Friday, August 21, 2009

Kisah Aku, Dia dan Mereka [Ramadhan Special]

Bismi ALLAH Ar-RAHMAN Ar-RAHIM...

Semoga RABBUL 'IZZAH sentiasa dibesarkan di setiap saat dan ketika, di setiap tempat dan suasana. ALHAMDULILLAH, dikurnia lagi kesempatan untuk bertemu dengan Bulan ALLAH, Bulan RAMADHAN.

Ketika menjelma Sya'ban, rindu di hati menunggu ketibaan Ramadhan semakin meluap-luap. Ingin benar masa berlalu pantas. Sentiasa diri mencuba melazimi saum dan tahajjud tika sahaja punya kesempatan dan kekuatan.

Sungguh, tatkala diri merasakan dekat denganNya, tika diri sentiasa rasa diKasihi dan di dalam pemantauanNya banyak ujian yang datang menjengah. Satu demi satu dihadapkan. Kesemuanya menguji sabar, yaqin dan taqwa. Terasa diri amat lemah, amat kecil, penuh kehambaan. Bait-bait lagu dendangan UNIC sentiasa terngiang:
"Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba"
Kini menjelma Ramadhan. Terasa rindu terubat. Pengharapan yang semakin menggunung aku hidangkan buat Al Samad yang sentiasa dirindui. Kerinduan yang bermacam-macam pula terbit...
Rindukan ketenangan
Rindukan keselamatan
Rindukan wajah-wajah al Bait yang jauh di mata tetapi dekat di hati
Rindukan pandangan Rahmat
Rindukan SYAHID FI SABILILLAH
Rindukan ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA

Sungguh! Hati ini benar-benar rindukan DIA. Tiap kali ujian menjengah terasa Dia dekat. Amat dekat! Mungkin yang pernah merasa memahami perasaan indah ini. Teringat kata-kata Ayah semasa menghantar ku pulang ke UIAM seminggu yang lalu. Kata Ayah,
"the most important is SABAR and TAQWA. Once you have attained them, then everything in this life will be in His Redha."

Oh ALLAH, terasa kecintaan ini semakin menebal. Mungkin aku bukanlah yang selayaknya menyatakan cinta. Diri ini belum tinggi sabarnya, belum tebal taqwanya. Tapi rasa ini ikhlas.

SABAR. Bukan sesuatu yang mudah. Menuturkan sabar mudah, mengejakan sabar mudah, tapi melakukannya memerlukan YAQIN. Percaya. Trust. Faith. IMAN.


Pagi ini cukup untuk menilai dimanakah tingkatan kesabaran diri. Ketika dalam perjalanan pulang, seperti biasa aku menunggu Rapid T231 di perhentian bas berdekatan Mahallah Hafsa. Sedikit berbeza kali ini, perjalanan pulangku ditemani dua sahabiah--Nas dan Kak Sham.

"Dekat setengah jam dah ni, mana T231 ni tak nampak-nampak batang hidungnya" monologku sendiri. Nas juga sudah kelihatan sedikit gelisah.

"Tak makan lagi ni, aduh..."
Keluh Nas berbaur kecewa.

"Lepas ni kot. Lepas metro biasa sampai la" kata Nas memujuk hati.

"Kalau tak sampai?" tanyaku sinis. Kak Sham yang duduk di bangku bersebelahan kelihatan tenang dengan 'mask' menutup separa muka.

Sesampainya kami di Hentian LRT Putra, terlihat kelibat dua orang polis. Salah seorang kelihatan berulang alik menyampaikan sesuatu pesanan kepada bakal penumpang. Seperti biasa penumpang-penumpang beratur panjang di hadapan kaunter tiket. Seorang polis mendekati kami,

"Hari ni LRT hanya akan bawa sampai ke Terminal Wangsa Maju dan akan patah balik. Sesiapa yang nak ke KL Sentral, bas akan disediakan ke Keramat"

Diulang-ulangnya ayat yang sama seperti guru mengajarkan ayat kepada murid sekolah.

"Eh, sampai Wangsa Maju je? Pastu cmana kita ni Nas?", "Aduh, maknanya kita beli tiket sampai ke Wangsa Maju je la ye? Pastu naik bas? Kat Keramat nanti kita naik train balik?" bertubi-tubi soalan aku ajukan pada Nas yang jelas diwajahnya serabut memikirkan keadaan kami ketika itu.

Aku faham benar dengan sikap Nasriah Mohamed Ropi. Tahap sabarnya mudah teruji. Tambahan kali ini merupakan kali pertama dia perlu menaiki kenderaan awam pulang ke Sungai Buloh setelah sekian lama dia berkereta pulang ke rumah. Keretanya dipinjam Abang Ijat.

"Haish. Dah la lapar ni, tak sarapan lagi..." Keluh Nas sendiri.

Tiba giliran Kak Sham mengaju soalan, "Macamana ni Naheed? Akak tak tahu ni..."

"Takpe kak, kita ikut je Nas"

"Nasib baik ada Naheed, takde la akak sorang-sorang"

Aku tersenyum, "nasib baik ada Nas. Hehe"

Tren Rapid 201 tiba di platform Putra. Sesak. Penuh. Tin Sardin. Itulah gambaran kami berada di dalam tren tersebut. Seketika berada di dalamnya, aku mula resah, "bila tren ni nak gerak ni? nak tunggu apa lagi?" "nak tunggu raya agaknya", Nas memintas, cuba bergurau.

Kasihanaku melihat wanita Cina yang sekali-sekala melihat jam di tangannya. Sudah hampir 11 pagi. Aku dengan ramahnya bertanya,

"are you off to work?"

"yes, I'm going to work" jawabnya ringkas.

"akak keje kat mana?"soalku lagi.

"di Wangsa Maju saja" jawabnya bernada Melayu-Cina. Aku menganngguk tanda memahami.

Dalam hati, "kesiannya, bila la tren ni nak gerak." Hampir 10 minit kami terperangkap dalam tren sebelum ianya bergerak menuju Wangsa Maju.

Setibanya kami di terminal Wangsa Maju, kelihatan berbondong-bondong penumpang yang berpusu-pusu mengejar bas shuttle yang dijanjikan untuk ke Keramat.

Kali ini bas lebih padat daripada sewaktu kami menaiki tren. "Ini baru betul tin sardin" kata hati kecilku.

Aku menjeling sambil tersenyum sinis pada kedua-dua 'teman permusafiran'ku, Kak Sham dan Nas. Kedua-dua juga tersenyum sinis membalas.

Kami mengambil keputusan untuk menunggu bas yang seterusnya. Biarlah sedikit lewat asalkan kami selamat sampai ke destinasi. Penumpang yang berhimpit-himpit jelas kelihatan rimas. Ada yang berdiri di sipi pintu masuk. Tika pintu bas ditutup, lelaki tersebut tersepit. Agak kuat bunyi paksaan pintu bas tertutup.

"Bahayanya Ya Allah..." ucapku dalam hati. "Semoga mereka selamat" doaku.

Seorang pegawai Rapid lengkap berjaket biru sambil memgang 'walkie talkie' yang bising dengan suara manusia berbalas informasi terkini datang mendekati kami.

"Ada disediakan dua bas. Bas yang pertama tayarnya pancit. Sekarang kita hanya ada satu bas sahaja. Harap dapat bersabar ye." katanya dengan senyuman ikhlas penuh harap.

"Setengah jam lagi la ye" kata Nas semakin gelisah. Begitu juga aku, tapi aku kurang menzahirkan. Dalam hati santiasa basah kalimah "MasyaAllah, inilah ketentuanNya, inilah kemahuanNya".

Allahuakbar, Allahurrahman, Allahurrahim. Denga kasih dan kuasanya, tidak sampai beberapa minit, satu bas lagi dijadikan bas shuttle. Kami diminta menaiki bas yang berada di sisi jalan.

ALHAMDULILLAH. Kalimah keramat yang keluar dari mulut kami bertiga. Leganya, bertuahnya. Dalam bas ini, kami bertiga semuanya mendapat tempat duduk. Lebih selesa, lebih selamat. Alhamdulillah. Semuanya milik Mu Ya ALLAH!


Kami akhirnya tiba di KL Sentra dengan selamat. Banyak lagi situasi yang menguji kesabaran sepanjang perjalanan. Cukuplah sekadar ini untuk menggambarkan sedikit sebanyak keperitan yang amat kecil jika hendak dibandingkan dengan apa yang dilalui oleh para syuhada'.

Rasulullah bersabda; “ …dan sesiapa yang bersabar,maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas(manfaatnya) daripada kesabaran.”
Riwayat Bukhari dan Muslim


Sabda Rasulullah s.a.w.

واعلم أن النصر مع الصبر

Maksudnya; Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan dan kejayaan itu bersama orang yang sabar.


Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berkata;

إذا ابتليت عبدي بحبيبتيه ثم صبر عوضته منهما الجنة

Maksudnya; Apabila Aku menguji hambaku dengan kehilangan dua orang yang disayangi lalu ia bersabar nescaya aku gantikan keduanya dengan syurga.


Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

1. Bersabar dalam mengerjakan segala perintah Allah.

2. Bersabar dalam meninggalkan segala larangan Allah

3. Bersabar dalam menghadapi ujian kesusahan dan kepayahan.



Mari kita bersama renung ayat Allah ini yang amat sinonim dengan akhlaq kita:

إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا (19) إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا (20) وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا (21)

Maksudnya; Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir.

Firman Allah swt;

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Maksudnya; Dan kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(al-Baqarah:155).


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.: Dan Allah sayang kepada orang-orang yang sabar.( Ali Imran :200)


إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maksudnya; Sesungguhnya Hanya orang-orang yang Bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.(al-Zumar:10)


Semoga Ramadhan kali ini mendidik jiwa-jiwa yang lemah ini untuk lebih yakin dengan ALLAH, tingkatkan SABAR, capai keTAQWAan yang teguh tak terkesan dek badai nafsu, jin dan syaitan.

Marilah kita sama kenal-kenali diri dan Diri. Semoga Allah bersama-sama kita sentiasa.

Aku sering pesankan ini: selalulah tanya hati, "APA YANG AKU TUJU"
Jawabku, "Yang ku tuju ALLAH, MARDHIAHNYA, MAGHFIRAHNYA!"

Semoga pengharapanku ini sampai lepas kepadaNYA.

ALLAHU TA'ALA 'A'LAM...

Salam setenang hembusan Ramadhan. Jom sama-sama cari diri dan DIRI. ALLAHUAKBAR!

Tuesday, August 18, 2009

Sebuah Pengharapan...

Bismillahirrahmanirrahim...

SubhALLAH, AlhamdulILLAH, LailahaillALLAH, ALLAHuakbar...

Zikir tasbih, tahmid, tahlil dan takbir yang tak putus-putus masih belum dapat menggambarkan rasa syukur yang setiap saat semakin menggunung bila cuba menghitung rahmat yang dikurniakan oleh-Nya kepada si kerdil yang sentiasa alpa dan leka...

Nikmat terbesar; nikmat IMAN dan ISLAM yang dikurniakan secara percuma tanpa mengharapkan selain ta'at dan patuh, sedang diri ini sentiasa dalam kealpaan dan cinta dunia, sentiasa mengejar yang fana--mengejar nama, mengejar pangkat, mengejar keredhaan dan kecintaan manusia semata. Sedang keredhaan Allah diletakkan ditingkat yang entah ke berapa... ASTAGHFIRULLAH AL-'ADHIM!


Duhai diri yang lupa diri!
Malulah pada Penciptamu, Al-Khaliq,
Menciptakan dirimu dengan segala kebaikan,
kelebihan dan memberimu segala kenikmatan.
Apakah telah kau cuba sedayanya
meluangkan waima sedikit masa lapangmu,
kudratmu,
pendengaran dan penglihatanmu,
hartamu,
hatta nyawamu sekalipun
untuk kau gadaikan demi mencari setitis redha Al Khaliq???

Duhai diri yang bodoh lagi sombong!
Malulah pada Tuhanmu, Al 'Alim,
Yang mengetahui setiap gerak hatimu,
setiap tutur bicaramu,
setiap lisan tulisanmu,
setiap gerak langkahmu,
hatta setiap kelipan matamu jua dalam pengetahuanNya!
Malulah jika engkau masih leka dengan nafsumu,
mengikut kehendak hatimu semahunya.
Mengabaikan amaran Tuhanmu,
pada gerunnya 'AZAB NERAKA!

Malulah diri yang hina...
Malulah pada Al 'Adhim yang mengurniakan ilmu seluasnya,
untuk kau gunakan mengemudi jiwa dan dunia.
Kau abaikan pemberianNya
Hatta yang bisu (KEMATIAN)
Jua yang berbicara (AL QUR'AN)

Wahai jiwa-jiwa yang kosong, milik diri-diri yang sombong,
Ar Rahman memanggilmu,
Ar Rahim menantimu,
Isilah kekosongan tika mana nafas masih di kerongkong,
Tika mana nadi masih berdenyut, jantung masih berdegup,
Tika mana kudrat masih di jasad.
Semoga kau menjadi jiwa-jiwa yang tenang, terisi...




~Sebuah Pengharapan~
يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفسُ ٱلمُطمَنَّةُ (٢٧) ٱرجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرضِيَّةً(٢٨) فَٱدخُلِى فِى عِبَـٰدِى (٢٩) وَٱدخُلِى جَنَّتِى (٣٠)
PENGHARGAAN ALLAH SWT TERHADAP MANUSIA YANG SEMPURNA IMANNYA

Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,
dan masuklah ke dalam syurga-Ku.
Sadaqa-ALLAH-al Adhim
(Suratul Fajr: 27-30)
Allahu'alam

Monday, August 17, 2009

Tanda Cinta...


Hadiah tanda CINTA kataku...
Kak Ieda, sungguh Naheed bertuah mengenali akak!
Serasa begitu dekat~ di hati...:)
Moga rindu dan cinta ini tulus lillahita'ala...
Doakan kesejahteraan akak berpanjangan, ameen.

Naheed sayang Kak Ieda!

Saturday, August 15, 2009

Perkongsian yang menyentuh nubari terdalam...

Perbualan bersama Syahira Jamel, sahabiah yang sentiasa bberada di sisi saat gembira, saat kecewa, yang menghiburkan dan mengingatkan. Bertuah dpat berkongsi rasa dengan Syira petang ni. Bukan selalu seorang seperti Syira yang punya banyak tanggungjawab dapat luangkan masa utk online dan bersembang-sembang... Alhamdulillah, sembang2 kami petang ni banyak membawa diri muhasabah, refresh semangat, bersihkan matlamat...

syira jamel: huuu...
syira jamel: thanks dear...
syira jamel: masih sedih ni..
syira jamel: tringtkan ustaz asri
Naheed Azhari:
Naheed Azhari: hmm
Naheed Azhari: pemergiannya akan melahirkan lebih ramai 'ust asri'
Naheed Azhari: Allah amik satu, dia lahirkan lbh ramai pencinta Islam
Naheed Azhari: yang sentiasa insaf diri
Naheed Azhari: kalau la ust asri masih ada... xramai yang akan insaf spt skrg
Naheed Azhari: jgn terlalu sedih
Naheed Azhari: bersyukurlah atas apa yng blaku
Naheed Azhari: semuanya ada rahsia, hikmah
syira jamel: benar..
syira jamel: dan Allah jua yg memiliki sgala rahsia d langit n bumi
Naheed Azhari:
syira jamel: Arwahh ustaz akan sentiasa dikenang sbgai pejuang tulen!
syira jamel: pejuang unggul malaysia saat ini
syira jamel: yg telahpun mncpai mtlamat hidupnya./
syira jamel: SYAHID FI Sabililllah
Naheed Azhari: bergetar hati baca ayat 'syahid fi sabilillah'
Naheed Azhari: nak jg
syira jamel: syg...
Naheed Azhari: ehm?
syira jamel: sabilillah ni byk cabangnya
Naheed Azhari: ehm
syira jamel: pertamanya, kite kene faham apa itu JIHAD
syira jamel: siapa itu MUJAHID & MUJAHIDAH
syira jamel: dan insyaAllah bila kita jelas akan term2 itu, kita akan tahu apa itu SYAHID
syira jamel: SYAHID itu menyaksikan..
syira jamel: seperti lafaz syahadah kita.."Asyahadu.."
syira jamel: Aku naik saksi..
syira jamel: jadi para syuhada itu adalah mereka yg menyaksikan..
syira jamel: pndapat ulama byk..
syira jamel: ada yg berpendapat menyaksikan indahnya sakaratulmaut saat itu..
syira jamel: saat malaikat hadir dgn wajah yg berseri2..
syira jamel: dikatakan para syuhada ini, mereka inginkan rasa 'nikmat' sakarat itu beratus kali..kerana keindahan melihat wajah izrael..
syira jamel:
syira jamel: bagaimana kita mahu menjadi mujahidah/
syira jamel: ?
syira jamel: dgn berpaksikan niat, "lillahita'ala"
syira jamel: ke kuliah: lillahita'ala
syira jamel: ke kafe: lillahita'ala (supaya makan nnt dpt sihatkan tubuh bdn, dptla kita beribadat dgn lebih tekun)
syira jamel: ke shopping mall: lillahita'ala..(beli dgn sederhana..dan mmbuktikan Islam cintakan keindahan)
syira jamel: jika smua lillahita'ala..jika ditakdirkan Allah kita menemui ajal..insyaAllah syahid..
syira jamel: ameen..

Jom sahabat2, kita bersihkan semula niat, tujuan hidup kita sehari2... Moga nanti suatu masa title "SYAHID FI SABILILLAH" dapat kita rangkul... Ameen

Allahu'alam


Aku terima awards! ^_^

Alhamdulillah! This is the 1st time ever I received blogger awards! A couple! This first one comes from my dearest Kak Dyl... Thanks Akak! Sayang Kak Dyl! Ni saya pn ada award utk akak...:)


And this is the second one. Thanks to Zaimah for this special "Awesome-blog-buddy" Award. I'm flattered! Notwithstanding, it comes with a tag. In a way, I've been tagged!

So the tag goes...
  • 5 fakta menarik tentang pemberi award:
5 facts about this dear friend of mine; Zaimah:
  1. Kenal dia waktu masuk SMS Faris, sekelas F4 Kappa...
  2. Masa tu, seingat, dia rapat dgn Solah Makkiah (lama dah tak jumpa korg, bila nk bt reunion batch?)
  3. Dia anak jati Kelantan yang sangat baik! (betul ni!)
  4. Seorg yang peramah...:)
  5. Sekarang belajar di USM, bidang kejuruteraan ye?
  • next, setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/hobi sendiri:
10 facts/hobbies... here goes:
  1. Seorang pelajar UIAM; Bachelor Degree of English Language and Literature, specializing in Linguistics, minorin in Islamic Revealed Knowledge.
  2. Menetap di Shah Alam Selangor
  3. Bergiat aktif dengan PKPIM: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
  4. Single but not available. (NOT available ye..:))
  5. Sangat sensitif!
  6. Suka membaca, menghayati dan menulis sajak.
  7. Suka sesuatu yang dinamik.
  8. Tak suka tidur lama2
  9. Amat sayangkan keluarga n rakan2..(org kata 'caring'! heh:))
  10. LOVE to travel!--tu yang kalau blh nk jd ambassador..:)
  • pilih 10 penerima award seterusnya, dan describe ttg mereka :
  1. Lina Mursyidah Hamzah--sahabiahku yang memahami dan comel!
  2. Nur Syahirah Jamel--sahabiahku yang bijak mengarang dan penyayang.
  3. Syahrir Azfar Salleh--seorg yg sgt positif! dan tabah! Senior PPIWP
  4. Suhairi Ismail--'Cek Sue' yang cepat stress.. hehe[jgn marah su, cpat tua!]
  5. Azizan Ajiji--'Jijan' yang unik! Sahabat2~!
  6. Raja Nurul Balqis--Kakak yang bulat!
  7. Syed Putra Iqmal--Adik yang bulat!
  8. Nur Dalila Melatu Samsi--Kak Dyl saya!! Amirah yang sentiasa tabah dan ceria!:D [bangga2!]
  9. Ahmad Fahmi Samsuddin--SRC IIUM yang hebat (dan bulat jg kot..)! :)
  10. Nurshuhaida Hussain--Kak Ida, seorg pembuli yang penyayang! :)