Showing posts with label Ruhani/Spiritual. Show all posts
Showing posts with label Ruhani/Spiritual. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Suatu Kecintaan, Seindah Kerinduan.

Bismillahirrahmanirrahim.



ALlahu'alam


[Entah kenapa hati ini bagai merintih merayu ingin berjumpa. Salamun Salam 'alaika Ya HabibALlah.]

Thursday, November 18, 2010

Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan

Semuanya tiada.

Tiada Jualan Murah.

Tiada Lagu Raya.

Tiada rancangan khas di televisyen.

Tiada mercun dan panjut menghias malam.

Segalanya tiada.

Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.

Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?

Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.

Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Adha masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.

KEKURANGAN YANG SATU

Kekurangannya hanya pada yang satu.

Anak-anak tidak pulang ke desa.

Jika ada pun, mungkin di hari kedua. Kerana komitmen kerja dan tanggungjawab yang tidak mengenal Raya. Kampung halaman kurang menerima kepulangan anak kota.

Namun…

Andai kekurangan itu membolehkan anak-anak menjadi soleh dan terhindar daripada dosa, maafkanlah kekurangan itu duhai sang ayah, duhai sang bonda. Mungkin takbir Aidil Adha sedikit sepi daripada gelak tawa mereka, tetapi jika dengan itu anak-anak bisa lebih patuh kepada yang Esa, maafkanlah kekurangan itu.

Anak yang akan memanjangkan doa selepas matimu, bukan semestinya anak yang selalu pulang, andai pulangnya membawa dosa. Anak yang doanya didengar Tuhan, bukan semestinya anak yang pulang dengan hilai tawa kegembiraan, andai ketawa itu hanya menjauhkan keluarga daripada-Nya.

Anak yang doanya didengar Tuhan, adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan. Biar pun di Aidil Adha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.

Ibrahim jauh daripada keluarganya. Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka. Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda, namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan. Biar tubuh terpisah di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.

Jauh adalah pada jauhnya semua daripada-Nya.

Dekat adalah pada intimnya kita mendampingi Dia.

Justeru pada satu kekurangan di Aidil Adha, maafkanlah anakanda yang kejauhan.

Kerana mungkin dalam kekurangan itu, doa si anak lebih didengar Tuhan.

Maafkan kami wahai ayah dan bonda.

Ampunkan kami wahai Tuhan yang Maha Memaafkan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Wednesday, October 6, 2010

Bukan Orang Manja!

Bismillahirrahmanirrahim.


Yang dinamakan DA'IE itu...

"Mereka bukan generasi yang dimanjakan dalam keadaan serba selesa, tetapi generasi yang dididik dengan mujahadah, hempas pulas perjuangan melawan hawa-nafsu. Falsafahnya mudah: jika mampu mengalahkan nafsu, akan mampu mengalahkan yang lain-lain; sebaliknya jika gagal melawan nafsu, takkan berdaya menghadapi selainnya."

~Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden WADAH


ALlahu'alam.

Sunday, September 19, 2010

Rindu

Bismillahirrahmanirrahim.

ALlahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aali Sayyidina Muhammad



Ya HabibALlah salamun'alaik

ALlahu'alam.

Monday, August 30, 2010

Ingin Bertemu


Bismillahirrahmanirrahiim.

Ingin benar bertemu dengannya. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Berikan kesempatan Ya Rabbul 'Izzah andai ini pertemuan terakhirku dengan Ramadhan.

Amiin thumma amiin.
Amiin Ya Rabbal 'Alamiin.


***

Sedikit perkongsian...

Lailatul Qadr: Kepentingan dan Penghayatannya.

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, [2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); [5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Surah Al Qadr: 1-5)

Perbincangan mengenai Lalilatul Qadr, tidak dapat tidak mestilah bersandarkan kepada Surah Al-Qadr. Surah ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah. Justeru, Surah Al-Qadr menceritakan sesuatu yang cukup istimewa yang memerlukan keyakinan tinggi untuk mempercayainya.

Ayat di atas berdasarkan katakunci berikut:

1. Menurunkan... 2. Lailatul Qadr... 3. Tidak kamu ketahui... 4. Lebih baik daripada... 5. Seribu bulan... 6. Diturunkan malaikat dan ruh padanya... 7. Dengan izin tuhan mereka... 8. min kulli amr... 9. sejahtera... 10. sehingga terbit fajar...

Maksud dan fokus ayat di atas diperkuatkan oleh satu Hadis Nabi yang bermaksud:

"Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah."
(Riwayat Ibnu Majah)

Surah Al-Qadr dan Malam Al-Qadr

Salah satu ayat dalam surah Al-Qadr menyentuh malam kemuliaan iaitu malam penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran). Malam Al-Qadr merupakan malam penuh keberkatan (iaitu mendapat keampunan, rahmat dan keredhaan Allah s.w.t.) dan ditetapkan oleh Allah segala urusan berdasarkan kebijaksanaanNya. Pengertian surah Al-Qadr sepatutnya dibaca bersekali dengan surah Al-Dukhan ayat 3-5 yang bermaksud:

[3] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). [4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). [5] Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. [6] (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya). [7] Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu). [8] Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dialah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.

Kebiasaannya, jika Allah melakukan bentuk "ayat tanya" dalam Al-Quran ia menggambarkan kemuliaan dan pengagungan akan sesuatu dan perkara ini adalah jelas dalam Surah Al-Qadr. Pengagungan di sini diharapkan agar manusia memperbanyakkan pengisian ibadah pada malam itu dan diisi dengan amalan-amalan soleh yang berbagai. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa pengagungan kepada malam ini menunjukkan bahawa Nabi sendiri tidak mengetahui ketepatan masa berlakunya. Maklumat tentang keistimewaan malam Al-Qadr hanya dapat
diketahui melalui Al-Quran dan Al-Sunnah.

Istilah qadr mempunyai tiga maksud; iaitu pertama; menetapkan, kedua kemuliaan dan ketiga penyempitan. Dilihat pada makna pertama iaitu menetapkan, pada malam tersebutlah Allah telah menentukan perjalanan hidup manusia melalui seruan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. ke arah jalan yang hak dan menolak kebatilan dan itulah aturan jalan ketetapan yang ditentukan Allah walaupun penuh ranjau duri. Kedua, malam tersebut adalah semulia malam jika diteliti berlakunya penurunan Al-Quran (nuzul Al-Quran) dan pengiktirafan Allah terhadap malam tersebut. Ketiga, berlakunya kesempitan di dunia kerana jumlah kehadiran para malaikat yang
membawa rahmat dan keampunan Allah.

Persiapan menghadapi malam Al-Qadr ialah selama 10 hari sebab ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan, bukannya sehari dua. Pastinya Allah akan menganugerahkan malam Al-Qadr pada mereka yang bersedia untuk 10 malam dan bukan hanya untuk semalam dua sahaja. Inilah falsafah Lailatul Qadr iaitu kita perlukan dalam kehidupan ketika persiapan yang teliti tanpa membenarkan ruangruang kerugian untuk mendapatkan kerahmatan dan keredhaan Allah s.w.t... Adapun ketentuan malam Al-Qadr itu pada malam-malam ganjil adalah untuk tidak terlalu memenatkan kita beribadah berterusan pada 10 malam terakhir kerana ada keselangselian. Allah pastinya menganugerahkannya pada orang yang ikhlas.

Bilakah Waktu Sebenar Lailatul Qadar?

Ia berlaku setiap tahun, bukannya hanya pada ketika ia diwahyukan atau tahun ayat itu diturunkan sahaja. Pertamanya, Lailatu Qadar hanya akan berlaku dalam bulan Ramadhan. Kedua, kebanyakan ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Ini adalah pendapat yang paling rajih (absah). Ketiga, ia berlaku pada malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Sebuah laman web meramalkan bahawa Lailatul Qadr pada tahun ini jatuh pada malam 27 Ramadan 1427H bersamaan 20 Oktober 2006 (Lihat http://www.whenis.com/lailat-al-kadr-2006.asp ; dilayari pada 9 Oktober 2006], tahun 2007 – 9 Oktober 2007, tahun 2008 – 28 September 2008, tahun 2009 – 17 September 2009 dan tahun 2010 – 6 September 2010. Ramalan-ramalan ini adalah sesat belaka dan tidaklah benar bahkan bertentangan dengan nas-nas yang sahih. Ini adalah kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah memaklumkan bilakah waktu sebenar Lailatul Qadr.

Apakah Dasar Keimanan Tentang Lailatul Qadr?

Di antara perkara yang perlu diimani dalam perkara berkaitan Lailatul Qadr ialah:
1. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr.
2. Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.
3. Para Malaikat dan ruh diturunkan pada malam tersebut.
4. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).
5. Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa.
6. Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas kecuali khabar-khabar angin semata.
Kenapa Lailatul Qadr Dipilih Ianya Berlaku Pada 10 Malam Terakhir?

Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingakat kesedaran yang tinggi serta momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan ”gear tertinggi” dalam amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang mukmin melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga pagi.

Apakah Amalan Pada Malam Lailatul Qadr?

Ia adalah malam yang cukup istimewa yang tidak kedapatan pada mana-mana malam. Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah, membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a. berkata:

"Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: "Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hamba-hambaMu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami"."
(Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud:

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dan siksa neraka."
(QS Al-Baqarah [2]: 201)

Metos Dalam Masyarakat Melayu Mengenai Lailatul Qadr

Menemui malam Al-Qadr tidaklah melalui tanda-tanda fizikal. Hanya Allah jualah yang mengetahui siapa yang dianugerahkanNya menemui malam tersebut. Tiada siapa sebenarnya mengetahui bilakah berlakunya atau telah berlakunya malam Al-Qadr. Di antara kejadian pelik yang merupakan metos yang dikaitkan dengan malam Al-Qadr ialah:

1. Air sungai berhenti mengalir.
2. Pepohon menunduk.
3. Bekunya air.
4. Pokok sujud ke bumi
5. Ufuk langit merah

Sebenarnya, pengalaman merasai malam Al-Qadr tidaklah dapat dirasai atau dialami oleh pancaindera. Kalaupun perkara-perkara pelik itu berlaku, ia hanyalah satu kebetulan dan ketentuan Allah s.w.t. semata-mata. Rebutlah beramal di malam-malam 10 terakhir Ramadan tanpa perlu melihat tanda-tanda fizikalnya. Adapun orang yang mengalami malam tersebut, adakalanya mereka sendiri mengetahui bahawa malam itu ialah malam Al-Qadr. Namun demikian, Allah lebih mengetahui. Ramai juga yang tidak mahu tidur pada malam yang dijangkakan Lailatul Qadr kononnya untuk bertemu dengan malam tersebut. Ini satu lagi perkara tahyul dan tidak berasas.

Pokok terpenting ialah mempertingkatkan amalan-malan pada 10 malam terakhir Ramadan.

Kalaupun seseorang bertemu dengan malam Lailatul Qadr, akan tetapi tidak mempunyai amalan, persiapan ibadah atau penyucian batin, maka tidaklah ia mendapat keberkatan dan manafaat malam tersebut.

Petanda Berlakunya Lailatul Qadr

Petanda berlakunya malam istimewa ini boleh diketahui pada malam tersebut ataupun pada pagi berikutnya. Namun demikian, semua petanda yang diberikan dalam Hadis adalah terlalu umum dan sukar untuk dihuraikan kerana ketiadaan tanda spesifik dan berfokus. Petanda pada waktu malam ialah riwayat Imam Ahmad bin Hanbal:

“Tandanya adalah langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama, tenang, tidak dingin dan tidak pula panas ...”.


Hadis ini menepati keadaan dan suasana malam Al-Qadr yang sejahtera, tenang dan damai. Insyaallah pada malam Lailatul Qadr, barangkali langit tidak akan kelihatan awan hitam atau gumpulan awan tebal yang mengotorkan langit dengan noda. Katakanlah walau pada malam 27
Ramadan, langit kelihatan terang seperti malam 15 atau 16 bulan purnama. Maksud tenang sukar untuk digambarkan, mungkin merujuk kepada ketenangan malam dan suasana. Cuaca dan suhu tidak dingin dan tidak panas. Kalau di Malaysia barangkali antara 24 hingga 29 darjah celsius.

Petanda waktu pagi selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim, Abu Daud, dan Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka'ab yang bermaksud:

"Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya (kelihatan) putih tanpa sinar (nya).”

Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi? Wallahu A’lam.

Rumusan

Setiap fakta berkaitan malam Al-Qadr adalah perkara pokok dalam sistem kepercayaan Islam dan mesti diyakini sepenuhnya. Kita mesti bersedia dengan sepenuh persediaan amalan ibadah untuk mendapatkan malam Al-Qadr. Rugilah mereka yang tidak mengejarnya untuk mendapat keberkatan, keampunan dan keredhaan Allah s.w.t..
Dr. Amini Amir Abdullah Pengarah Pusat Islam
Universiti Putra Malaysia
aminiabdullah@yahoo.com
Kursus Induksi Pegawai Sokongan Universiti Putra Malaysia
17 Oktober 2006, Residence Hotel, UNITEN, 8.30am

ALlahu'alam

Sunday, August 22, 2010

59:21

Bismillahirrahmanirrahiim.

“Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau akan melihat gunung itu khusyuk serta terpecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya.”
(Surah al-Hasyr: 21)

ALlah minta kita berfikir tentang perbandingan ini. Berapa ramai orang yang mengajak kita untuk berfikir tentang ayat-ayat al Quran? Sudah berapa ramai pula orang yang kita ajak untuk berfikir tentang ayat-ayat al-Quran? Satu renungan yang bermanafaat untuk kita semua.

Apa yang boleh kita fikirkan? Antaranya ialah keteguhan Nabi Muhammad saw menerima wahyu. Alangkah hebatnya kekasih kita itu! Apa yang tidak mampu ditanggung oleh gunung–ganang berjaya ditanggung oleh baginda sepanjang lebih-kurang 23 tahun, padahal tubuh badannya kecil berbanding gunung. Tetapi pernahkah kita menyahut seruan Allah untuk berfikir dan mengambil pengajaran daripada perbandingan di atas?

Kita menghayati ayat dan perbandingan ini sebagai mengenang susah payah kekasih Kita Nabi Muhammad saw menerima wahyu untuk disebarkan kepada kita. Semoga kita dapat berkongsi serba-sedikit apa yang baginda lalui dan seterusnya meningkatkan rasa kasih sayang kita kepadanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Dari Aisyah Ummul Mukminin R.A katanya;

Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw ialah berupa mimpi baik sewaktu dia tidur. Biasanya mimpi itu ternampak jelas olehnya seperti jelasnya cuaca pagi. Sejak itu hatinya tertarik untuk mengasingkan diri ke Gua Hira’. Di sana beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya.
(Bukhari)

Dalam perjalanan baginda untuk menerima wahyu-wahyu terawal, sudah nampak pengorbanan baginda. Baginda mengasingkan diri ke tempat sunyi, beruzlah (*bab uzlah akan diperkatakan di bawah nanti), berkhalwat, jauh daripada keseronokan dunia dan orang ramai. Bolehkah kita mengorbankan sedikit daripada keseronokan dunia kita untuk menggerakkan agama Allah? Bolehkah kita mengorbankan banyak keseronokan dunia untuk menggerakkan agama Allah?

Sabda Rasulullah saw:
“Kadang-kadang wahyu datang kepadaku seperti bunyi loceng. Itulah yang sangat berat bagiku. Setelah bunyi itu berhenti, lalu aku mengerti apa yang dikatakannya. Kadang-kadang malaikat menjelma seperti seorang lelaki datang kepadaku. Dia berbicara kepadaku dan aku mengerti apa yang dikatakannya.”
(Bukhari)

Kata Aisyah:

“Aku pernah melihat sewaktu wahyu turun kepadanya pada suatu hari yang sangat dingin. Selepas wahyu itu berhenti turun, kelihatan dahinya bersimbah peluh.”
(Bukhari)

Sabda baginda saw:

“Pada suatu ketika sedang aku berjalan-jalan tiba-tiba kedengaran olehku satu suara dari langit. Maka kuangkat pandanganku ke arah datangnya suara itu. Kelihatan olehku malaikat yang pernah datang kepadaku di gua Hira’ dulu. Dia berada di kursi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan terus pulang. Aku berkata keada Khadijah: “Selimutkan aku.”
(Bukhari)

Rupanya bukanlah senang bagi seseorang bertaraf Nabi malahan Rasul untuk menerima wahyu. Ada kalanya ia memberatkan minda dan melemahkan anggota tubuh. Apa yang dikesalkan, sikap sebahagian umat yang mengaku Islam hari ini mengabaikan kitab Perjanjian Terakhir al-Quran dengan mudah-mudah sahaja sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Ini bermakna mereka tidak menghargai susah-payah Rasulullah saw.

Berkaitan uzlah, banyak juga manusia yang mengetahuinya tetapi kurang yang mempraktikkannya. Terdapat tiga jenis uzlah:

1. UZLAH JASMANI - seperti mengasingkan diri ke tempat-tempat yang jauh daripada hiruk-pikuk manusia namun fikiran atau hatinya masih bersama hal-hal yang tidak bersangkutan dengan hal ehwal uzlah. Badan jauh tetapi hatinya masih dekat dengan keduniaan. Uzlah jenis ini hampir-hampir tiada berkesan.

2. UZLAH JASMANI DAN ROHANI- seperti mengasingkan diri ke tempat-tempat yang terhindar daripada hiruk-pikuk manusia dan hatinya khusyuk dengan hal ehwal uzlah tersebut. Uzlah jenis ini memang berkesan.

3. UZLAH ROHANI- dia berada di tengah-tengah manusia dan keduniaan tetapi hatinya tidak terpengaruh dengan semua itu bahkan keadaannya tak ubah seperti hati orang yang sedang menjalani uzlah jenis kedua tadi. Inilah uzlah tertinggi, sangat sukar untuk menguasainya.

ALlahu'alam.

“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”
6 JAN 2007

[Sangat merinduimu Ya HabibALlah. Benar-benar merinduimu.]

Tuesday, August 10, 2010

Kekuatan Untuk Melepaskan

Bismillahirrahmanirrahim...

Setinggi syukur buat Maha Besar, Rabbul 'Izzah. Alhamdulillah. Now and again. SubhanALlah. Tak pernah terfikir akan diduga sebegini rupa. Memang dari awal pentaklifan sedar bahawa diri tak layak lagi tak mampu. Masih setahun jagung, masih hingusan. Tapi mereka percaya, walau diri tidak. ALlahu ALlah...

"Menerima amanah ini seperti meletakkan sebelah kaki di syurga dan sebelah yang lainnya di neraka".

Berat. Sakit. Penat. Kita sama, bukan? *senyum*

Akhir-akhir ini aku mencari kekuatan;
Kekuatan untuk bisa terus berkata, "Aku mampu!"
Kekuatan untuk melenyapkan segala iri, walaupun sebesar zarah.
Kekuatan untuk melihat ke dalam mata mereka dan tidak menangis.
Kekuatan untuk menidakkan kepentingan diri bagi maslahah yang lebih besar.
Kekuatan untuk terus memberi seikhlasnya walau sendiri, walau disakiti.
Kekuatan untuk berlapang dada.
Kekuatan untuk berkata benar.

Dan dalam pencarian itu ALlahu Rahiim terus menguji. Apa benar aku ini lakukan semuanya untuk mencari Redha Dia? Atau semata-mata alasan untuk mendapat redha manusia agar diri rasa 'terbela'.

ALlahu ALlah...

Pernah merasakan yang sama? MashaALlah, Alhamdulillah. Bukan mudah mahu menetap mahu hati bukan? Sedang hati itu fitrahnya berbolak-balik.

Selalu juga merasakan; aku harus berada di situ agar semuanya dapat ku atur dan ku kawal. Aku perlu pastikan semuanya berakhir dengan kejayaan. Tapi nanti dulu. Apakah makna berjaya? Apa maknanya terkawal? Siapa kita untuk mengawal?

Berjayakah bila ada hati-hati bermaksiat?
Berjayakah bila ada dengki umpat keji?
Berjayakan bila mereka pentingkan kerja dari solat yang lima?
Berjayakah bila subuh dan isya' mereka dilewat-lewatkan?
Berjayakan bila ada cebisan riak dan 'ujub bersarang di hati?
Berjayakah bila amanah yang lainnya, juga amanah sebagai anak, adik, kakak, abang, sahabat, pelajar terabai?

Berjayakah? Berjayakah kita bila mereka mendahulukan kita lebih dari mereka mendahulukan yang selayaknya???

ALlahu ALlah... Yang kita sangka kita bawakan kebaikan kepada masyarakat, tapi tanpa sedar, kita hanya alat-alatan syaitan untuk menjauhkan manusia dari Rabbnya. Na'udzubillahi wa nastaghfiruLlah.

Inilah kekuatan yang aku sedang cari-carikan. Kekuatan untuk menemukan sesuatu yang haq buat diri dan kita semua. Dan masih tak tertemukan.

Sedih yang teramat. Risau dan takut setiap saat. Takut ALlah murka. Sungguh aku takut. Ilmu di dada masih belum cukup membina keteguhan dan keyakinan seperti para sahabat. Masih diri ini lemah serba-serbi. Pohon bantu diri ini...

Kini aku pohonkan sedikit waktu. Maaf. Sudah aku janjikan sekejap saja. Dengan izinNya. Lihat sahabat, aku bukan Tuhan. Hanya Dia yang Tahu yang terbaik untuk kita semua.

Percayalah. Ini bukan alasan aku mengabaikan amanah. Sekali-kali tidak. Malahan aku takut bila tiba harinya amanah ini dipersoal, aku digolong mereka yang dzalim. Sungguh aku takut!

Ya, penat juga dengan jiwa yang tak ketemu kekuatan untuk meneruskan. Aku akui itu. Dan inilah yang terbaik. Hati telah ditetapkan. Maafkan aku. Doakan juga. Semoga pergi kali ini akan Dia pimpin untuk kembali dan bukan sebaliknya. Kali ini, Dia ilhamkan aku kekuatan untuk melepaskan. Semoga terus khauf wa raja'.

ALlahu'alam...

Al-faqirah ilALlah

Saturday, August 7, 2010

Sakit

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam aku dipesan Kak Teh;

Kenalilah diri, kerana...

Apabila manusia itu kenal diri, maka dia akan kenal Tuhan.

Apabila manusia kenal diri, dia tahu manusia itu sentiasa kikir dan terburu-buru.

Apabila manusia kenal Tuhan, dia tahu Kalam Tuhan itu ada buat pengubat kalbu.

Apabila manusia itu kenal diri, dia tahu dia selemah-lemah ciptaan.

Apabila manusia kenal Tuhan, Kalam Tuhan itu sumber kekuatan.

Apabila manusia rasa segalanya milik Tuhan, lantas kembali semula jiwa hamba kepada Tuhan.

"Fa iza 'azzamta fatawakkal 'ala ALLAH"
Sesungguhya setelah berazam (usaha), berserahlah (tawakkal) kepada ALLAH (dengan sebenar-benar tawakkal).

Apabila manusia mengenal Tuhan, dia tahu; buruk dan baik setiap sesuatu itu adalah yang terbaik, kurniaan Tuhan Maha Segala.

Sudah kenalkah manusia akan Tuhan? Kenalkah manusia akan diri?


~Punca Hati Sakit~

1. You believe in the existence of Allah swt, but, you do not fulfill His Commands.

2. You say you love the Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) but you do not follow his Sunnah.

3. You read the Holy Qur'an, but you do not put it into practice.

4. You enjoy all the benefits from Allah, but, you are not grateful to Him.

5. You acknowledge Shaitan as your enemy, but, you do not go against him.

6. You want to enter Paradise, but, you do not work for it.

7. You do not want to be thrown into Hellfire, but yet, you do not run from it.

8. You believe that every living thing will face death, and you are not prepared for it.

9. You gossip and find faults in others, but, you forget your own faults and bad habits.

10. You bury the dead, but, you do not take a lesson from it.

"It is not about knowing, it's about doing."

Benarkan tutur kata dengan perbuatan,
Ikhlaskan perbuatan dengan hati,
Bersihkan hati dengan Iman,
Pandu Iman dengan Taqwa,
Tingkat Taqwa dengan Sabar,
Teman Sabar dengan Syukur,
Menifestasi Syukur dengan tutur kata dan perbuatan.

“ Sungguh ajaib urusan orang yang beriman itu, sesunggunya segala urusan mereka adalah baik, dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
(HR Muslim)

ALlahu'alam.

[Kalau sakit kena jumpa doktor kan? Kalau nak sembuh kena akui penyakit yang kita ada, jujur tentang simtom penyakit tu, baru dapat ubat yang paling sesuai. Kemudian bila dapat nasihat atau saranan, kena la ikut. Baru la cepat sembuh... Kan?]


Friday, August 6, 2010

Mampukah?

Bismillahirrahmanirrahiim

It is related that a devout worshipper by the name of Humam came to Imam Ali(May Allah Ennoble his countenance) and asked him to describe the pious people so vividly that he could almost see them. Imam Ali (RA) responded:

Their speech is truthful; their clothing is moderate; and they walk with utmost humility.
They lower their gaze from everything Allah has forbidden.
They allow their ears to listen only to that which is beneficial.
Their souls accept exposure to trials and tribulations as easily as others accept luxurious living.

Were it not for their appointed term, their spirits would not have remained in their bodies the span of a twinkling of the eye due to their intense longing for their Lord. Because the Creator is magnified in their souls, everything else is viewed as insignificant in their sight.

Their hearts are sober; people are safe from any wickedness from them; their bodies are slim [they dont overindulge their appetites]; their basic needs are few; and their souls are chaste.

They patiently endure the few days they spend in this world knowing that they will be followed by a long, peaceful rest this is the profitable life-transaction which their Lord has allowed them to enter into.

The world desired them; however, they had no desire for it. It imprisoned them, but they ransomed their souls from it [with their restraint and righteous deeds].

At night, their feet are arranged in ranks as they dutifully recite the Quran in slow measured tones.
If they come upon a verse that stimulates [in them] longing [for the delightful things which Allah has promised] they ponder it, craving to attain them.
Their souls soar due to the intensity of their longing for those delights. If they come upon a verse that frightens them [with the threat of Allahs dreadful punishment] they hear it reverberating in the depths of their hearts.
They imagine that they hear the dreadful sounds of the Hellfire in the innermost recesses of their ears.
You find them kneeling down [before their Lord], begging to be liberated from the Hellfire.

As for their days, they are forbearing, clement scholars.
They are righteous and pious.
Fear [of Allah] surrounds them, piercing them like arrows.
One who gazes upon them thinks that they are sick. However, they are far from being sick.
They are not satisfied with a minimal amount of righteous deeds, nor do they consider excessive amount of worship to be great.
They see their faults, and they fear that their deeds wont be accepted.

If someone praises one of them, he says;
"I know myself better than others [know me], and my Lord is more knowledgeable of me than myself. O Allah, dont take me to task for what they say, and make me better than what they think of me, and forgive me for those sins which they are unaware of."

One of the signs [of such a person] is that you observe strength in his religion.
His gentleness is accompanied by sobriety.
His faith is coupled with certainty.

He longs for knowledge.
He acts with forbearance.
He lives moderately, even when blessed with wealth.
He is humble in his worship.
He endures poverty with dignified grace.
He patiently endures trying circumstances.

He seeks his sustenance from the lawful.
He hastens to right guidance.
He is agitated if he perceives greed in himself.
He works righteousness all the while trembling, [fearing that his deeds wont be accepted].

His greatest concern is gratitude.
He arises in the morn preoccupied with the Remembrance of God.
He goes to bed at night overwhelmed,apprehensive.
He rises in the morning overjoyed.
His apprehension arises from the awareness of his heedlessness.
His joy is caused by the bounties and mercy Allah has showered upon him.
If his soul presses him with something he despises, he does not concede [to it] and withholds from it what it desires.

The comfort of his eye is that which cannot be eradicated [the reward of his righteous deeds].
His abstinence is from temporal things.
He mixes clemency with knowledge, and speech with action.
He expects death at any moment.
His slips are few [because of his cautiousness and deliberateness in speech and actions].
His heart is content.
He is easy-going.
He is constantly on guard against assaults upon his religion.
His lusts are dead.
His anger is suppressed.

People anticipate goodness from him.
They are safe from any wickedness from him.
If he is in the company of the heedless, he is recorded as being mindful [of his Lord].

He overlooks those who oppress him.
He gives to those who deny him.
He joins relations with those who cut him off.
He is far removed from any indecency.

His speech is gentle.
You find nothing bad in him.
He is always a source of good.

During calamities, he is composed.
In dire straights, he is patient.
In times of ease, he is thankful.

He does not oppress those he dislikes, nor does he sin for the sake of those he loves.

He admits the truth before his witnessing is sought.
He preserves all he is entrusted with.
He does not hurl abusive names at people.
He never harms his neighbor, nor does he insult people when he is experiencing hardship.
If he is transgressed against, he perseveres until Allah takes revenge for him.

He relies on himself while he himself is a source of relief for others [they can rely on him].
He tires himself for the sake of his salvation, not burdening others in any way.
His distance from those who remove themselves from him is a form of abstinence, while his drawing near to people is from his gentleness and mercy.
Hence, his distance from people does not arise from arrogance and haughtiness, nor is his closeness to them motivated by cunning and treachery.

Hearing this, Humam dropped dead. Imam Ali (RA) said,
"This is what I feared would happen to him."

SubhanALlah...

Taken from Welcome to Islam

ALlahu'alam

Friday, July 30, 2010

Bila tidak kena...

Bismillahirrahmanirrahim.

It is late now but I'm still enthuse to share this here. It is nothing so big but it is something that is so close to us that tells about our whims and wants, about contentment, about losing, letting go and moving on, about frustration and what not.

This occurred not so long ago. It took me quite some time to actually grasp the very meaning of the message. It was from a friend, he said;

"Naheed, ni lah waktunya kita nak didik diri untuk SABAR dan SYUKUR. Di satu sisi kita sabar dengan ujian, ancaman, mehnah, dan di sisi yang satu lagi, kita syukur dengan apa yang kita ada--"

To be translated, it'll sound like;

"Naheed, this is the time where we are to teach our selves to be PATIENT and THANKFUL. From one side of a thing, we are being resilient towards the hardships, threads, troubles, and another side of it we are thankful for all that have been bestowed upon us--"

Metaphorically it'll be like flying with two wings; sabr and syukr. Lose one of them then you'll break down and suffer great damage (hurts, discontentment, fury, sadness, etc.).

I guess he's right for man are never satisfied with what he has. ALlah 'azzawajalla mentioned in the Holy Qur'an [Al Maarij: 19-21]:

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir"

"Verily, man (disbeliever) was created very impatient; Irritable (discontented) when evil touches him; And niggardly when good touches him;-"


I feel like sharing this too... A conversation I had with an anon through formspring:

Q: mana lebih sedih- melhat orang yang kita sayang tapi tak dapat bersama atau rindu kerana berjauhan dari dia?
A: Bismillah....
:)

Pernah melalui kedua-duanya. Dan telah belajar dari kedua-duanya. Di tahap ini, kedua-duanya bawa bahagia. Dulu mungkin sedih, tapi sekarang bahagia.

Bahagia kerana:

Pertama; apabila sesuatu berlaku bkn selari dgn kehendak kita, itu kehendak Tuhan. Lalu apa yg lebih indah dan lebih baik dari yang dikehendaki Tuhan? [menanggapi fitrah diri hamba]

Kedua; absence makes our hearts grow fonder! Tak gitu?

Belajarlah untuk redha dan sangka baik dengan pemberian Tuhan. Dia berfirman: "...sesungguhnya Aku adalah seperti apa yang hambaKu sangkakan terhadap diriKu."
ALlahu'alam.

Now... I would like you to think of something--what is the first thing that comes to your mind when you face one of the situations listed below:
  • you failed to do something,
  • things turn out badly after you have put so much effort on it,
  • lost something or lose someone,
  • being slandered,
  • being put down,
  • etc., etc.,
Hmmm...

Let's together practice the acts of 3S: SABR, SYUKR, SMILE... May ALlah al Mannan leads us to His pleasure and bounties. Amiin!


ALlahu'alam.

Thursday, July 8, 2010

Naungan 'Arasy Syurga

Bismillahirrahmanirrahim...

Di rumah, kini (walaupun cuti berbaki seminggu), sudah menjadi kebiasaan; masuk sahaja waktu Maghrib aku dan empat anak gadis belasan tahun Azhari Mohamed dan Norulhuda Ab Wahab akan berkejaran ke bilik air; berebut untuk mengangkat hadas, mengambil wudhu kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah. Indahnya ni'mat Islam-Mu Ya Mannan. Sungguh buat kami semakin hari semakin berkasih-sayang. Alhamdulillah, ALlahu ALlah...

Ketika menunggu giliran, Qayya adikku berumur 13 tahun duduk di hadapanku sambil memeluk kain telekung dan sejadah lekap di dada lalu dengan bersahaja mengajukan soalan cepu mas;

"Kak Naheed... Kak Naheed ada sifat pemaaf tak?"

"Ada." Pantas aku menjawab. Sungguh, aku ini orangnya mudah terasa hati tapi aku juga cepat sejuk bila kembali kepada rasional dan hikmah.

"Besar tak sifat pemaaf Kak Naheed?"

"Err... Tak sangat kot... Kenapa Qayya?"

Aku tertanya-tanya, setakat hari ini Qayya seingat aku tak pernah bergurau kasar, apa lagi menyakitkan hati. Mungkin dia mahu aku mengerti sesuatu yang baru yang dibacanya hari ini. Memang itulah Qayya. Suka berkongsi ilmu.

"Orang yang besar sifat pemaaf ni Kak Naheed mudah masuk syurga. Mudah dapat pertolongan. Nanti kat syurga dapat naungan 'Arasy."

Dalam hati aku berzikir panjang. MashaALlah... Aku juga mahu mudah masuk syurga. Mahu jadi WANITA SYURGA! Juga mahukan naungan 'Arasy ALlahu 'Adhim yang aku percaya hanya sebilangan kecil yang terpilih sahaja yang dinaungi di yaumul akhirah nanti. Dan bilangan kecil itu antaranya yang BESAR SIFAT PEMAAF kata Qayya.

Qayya, awak selalu buat Kakak dan adik-adik muhasabah akhlaq dan hati kami masing-masing. MashaALlah, SubhanALlah, Alhamdulillah, ALlahuakbar!

Semoga juga menjadi i'tibar buat yang membaca. Ayuh MUHASABAH! Ayuh mudahkan hati untuk memohon maaf dan memaafkan. Moga-moga ALlah sentiasa redha dengan kita. InshaALlah...

"I can forgive, but I cannot forget, is only another way of saying, I will not forgive. Forgiveness ought to be like a cancelled note - torn in two, and burned up, so that it never can be shown against one. "~ Henry Ward Beecher

ALlahu'alam.

[Kalau ALlah tidak bersifat Al Ghaffar, apakah kita dapat merasa ni'mat syurga? Kalau kemaafan ALlah itu sentiasa luas terbuka, kenapa kita hamba hina tidak mahu memaafkan sesama saudara? Hmmm... Mahu jadi WANITA SYURGA!]

Bersih Hati

Bismillahirrahmanirrahim...

"Dan berilah peringatan. Sesenungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi golongan yang percaya (Mu'min)."

Ya. Saat ini aku sangat memerlukan peringatan. Kadang aku terlalu mengharapkan manusia lain untuk mengingatkan aku tika aku tersilap atau terlanjur. Selalu aku meletakkan tanggungjawab mengingatkan diri sendiri itu pada orang lain.


Angah mengetuk kotak hati dan mindaku hari itu. Katanya;

"DIA kan ada. Tak perlu siapa-siapa ... Mereka (mak, ayah, sahabat, adik-beradik, suami, isteri) merupakan salah satu platform (untuk berkongsi) tapi bukan yang utama."

Aku tarik nafas dalam-dalam. Berfikir. Benar. Tempat letak sandaran yang utama adalah Dia. Pagi ini aku disedarkan lagi bila Dia buka mata hati aku untuk menanggapi makna ayatNya ini dalam-dalam:

"Sesungguhnya Allah Maha Pendengar dan Maha Pengatur segala-galanya. DIA akan merencanakan segala-galanya sesuai dengan kisah dan keadaan kita. Bukankah Allah sebaik-baik Perancang?"

Lantas buat diri ini merasakan "ALlah, kau Maha Mendengar dan Maha Mengqabulkan permintaan diri ini. Sungguh luas Rahmah Engkau pada hamba-Mu yang hina ini, lalu masakan aku masih mengharapkan selain-Mu, Ya 'Aziz, Ya Mannan." AstaghfiruLlahal 'Adhiim wa atubu ilaik...

Moga ALlah terima taubat ini. Moga aku tidak terus-terusan lupa dan leka... Mahu terus thabat! Mahu terus dalam Rahmah Hidayah-Nya. Mahu sentiasa rasa dekat dengan Dia. Hasbi Rabbi JallALlah...



"Sesungguhnya solatku, ibadat (kehidupan) ku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk-Mu, Tuhan sekalian 'alam"

ALlahua'alam.

[Proses bersih hati sedang dijalankan. Harap maklum.]

Wednesday, July 7, 2010

Senjata

Bismillahirrahmanirrahim...


[klik untuk saiz besar]


"Doa itu senjata bagi mereka yang yakin dan percaya (Mu'min)"


ALlahu'alam.


[Jom sangka baik dengan Al Mannan! :)]

Monday, July 5, 2010

Singkapan Makhfi

Bismillahirrahmanirrahim...

Mendongak langit
Awan putih seakan ringan ditiup angin
Berlatarkan langit biru

Seperti mentari hari itu
Tidak terlihatkan
Namun bias cahaya ada menghidupkan dunia
Tak bisa warna-warni alam seceria itu tanpa ia

Melangkah dengan derap tapak yang layu
Mencari-cari Cahaya;
Cahaya di atas Cahaya

Pada pandangan mata; ada
Di situ cuma


Hiba--


ALlahua'lam


[Makhfi ALlah itu lebih membahagiakan bila diyakini ruhnya...]

Thursday, June 24, 2010

DARI KACA MATA ISLAM...

Bismillahirrahmanirrahim.

Merisik

Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya. Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardu ain si lelaki ´benar-benar beres´ kerana suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumah tangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja sebagai syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga.

Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi ´Queen Control´ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut hukum Islam.


Meminang

Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan sama ada mahu menerimanya ataupun tidak, cuma secara beradabnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu. Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

Bagaimanapun, jika si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya daripada pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti menjaga adab. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua.

Contohnya, orang pada zaman ´salafusaleh´, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu nampak ´tidak cantik´, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sebentuk cincin saja.


Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan cara demikian. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.


Mas Kahwin

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.

Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Bersabda baginda lagi yang bermaksud:

“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda.

Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham).

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya:

“Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan. Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.


Pertunangan

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang ´aman´ daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat. Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang melihat tunang secara bersendiri. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita menerusi sabda baginda yang bermaksud:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

“Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya."

Usahlah kita mengambil enteng panduan yang digariskan Islam dalam melunaskan sebuah sunnah yang bertujuan semata mencari Redha Allah. Keberkatan perkahwinan merupakan kunci utama kebahagiaan rumahtangga.


ALlahu'alam.


Sumber: YADIM