Pasti ini bukan yang terakhir kali
saat menjejak ke bumi yang pertama terlihatkan; cahaya.
Jalanan sempit jelma luas
bahkan terlorong mencerah pintas-pintas.
Dan masih;
tidak kesampaian.
Menjerit melolong mahu disambut lalu sedikit sahaja kata kasih yang ada cuma cungap-cungap kikir yang tak akan pernah puas!
Berlari dan mencari ke atas gunung, ke hujung lembah, ke tengah lautan, ke dalam hutan.
Dan masih;
tidak tertemukan.
Sudah lelah barangkali,
Putus harap barangkali.
Perlahan dia pencil...
Suatu sudut di hujung dunia,
Hanya dengan Dia.
Tiada siapa-siapa.
Dengan Dia dan hanya Dia.
Nampak? Tidak.
Dan Suara Kalam Agung bergema memecah semesta: "Sesungguhnya Aku adalah dekat."--
ALlahu'alam.
[Jatuh cinta dengan Karya Sufi Maulana Jalaluddin al Rumi! ALlahu ALlah...]
No comments:
Post a Comment