Tuesday, March 16, 2010

Jangan Pergi...

Bak halilintar datang berulang-ulang,
Aku meraung, meracau,
Tak mahu kamu pergi,
Tolong jangan pergi!
Tolong,
Jangan pergi!

Aku masih mahu kau genggam tangan aku
saat aku buntu sendiri,
Aku masih mahu lihat senyum manismu
tika tak tertahan luluh hati,
Aku masih mahu kamu di situ
bila aku tak ada dunia dunia untuk aku pegang.
Aku masih mahu kamu ada, tahu!

Jadi jangan pergi,
Tolong jangan pergi!
Tolong!

Aku meraung lagi dan lagi,
Biar hilang suara, biar buta mata,
Biar. Biarlah. Mahu kamu kembali!
Aku mahu kamu kembali, tolonglah...

Tuhan,
Aku cinta dia.
Sungguh.
Aku mahu hargai dia lagi dan lagi dan lagi,
Jangan pergi, tolong jangan pergi!

Aku mahu bisik pada dia setiap pagi:
"Aku sayang kamu"
Aku mahu makan sama dia setiap kali,
Aku mahu temani dia ke mana sahaja dia pergi.
Aku mahu tunaikan mahunya apa sahaja.
Ya, apa sahaja.
Aku mahu, aku mahu, aku mahu!

Kenapa pergi, jangan pergi,
Tolong jangan pergi!
Tolong,
Jangan pergi...

Kini bukan lagi hiba
Tapi mati!--
Hati aku mati saat ini,
Saat dia pergi.

Dia manusia paling cekal aku pernah kenal,
Dia manusia paling berhikmah antara semua,
Dia manusia paling sabar walaupun pada saat dia sendiri gusar.

Aku cinta dia Tuhan...
Jangan ambil dia pergi...
Jangan pergi...


[If only, if only we knew when the time will come so we may start appreciating the ones who have been sacrificing their life for the sake of our happiness better... If only...]


6 comments:

3p4h said...

Selagi mereka masih ada, hargailah mereka. Tunjukkan dan buktikan =)

3p4h likes this

Umm Noura said...

Tq Abg Epah...

Was moved to write this when someone said sth abt 'going'...

Tak tahu bagaimana aku nanti kalau dia benar pergi. Sungguh tak mahu dia pergi. Belum. Nanti.

alifzaimimra said...

saya pernah se-emo ini.. buktinya boleh lihat pada entri2 saya yang lepas. sakit..sangat sakit..

to me it's like a disease. harap kamu cepat sembuh. ketepikan emosi kerna ia boleh memakan diri. kembalikan semula rasional.

moga rasa ini menguatkan lagi Tabah kamu di masa akan datang. moga Allah beri kamu Tabah dan Sabar yang berpanjangan. aameen..

Anonymous said...

speechless,,,,,,,,,,,,,

Umm Noura said...

Kak Hawa...

Sometimes we engulfed ourselves so deep in the scary thoughts that we cud never imagine going through...

Tq for ur concern and naseehah.
ALlah bless you!

Jom t.a.b.a.h bersama~ ;)


To Anon,
Be strong ok as this will always happen to anyone...
ALlahama'ak! :)

alifzaimimra said...

jom!! ^_^