Friday, March 19, 2010

Wanita Itu

Wanita itu,
Tersudut dia di hujung senja,
Sedu-sedan sendiri.
Mahu diamukkan rasa,
Hanya jika mampu dilepaskan semua.
Andai saja bisa ditinggalkan dunia.

Wanita itu,
Yang kau nikahi dia,
Yang zuriatmu dari rahimnya,
Yang hanya kasih tulus dia pinta.

Wanita itu,
Jiwanya hancur dikorban hirisan setia cinta,
Akalnya sesak diasak kusam kasih.

Wanita itu,
Murni hatinya;
Untuk bahagia semua biar tidak dia.

Wanita itu,
Cekal hatinya;
Biar tersiksa asal senang yang tercinta.

Wanita itu,
Tulus hatinya;
Sanggup bersengkang mata,
Berendam air mata,
Tidak terlihatkan sahaja.

Bukan dia bisa,
Dia cuba penuh daya,
Agar bahagia keluarga.

Jangan sampai hatinya mati untuk itu.
Jangan sampai asanya tiada buat itu.

Wanita itu...
Hargai dia, aku pinta.
Dia di situ bukan selamanya,
Hargai dia seikhlasnya,
Aku pinta,
Aku pinta--

[Dedicated to Amal Alya, ILUSM! Tak tahan lihat linangan itu. Tak mahu!]

No comments: