Bismillahirrahmanirrahim...
"Dan berilah peringatan. Sesenungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi golongan yang percaya (Mu'min)."
Ya. Saat ini aku sangat memerlukan peringatan. Kadang aku terlalu mengharapkan manusia lain untuk mengingatkan aku tika aku tersilap atau terlanjur. Selalu aku meletakkan tanggungjawab mengingatkan diri sendiri itu pada orang lain.
Angah mengetuk kotak hati dan mindaku hari itu. Katanya;
"DIA kan ada. Tak perlu siapa-siapa ... Mereka (mak, ayah, sahabat, adik-beradik, suami, isteri) merupakan salah satu platform (untuk berkongsi) tapi bukan yang utama."
Aku tarik nafas dalam-dalam. Berfikir. Benar. Tempat letak sandaran yang utama adalah Dia. Pagi ini aku disedarkan lagi bila Dia buka mata hati aku untuk menanggapi makna ayatNya ini dalam-dalam:
"Sesungguhnya Allah Maha Pendengar dan Maha Pengatur segala-galanya. DIA akan merencanakan segala-galanya sesuai dengan kisah dan keadaan kita. Bukankah Allah sebaik-baik Perancang?"
Lantas buat diri ini merasakan "ALlah, kau Maha Mendengar dan Maha Mengqabulkan permintaan diri ini. Sungguh luas Rahmah Engkau pada hamba-Mu yang hina ini, lalu masakan aku masih mengharapkan selain-Mu, Ya 'Aziz, Ya Mannan." AstaghfiruLlahal 'Adhiim wa atubu ilaik...
Moga ALlah terima taubat ini. Moga aku tidak terus-terusan lupa dan leka... Mahu terus thabat! Mahu terus dalam Rahmah Hidayah-Nya. Mahu sentiasa rasa dekat dengan Dia. Hasbi Rabbi JallALlah...
"Sesungguhnya solatku, ibadat (kehidupan) ku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk-Mu, Tuhan sekalian 'alam"
ALlahua'alam.
[Proses bersih hati sedang dijalankan. Harap maklum.]
2 comments:
Angah, apa yang =)?
Semoga Angah cepat 'sembuh' lepas dapat 'cuti sakit'~ ;)
Senyuman itu sedekah =)
Ameen.
Post a Comment