oleh Syed Abu Hassan Ali Nadawi
dalam kitab Al Mukminah As Solehah (Disunting oleh Mustafa Ramadhan)
Saudara-saudara Muslimin dan Muslimat sekalian.
Saya memanjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas jemputan saudara-saudara di majlis yang berbahagia ini dan memberikan pula peluang kepada saya untuk berucap mengenai persoalan yang paling asas, yang ada hubungan dengan kewujudan Individu dan Masyarakat. Mula-mula sekali ingin saya bacakan sepotong ayat Al-Quran, dan
kemudian saya akan cuba menerangkan pandangan Islam tentang perhubungan sosial dan menggambarkan betapa ianya amat realistik di dalam kehidupan bermasyarakat Ayat itu berbunyi:-
Wahai Manusia' Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu
dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan namanya' kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
(Surah An-Nissa': 1)
Ayat ini menerangkan dengan jelasnya pandangan Islam tentang kedudukan wanita, hak-hak serta kewajipan lelaki dan wanita. Pertamanya, Allah menjelaskan bahawa lelaki dan wanita dijadikan dengan cara yang sama dan matlamat kewujudan mereka amat berkait rapat, seolah-olah mereka berasal dari tubuh yang satu. Kelainan dalam binaan tubuh-badan merekadari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan namanya' kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
(Surah An-Nissa': 1)
menyebabkan mereka menjalani kehidupan ini dengan selesa.
Kedua-dua lelaki dan wanita dicipta dari satu jiwa dan jiwa itu dibahagikan kepada dua bahagian, namun demikian tidak wujud percangahan atau permusuhan sesama mereka. Dalam menjalani hidup ini, kaum lelaki diberikan seorang teman hidup dari jenisnya sendiri yang mana ia adalah sebahagian daripada tubuhnya. Selepas itu umat manusia berkembang biak dari mereka berdua. Allah S.W.T merestui penyatuan, kasih sayang dan kehidupan rumahtangga mereka dengan menambahkan bilangan mereka, dengan ini mereka yang pada asalnya cuma dua orang kini telah berlipat ganda menjadi berjuta-juta orang sehingga tiada siapa yang dapat memberitahu berapa ramai jumlah manusia yang dilahirkan di dunia ini. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Allah membayangkan ramainya bilangan mereka dengan menggunakan perkataan "Berkembang Biak".
Kemudian Allah menyatakan: Takutilah Allah yang atas namanya kamu
meminta kepada orang lain.
Satu saranan yang bersifat revolusioner pertama kali disebut oleh Al-Quran iaitu dalam hal ehwal pengendalian ekonomi manusia, tiada seorang pun boleh berdiri sendiri, semua orang bergantung kepada orang lain. Setiap orang pada masa yang sama ialah seorang pemberi dan seorang peminta. Pembahagian ini bukanlah pada satu pihak terdiri dari peminta-peminta dan pada satu pihak lagi adalah pemberi-pemberi. Si peminta juga adalah pemberi dan begitu juga sebaliknya. Setiap orang diikat oleh rangkaian hak-hak dan kewajipan, Dalam susunan (network) hidup bertamaddun setiap orang saling memerlukan antara satu sama lain.
Menurut kebiasaan orang Arab, apabila mereka menanyakan sesuatu atau memintanya kepada orang lain mereka mengucapkan nama Allah. Seperti: "As aluka billah" ertinya: Saya bertanya atau meminta kepadamu dengan nama Allah. Tanpa wanita, tiada lelaki yang dapat memenuhi perjalanan tabi'enya dengan cara yang selesa dan mudah, dan begitu juga, tiada wanita soleh yang dapat menjalankan kehidupan yang bahagia dan tenteram tanpa ada seorang teman hidup.
Allah Pencipta alam menjadikan mereka saling memerlukan, yang mana tanpa ada seorang maka kehidupan seorang lagi menjadi tidak sempurna. Sekali lagi, ditegaskan bahawa dengan Nama Allah maka kita meminta hak kita sesama sendiri. Ummah Islamiah (Masyarakat Islam) ditegakkan atas kepercayaan kepada Allah yang Esa, Kekuasaan, Kebesaran dan ketauhidanNya. Perhubungan antara seorang Muslim dan Muslimah menjadi sah apabila disebutkan nama Allah di antara mereka. Dengan nama Allahlah maka orang asing, saudara mara yang jauh dan dekat menjadi bersaudara.
Ikatan antara lelaki dan wanita adalah ikatan Iman dan kasih sayang; ikatan yang mendalam, rapat dan semula jadi. Ini, merupakan satu ikatan yang unik. Semua ini ialah keajaiban yang lahir dari menyebut nama Allah. Satu dunia baru dilahirkan apabila disertakan dengan Nama Allah. Muslim dan Muslimah tidak boleh bercampur secara bebas antara satu sama lain dan ada
kalanya mereka tidak boleh berjalan sama. 'Mereka bukan muhrim’ (Mereka tidak boleh masuk ke bilik Muslimah dan sebaliknya). Tetapi satu ikatan yang suci dibuat sebaik sahaja Nama Allah di sebut di antara mereka.
Al-Quran dengan gayanya yang tidak dapat ditiru telah menerangkan kenyataan asas masyarakat manusia, saling bergantungan di kalangan anggotanya, saling kait dan memerlukan, dalam beberapa ayat yang mudah
Dengan mempergunakan Namanya kamu saling meminta antara satu sama lain.
Ayat ini seterusnya mendesak supaya kita bertaqwa kepada Allah yang dengan menggunakan Namanya kita menghalalkan apa yang dihalalkannya dan mencetuskan revolusi dalam kehidupan kita. Al-Quran telah menggunakan satu ungkapan yang tiada tolok bandingnya untuk menjelaskan perhubungan yang rapat antara suami dan isteri. Ayat itu menyebut:
Mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.
(S. Al-Baqarah 2:187)
Hanya Al-Quran sahaja yang mampu menggunakan perkataan pakaian dalam konteks ini. Pakaian digunakan untuk menutup kebogelan dan perhiasan hidup. Ia menyimpulkan kepada kita segala-galanya yang merangkumi pengertian perhubungan cinta, kepercayaan dan sikap amanah antara suami dan isteri. Jika tanpa pakaian manusia kelihatan seperti haiwan dan tidak berupa manusia yang bertamadun, maka begitu juga tanpa perkahwinan, manusia adalah tidak bertamadun.(S. Al-Baqarah 2:187)
Di dalam Islam perkahwinan tidak dianggap sebagai satu keperluan tetapi tergolong sebagai suatu Ibadah yang menghampirkan manusia kepada khalidnya atau dengan kata lain, konsep perkahwinan di dalam Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan biologi atau kehidupan sosial yang tanpanya kenikmatan hidup menjadi tidak sempurna, tetapi ia mempunyai kepentingan Aqidah dan mempunyai kedudukan sebagai satu Ibadah.
Rasulullah S.A.W menunjukkan contoh yang terbaik dalam kehidupannya. Sabda Baginda:
"Orang yang terbaik di antara kamu ialah orang yang berbuat baik kepada keluarganya, dan akulah yang paling baik terhadap keluargaku."
Jika saudara mempelajari sirah Rasulullah S.A.W saudara akan ta'ajub terhadap kehormatan yang Islam berikan kepada kaum wanita. Usaha Rasulullah S.A.W untuk menggembirakan isteri-isteri Baginda, penglibatannya dalam aktivitiaktiviti rekreasi mereka dan keadilannya terhadap mereka amatlah mulia.Rasulullah amat baik hati dan sayang kepada kanak-kanak, sehingga Baginda akan memendekkan solah (Namaz) yang paling di sukainya, jika ia mendengar suara anak-anak menangis, inilah kemuncak kemurahan hati dan pengorbanan. Tiada suatu pun yang lebih berharga bagi Rasulullah selain dari Solah. Meskipun demikian Rasulullah menyatakan,"Kadang kala saya gemar memanjangkan solah tetapi apabila saya mendengar suara kanak-kanak
menangis, saya memendekkannya dengan berfikir yang ini akan menyusahkan
hati para ibu (yang turut sama dalam solah jema'ah)".
Contoh-contoh ini ada di hadapan kita. Allah meminta kita menjaga nama baik kita. Kita tidaklah boleh mempunyai kepentingan yang lain. Perintah ini ditujukan kepada lelaki dan wanita. Saudara-saudara kini hidup dalam masyarakat Amerika. Kita bukan sahaja mesti memperkenalkan ajaran-ajaran Islam kepada masyarakat Amerika, tetapi juga kita mesti menunjukkan model (contoh) sistem kekeluargaan Islam kepada mereka. Tamaddun Barat sekarang ini sedang menuju ke arah kejatuhan. Tidak ada kesangsian lagi.
Salah satu dari sebab-sebab utama ialah perpecahan keluarga. Perasaan kasih sayang dan sifat percaya mempercayai yang menjadi tunggak kehidupan keluarga sekarang ini diambil alih oleh sifat kepentingan diri dan syahwat.
Ahli-ahli falsafah moden berasa bimbang dan kajian-kajian untuk menjaga keutuhan keluarga telah dilakukan. Seharusnya wujud perasaan simpati dan kasih sayang dari kedua-dua belah pihak, kerana inilah sahaja yang dapat memberikan kebahagian yang sebenarnya. Walaupun
berlaku kemiskinan dan kelaparan tetapi dapat diatasi oleh ketenteraman kerana di sana terdapat kesediaan dan perasaan kasih sayang dan mengongsi perasaan antara satu sama lain. Sampai ke hari ini pun terdapat banyak keluarga di Timur yang tidak cukup makan tetapi mereka hidup bahagia kerana ada perasaan kasih sayang. Di Barat, terdapat segala kekayaan,
penemuan saintifik, dan pencapaian keilmuan - tetapi hati-hati itu tidak merasai ketenangan dan kepuasan. Mereka tidak mampu menjadikan Rumah tangga mereka sebagai syurga. Seperti kata Iqbal:
la mencari orbit bintang, tetapi tidak dapat menyelami dunia pemikirannya.
Manusia moden dilengkapi dengan kekuatan tetapi berpandangan cetek. Orang yang menjumpai kuasa matahari (solar radiation) tidak dapat menerangi jalannya sendiri, dan orang yang mencari orbit bintang-bintang — dan jika Iqbal ditakdirkan masih hidup pada hari ini ia mungkin akan berkata, orang yang menuju ke bulan tidak dapat mengembara dunia fikirannya sendiri
dan menjadikan rumahtangganya tempat yang bahagia. Orang yang menukar dunia menjadi syurga berakhir dengan menjadikan rumahtangga sebuah neraka. Banyak dari keluarga-keluarga Barat yang tidak dirahmati dengan kedamaian dan kebahagiaan. Itulah sebabnya mengapa mereka mencarinya di kelab-kelab dan lain-lain aktiviti luar.
Saudara-saudara lebih menyedari aspek yang menyayat hati ini dalam kehidupan masyarakat Amerika kerana saudara telah tinggal di sini selama sepuluh atau dua puluh tahun. Tidak perlulah bagi saya memanjangkan perkara ini. Ayat suci Al-Quran yang saya bacakan menerangkan kebenaran asas sistem hidup Islam di mana masyarakat manusia ditegakkan atas dasar saling bergantungan dan hormat-menghormati hak antara satu sama lain. Setiap orang ada kemahuannya. Tetapi untuk menyedarinya sebagai satu hakikat kewujudan manusia dan untuk berterima kasih kepada orang yang menunjukkan hakikat itu ialah merupakan sikap yang ada pada seseorang Islam. Islam sentiasa berusaha mengembangkan dan mengukuhkan pandangan seumpama ini. Islam menghendaki setiap orang menganggap dirinya bergantung kepada orang lain dan menghormati semua ahli-ahli dalam masyarakat. Dengan ini tidak timbul masalah penyesuaian.
Semoga Allah melimpahkan taufiq dan hidayahNya kepada saudara-saudara pada jalanNya yang lurus dan saudara-saudara diberi kemampuan untuk melahirkan corak kehidupan masyarakat Islam yang akan menarik masyarakat Barat yang sedang tenat dengan hidup ini dan menggalakkan mereka supaya merenung dan meneliti dengan berhati-hati peraturanperaturan
hidup bermasyarakat di dalam Islam.
[Sambungan dalam entri seterusnya]
No comments:
Post a Comment