Bismillahirrahmanirrahiim...
Berat tajuk ini untuk aku bincangkan tapi hari ini, saat ini, aku rasakan ia satu keperluan walaupun yang aku tahu terbatas tapi harap ini dapat singkapkan sedikit cahaya ketenangan pada dia.
ALlahu ALlah... ALlahumma Yassir!
Dia bicarakan pada aku tentang kesedihan hatinya yang diremuk renyuk oleh masalah dunia dan manusia.
Ketika itu, saat dia berbicara denganku, dibendungkan tangisan hati yang sarat dengan rasa sedih, gelisah, bersalah, kecewa dalam-dalam. Aku tak pasti apa respon yang harus aku berikan saat dia meluah berat jiwanya. Katanya; dia mahu memahami dunia, mahu difahami dan mahu juga difahamkan. Dia tidak mahu rasa bingung dan tidak pasti. Dia mahu bersama memberi tapi seolah dunia tidak mahu menerima. Dia rasa janggal dengan semuanya. Buntu aqalnya.
ALlahu ALlah...
Aku pernah di situ, pernah lalui semua itu. Tapi Yang Maha Segala itu sungguh Maha Segala. Dengan quwwah, iradah dan rahmah-Nya juga aku semakin kenal dan dekat dengan Dia. [Ya, aku sentiasa mahu dekat dengan Dia, jadi aku mencari cara dan masa untuk tahu dan bersama]
Aku dikenalkan pada AQIDAH YANG BENAR.
Aqidah itu pergantungan, apa yang kita pegang dan bertaut--sandaran.
Selalu manusia itu keluh kesah, gelisah. Sebab:
Harapkan manusia faham sedangkan faham manusia itu terbatas.
Harapkan manusia membantu sedangkan qudrat manusia itu kecil sekali.
Harapkan manusia menerima tetapi manusia itu kadangnya buta.
Harapkan kekuatan dari manusia sedangkan manusia itu sendiri lemah fitrahnya.
Harapkan manusia itu sentiasa benar tapi manusia itu boleh tersilap dan tersalah.
Lemah; itulah manusia.
ALlahu ALlah...
LA ILAHA ILLA ALLAH"Tiada ilah (sesuatu yang utama, dahulu, pertama) melainkan ALLAH"
Inilah AQIDAH YANG BENAR. Sandaran yang sepatutnya.
وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
Dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim dan amat bodoh. (QS. Al-Ahzab: 72)
إِنَّ الْإِنْسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ
Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar dan tidak berterima kasih kepada Tuhannya. (QS. Al-Aadiyaat: 6)
وَالْعَصْرِ * إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. (QS. Al-'Ashr: 1-2)
إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا * إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا * وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا
Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Jika ditimpa kesusahan, ia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan ia amat kikir. (QS. Al-Ma'arij: 19-21)
Manusia itu tidak sempurna, lemah sifatnya; janganlah terlalu bersandar padanya...
Dunia itu pula penuh tipu daya. Pohonlah agar dileraikan dari jiwa...
ALlahu'alam
No comments:
Post a Comment