membimbing mereka sehingga lahir kefahaman dan kesedaran Islam. Sehingga mereka pula mampu untuk menjadi pejuang-pejuang akidah yang bersedia menumpukan taat setia kepada Islam dan pergerakannya.Keletihan suami setelah melaksanakan tugas harian dan berdakwah disambut dengan wajah yang berseri dengan ucapan kata-kata yang dapat memberi kekuatan jiwa untuk lebih istiqamah, ketika menghadapi masyarakat jahiliyah tanpa mempunyai perasaan bosan dan jemu. Mengizinkan dan merasa bahagia melihat suami menjalankan tugas Islam tidak kira masa dan waktu. Bersedia memberikan rumahnya, hartanya dan masanya untuk tugas yang murni ini dengan hati yang penuh redha. Isteri yang soleh juga sentiasa melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan sebaik-baiknya dan bersedia untuk menghadapi segala ujian-ujian dari Allah SWT.
Sifat-sifat yang lain 'Isteri yang Soleh':
1. Isteri yang soleh itu ialah yang taat kepada Allah dan Rasul dan patuh kepada perintahNya. Sanggup menjaga maruahnya walaupun di tempat-tempat yang sunyi dari pandangan orang lain, juga yang sering mengingati Allah serta takut kepadaNya dengan sebenar-benar takut, tetapi
berani di dalam menegakkan Islam.
Firman Allah S.W.T maksudnya:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah
melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang Soleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di sebalik pembelakangan suaminya oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)."
melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang Soleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di sebalik pembelakangan suaminya oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)."
(An-Nisa': 34)
2. Isteri mesti bersyukur akan nikmat yang diberikan oleh Allahkepada suaminya.3. Isteri mesti taat kepada suaminya.
Maksud sabda Rasulullah S.A.W.:
"Kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang yang lain
nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya".
4. Maksud sabda Rasulullah S.A.W.nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya".
"Hak suami atas isterinya ialah si isteri tidak meninggalkan tempat
tidurnya, hendaklah ia menghargai sumpah suami, hendaklah ia taat kepada
suami dan janganlah ia keluar rumahnya melainkan dengan izin dan
janganlah ia membenarkan masuk ke rumahnya orang yang tidak disukai oleh
suaminya."
tidurnya, hendaklah ia menghargai sumpah suami, hendaklah ia taat kepada
suami dan janganlah ia keluar rumahnya melainkan dengan izin dan
janganlah ia membenarkan masuk ke rumahnya orang yang tidak disukai oleh
suaminya."
Jangan pula menghinakan suaminya kerana mempunyai rupa dan wajah yang buruk.
6. Isteri mestilah mendahului hak suaminya daripada hak dirinya sendiri atau kaum kerabatnya, sentiasa menunjukkan hemah yang tinggi, lemah lembut tidak maki hamun, sumpah-seranah, umpat-keji, bantah membantah dan lain-lain.
7. Menunjukkan sikap yang jernih dan kemesraan dan lapang dada serta segala hal yang menyebabkan kesenangan suaminya diwaktu dia ada di rumah. Selalu di dalam setiap tindakan dan keputusan, tingkahlaku budi bicara, tutur bahasa dan makan-minum janganlah terkeluar dari landasan yang digariskan oleh Islam.
8. Maksud sabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik wanita ialah perempuan yang apabila engkau memandangkan ia
menyukakan hati dan apabila engkau tidak ada ia menjaga harta engkau dan
memelihara dirinya."
9. Isteri yang Soleh mengikut pandangan Islam adalah isteri yang berpengetahuan, berakhlak mulia, tahu melayan suami serta mengasihi dan mendidik anak-anak ke jalan hidup yang dikehendaki oleh Allah dan mengikut landasan yang ditunjukki oleh Rasulullah S.A.W.menyukakan hati dan apabila engkau tidak ada ia menjaga harta engkau dan
memelihara dirinya."
10. Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari perkahwinannya:
Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu;
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya
Dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau.
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.
Peliharalah hidung, telinga dan matanya
Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripada mu melainkan yang cantik, belaka.
Rumah yang lapang
Rumah yang lapang ialah asas yang kedua pentingnya setelah isteri yang soleh, kerana di sinilah proses pendidikan Islam bermula. Kelahiran rumah yang lapang dan selesa ini akan memberi kemudahan dan ketenangan semasa proses didikan berjalan di rumah. Pendidikan kepada anak-anak khususnya, perlu kepada suasana yang tenteram dan harmoni. Dari suasana inilah yang akan membentuk jiwa dan akhlak mereka. Bukan ini sahaja malahan suasana begini akan dapat mengisi ketenteraman jiwa kepada para dai' setelah sibuk berjuang dan menghadapi masyarakat jahiliah yang penuh dengan maksiat dan kemungkaran.Rumah yang lapang adalah rumah yang sempurna dari segi kedudukannya, kebersihannya dan kemudahan-kemudahan asas. Sebaik-baiknya sekiranya berkemampuan adalah lebih baik membuat rumah sendiri kerana kedudukan bilik-bilik dan ruang tetamu dapat diletakkan dengan baik. Diletakkan tirai pemisah di antara ruang dan bilik tetamu dengan bilik-bilik
yang lain. Mempunyai dua tandas dan bilik mandi untuk kegunaan sendiri dan tetamu. Di sini juga terdapat sebuah bilik perpustakaan kecil yang dipenuhi dengan buku-buku dan majalah-majalah Islam untuk meningkatkan ilmu syara dan ilmu waqei (realiti).
Dari segi kebersihan pula sentiasa diuruskan dengan sempurna. Tidak dibiarkan kotoran dan abuk-abik begitu saja. Dari pandangan luarnya sudah cukup menerangkan sifat dan akhlak penghuninya. Di keliling rumah ditanami sedikit bunga sebagai perhiasan, dipotong mana-mana rumput yang panjang dan dicat sekadarnya untuk memberi pandangan luar yang lebih
elok. Segala alat-alat moden yang boleh menjimatkan masa dan memudahkan kerja-kerja rumah adalah perlu digunakan sepenuhnya bergantung kepada kemampuan masing-masing. Kerana dengan ini akan lebih memberi kemudahan dan keselesaan. Rumah yang lapang juga sentiasa bersedia untuk digunakan dalam rangka menjalankan aktiviti-aktiviti Islam.
Kenderaan yang baik
Kenderaan yang baik adalah satu alat yang penting untuk mempercepatkan segala urusan dan kerja. Di dalam kontek Pergerakan Islam ianya sungguh berfungsi untuk memudahkan pergerakan dalam proses penyebaran fikrah Islamiyah, mengikuti ataupun menjalankan programprogram Islam terutama bagi tempat-tempat yang jauh dan kawasan pendalaman.Perjalanan sistem kenderaan umum hari ini tidak memenuhi tuntutan syara' (kerana ianya lahir dari sistem hidup ciptaan manusia) dari itu mempunyai kenderaan yang baik adalah satu keperluan asas. Dari kenderaan yang baik boleh digunakan untuk melaksanakan tugas harian, menziarahi sahabat-sahabat dan kaum keluarga. Dengan ini boleh memudahkan perjalanan tanpa bersesak-sesak dan membuang masa dengan sia-sia.
Kenderaan biarlah sederhana dari segi harganya. Apabila terdapat mana-mana kotoran hendaklah dibersihkan. Apabila didapati rosak maka perbaikilah dengan segera. Segala syarat-syarat yang dikenakan oleh sistem kenderaan hari ini seperti lesen, roadtax, insuran dan lain-lain hendaklah dipenuhi kerana kita sedang berhudnah dengan sistem jahiliyah hari ini, Perlu diingat bahawa cara pembelian "HIRE PURCHASE" adalah dilarang oleh Islam kerana ianya mempunyai unsur-unsur riba.
[Sambungan dalam entri seterusnya]
No comments:
Post a Comment