Thursday, November 19, 2009

Bingkisan Selepas Malam

Terhambat waktu,
Masih juga kaku di situ,
Tidak termangu tidak juga berteleku,
Tidak mengeja juga tidak membaca,
Kelabu.

Di pandang jauh sepi...

Selepas malam ini,
Renung jiwa ke dalam mata hati,
Mengapa serasa sesak ini?

Oh.

Diam bicara.

Hati bersuara sayup-sayup.
Dengar penuh teliti.

"Khabarkan pada diri,
selepas malam ini malam akan pergi
siang berganti
kemudian dia datang lagi
dan pergi
dan datang lagi
kemudian pergi...
Dia biarkan kamu bersahaja
Dia biarkan kamu melayang umpama enak diusap bayu
Lena!"

Aduh...

Malam ketawa sinis lihat kamu begitu,
Kerana Malam telah saksi seribu satu kisah manusia,
Sudah dia gerun lihat bumi derita,
Sudah dia tangis lihat anak sengsara, ibu merana,
Sudah dia gembira bila ada gema bisik munajat hamba,
Sudah dia sayu dengar rintih itu,
Sudah dia percaya pada Wira Cahaya yang bakal gegar dunia.

Tapi kamu masih di situ.
Masih lesu dan layu,
Masih kelabu.

Selepas malam berlalu,
Teruslah hidup dalam termangu-mangu!
Ah, kamu itu yang masih beradu.
Terus-terusanlah beradu,
Teruskan beradu--

3 comments:

Daffodil said...

like this
jzkk akak
=)

Umm Noura said...

Dik,
Syukran Katheer.
Ilham kurniaanNya jua.
Moga kita sama-sama hargai masa.
Yuk!
Al-'Asr.
:)

Anonymous said...

:)
menulis dalam kemengantukan~