Kemudian ingin saya hendak beritahu saudara bahawa peringkat-peringkat cahaya ini bukanlah naik ke atas tanpa had. Had atau peringkat muktamatnya ialah cahaya yang bercahaya dengan sendirinya. Cahaya tidak didatangkan dari punca yang lain ; bahkan cahaya itulah yang mengeluarkan cahaya kepada yang lain, menurut susunan dan peringkat masing-masing.Tanya diri saudara sendiri. Manakah yang lebih patut dipanggil cahaya; yang bercahaya sendirinya dan menyinari yang lain, atau pun yang cahayanya datang dari sumber lain dari dirinya?. Tentu saudara telah tahu jawapannya, bukan? Dengan itu, dapatlah kita kesimpulan bahawa panggilan cahaya itu sebenarnya patut diberi kepada cahaya tertinggi itu. Di atas itu tidak ada cahaya lagi, bahkan cahaya yang lain itu datang daripadanya.
Berani saya katakan bahawa istilah "cahaya" ini sepatutnya diberi kepada cahaya yang tertinggi itu dan yang lain dari itu sebenarnya tidak bercahaya. Cahaya yang ada pada yang lain itu adalah pinjaman semata-mata. Mereka sendiri tidak mempunyai cahaya, hanya berharapkan cahaya pinjaman. Jadi, mereka sebenarnya tidak ada cahaya. Memanggil "orang yang meminjam" dengan nama "orang yang memberi pinjam" adalah semata-mata panggilan tanpa isi sebenarnya. Cubalah fikirkan, siapakah sebenarnya yang mempunyai barang (di sini katakanlah, kuda), orang yang memberi pinjam kuda tunggangan atau orang yang meminjam kuda tunggangan itu? Yang mempunyai kuda tunggangan itukah yang berharta (di sini berkuda) atau orang yang meminjam itu yang berharta? Orang yang meminjam itu tetap tidak mempunyai kuda kerana kuda bukan dia yang punya. Yang mempunyai kuda itulah tuannya.
Oleh yang demikian, cahaya hakiki ialah Dia yang menjadikan makhluk dan mentadbir mereka itu. Dia yang memberi cahaya dan menahan cahaya. Tidak ada sekutu baginya. Cahaya itu Dia punya. Yang lain tidak berhak campur tangan dalam urusanNya. Kecuali ada juga Dia menggelar yang dijadikan itu "cahaya" semata-mata kerana ia menghendaki supaya dipanggil demikian. Ibarat tuan yang hendak memberi hanya satu hadiah, dan diberinya hamba itu nama "tuan". Apabila hamba itu menyedari hakikat ini, dia pun tahulah bahawa dirinya itu dan kepunyaannya itu adalah hak tuannya, bukan hak dirinya. Allah itulah tuan yang mempunyai sekelian Alam, dan tidak ada apa dan siapa pun yang bersyarikat dengan Dia.
Sekarang tahulah saudara bahawa cahaya itu ialah yang kelihatan dan ternampak.
Saudara juga telah tahu peringkat-peringkat cahaya itu. Selanjutnya saudara tahu juga bahawa tidak ada gelap yang lebih gelap dari "bukan wujud" kerena sesuatu benda yang gelap itu dipanggil "gelap" kerena ia tidak kelihatan. Ia tidak terlihat meskipun ia ada wujud. Tetapi yang tidak ada wujud pada pandangan orang lain dan pandangan dirinya adalah yang paling gelap.
Sebaliknya atau lawannya ialah wujud, dan wujud ialah cahaya, kerena kecuali benda itu terzhohir pada yang lain, wujud itu terbahagi kepada dua jenis. Satu, ialah yang mempunyai wujud pada dirinya; dan dua, ialah wujudnya itu didapati dari bukan dirinya. Wujud jenis yang kedua ini ialah wujud pinjaman, yang bererti tidak wujud sendirinya, bahkan pada hakikatnya, ia tidak wujud. Wujud itu itu tergantung kepada yang lain. Oleh itu, pada hakikatnya ia tidak wujud, seperti perumpamaan orang yang mempunyai kuda dengan orang yang yang meminjam kuda tadi.
Oleh itu Wujud Hakiki ialah Allah Subhanahuwa Taala dan juga cahaya hakiki ialah Allah Subhanahuwa Taala jua.
Saturday, June 19, 2010
Misykaatul Anwar... [Buat Adik]
Bismillahirrahmanirrahim.
Titipan ini khas buat Adik yang aku remuk redamkan hatinya. Maaf.
Kakak tahu kata maaf tak Adik perlu. Ya, bukan maaf.
Duhai Adik yang sudah Kakak anggap seperti adik sendiri, bukti; hanya kamu seorang yang Kakak panggil 'Adik' dalam ramai-ramai adik tidak sedarah-sedaging yang Kakak ada. Mahu tahu kenapa? [Kakak pun juga pelik kenapa kamu yang terpilih.]
Pertama; nama.
Naheed; dalam bahasa Parsi, maknanya BINTANG. Dan kamu kan BULAN?
Kedua; keturunan.
Kita punya ikatan darah di sini; pada keturunan Muhammad ibni Abdullah.
Ketiga; jiwa.
[tak perlu dihurai di tinta ini ya]
Nah, mahu kamu tahu sesuatu; walau secara 'jasad'nya kita ini jauh, tapi kamu itu di hati Kakak dekat. [Sangat dekat, tahu.]
Adik,
Kerana Bintang dan Bulan itu berkaitnya dengan CAHAYA, nah Kakak sisipkan "Misykaatul Anwar", Imam Ghazali buat pengisi hati...
Bab 7 - Sumber Semua Peringkat Cahaya: ALLAH
ALlahu'alam.
[Adik, kalau mahu lari, biar bersama, ya? Umpama bulan dan bintang juga.]
Labels
Mishkatku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment